07 November 2010

Tanda dan Cegah Cacing Dalam Perut

Based on entry aku yang lepas, lepas dan lepas, ramai kawan yang tanya, " macam mana nak tahu ada cacing dalam perut?" Aku pun tak tahu sangat. So, aku telah menemui beberapa info dari pak cik google. Harap dapat dikongsi bersama. Sudah macam doktor lah pulak. nak tukar course lah next sem. Hehe. 

Cacing bisanya boleh masuk kedalam badan kita melalui dua cara yang utama iaitu melalui telur cacing yang terdapat pada makanan yang kotor dan penembusan melalui kulit kita.Tanda-tanda jangkitan cacing ni based on jenis cacing yang ada dalam badan kita atau disebut perumah. Tengok jadual kat bawah ini:



Jenis cacing
Tanda-tanda penyakit
Cacing kerawit
(ancylosotomadoedenali necator americanus)
Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.
Cacing gelang 
(ascaris lumbricoides, ascaris suum)
Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.
Cacing rambu 
Enterobius vermicularis
Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan.


Bagaimana pula hendak rawat? So, ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu dengan pengambilan ubat untuk membunuh cacing dalam badan dan meningkatkan penjagaan kebersihan diri seperti basuh tangan, cuci makanan yang dicemari dengan tanah dan jangan berkaki ayam ok.

Bagi merawat cacing yang terdapat di dalam badan terdapat dua jenis ubat anti cacing yang boleh digunakan (mebendazol dan pirantel pamoate) . Kedua-dua jenis ubat ini boleh diperoleh dari ahli farmasi atau setelah bertemu dengan doktor perubatan. Kesesuaian ubat tersebut bergantung kepada kos dan jenis cacing yang dijangkiti.

Ubat mebendazol mempunyai sifat tidak terlarut di dalam air dan apabila diambil melalui mulut, ia tidak boleh diserap melalui saluran perut-usus untuk masuk ke dalam darah. Ubat ini hanya berada di dalam saluran perut-usus sahaja sehingga ia di keluarkan melalui najis. Apabila ubat ini sampai kepada cacing yang terdapat di dalam saluran usus, ia akan menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya. Ubat ini tidak disyorkan kepada pesakit yang mengalami masalah sensitif kepada ubat ini atau ubat-ubat lain. Dalam keadaan pesakit yang mengalami masalah kegagalan hati atau buah pingggang, dos yang diberikan perlu dirujuk kepada doktor yang biasanya akan mengurangkan ubat yang diambil.

Ubat pirantel pamoate tidak larut di dalam air dan apabila dimakan. Ubat ini boleh mempunyai kesan sampingan sama seperti mebendazol dengan kesan sampingan seperti rasa mual, muntah, sakit perut, tiada selera makan dan cirit-birit. Ianya tidak boleh diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang atau hati. Dari segi tindakan ubat, ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. 

Kebiasaannya jika seorang ahli keluarga dijangkiti cacing, maka rawatan perlu diberi kepada setiap ahli keluarga untuk mencegah setiap jangkitan cacing. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan rawatan dengan ubat. (^-*)

Orang tua-tua dulu ada kata, kalau nak tau ada cacing atau tak, kena menonggeng sampai cacing keluar kat hidung. Tak pernah la pula nak try. So, ada berani?

p/s: Kalau ada sebarang pembetulan pada infomarsi ini bagilah tahu. Saya budak baru belajar. Hehe


5 comments:

  1. xpernah dgr plk petua kene menonggeng tu.

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni....baca sebab nak tahu lebih lanjut tentang keadaan anak saudara yang dijangkiti cacing baru baru ini.....

    ReplyDelete
  3. Terima kasik kongsikn info cacing dlm perut..
    Nak tanya org malu rasanye..

    ReplyDelete
  4. Errrr takowtttt

    ReplyDelete
  5. mulai dari hari nie kena berhati2

    ReplyDelete