27 November 2010

Dulu Juara

Imanis Aini di kiri sekali sedang berlari bersungguh-sungguh.

Mengenang zaman muda-muda dulu ketika bermain bola jaring untuk kontijen ASBKJ ( Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya) masa aku Form 2. See. Zaman kekurusan dan kehitaman yang teramat. Kalau berdiri kat tepi highway, mudah sahaja diterbangkan. Ini last time aku bermain bola jaring sejak aku dari sekolah rendah sehingga wakil daerah. Itu dulu.  Sejak itu, aku tak bermain lagi sehingga sekarang sebab aku bertukar sekolah. So, di sekolah baru aku agak merendah diri. Tidak mahu tonjolkan kehebatan aku menjaringkan gol. Ini keistimewaan orang yang tinggi. Itu sahaja yang aku nak ceritakan. Ngee..


5 Weirdest Cakes



1) Meat cake.Yang ini aku tak pasti daging and perasa apa. Korang agak-agak makan ada darah lagi tak? and halal or tak ye? 

2) Divorce Cake. Kalau rasa nak cepat jadi janda bolehlah tempah kek macam ini.

3) Spy Cake. Sesuai untuk Kluang man kot.

4)Teen Pregnancy Cake. Tak nak komen banyak-banyak.

5) (No Name Cake). Korang namakan sendiri lah ye.. Erkkk



25 November 2010

Kids & Baby Photo Contest

Bila tengok picture kat atas ni, teringat gambar aku masa kecil-kecil dulu. Gila memang cute aku dulu-dulu. Haha. Tapi aku tak masukkan pun dalam contest ni sebab gambar tak tutup aurat. Dulu tak ada tudung express macam sekarang. Hehe. Thanks M sebab tag saya  untuk contest ni. 

 Kepada kawan-kawan blogger yang nak join contest ni boleh baca syarat-syarat penyertaan dengan klik gambar dekat atas or klik http://sweetlikekisses.blogspot.com/ . Tuan punya blog ialah Cik manis Safiyyah Osman. 

Setelah menyelongkar gambar-gambar yang ada, so aku pertaruhkan gambar ini:

Gambar ini di ambil ketika anak saudara aku, Aizat Hakimi (kiri sekali) bersama kawan seusia dia masa bermandi-manda dekat Port Dickson. Memang seksi and cute. Sila tutup mata kalau nak tengok.

Hadiah yang bakal dimenangi ialah Earing dari Lazo Diamod Jewellery. White Gold.

Aku tag pula kepada:

Good Luck !! Sekian, Terima Kasih


12 November 2010

Pengalaman Berniaga and Coming Soon??

Dulu masa sekolah memang tak terniat langsung nak buat bisnes, tapi sekarang bila dah cuba rasa seronok kan? Dulu aku rasa tiada keyakinan kalau nak buat business. Yela, tak sanggup hadapi risiko sebab aku ni jenis yang tak berani terima kekurangan diri. Tapi sekarang bila usia meningkat (bukan tua), kita semakin matang kan? Fikiran sudah terbuka. Perasan sendiri T_T

Tapi sekarang, who know? Rezeki ada di mana-mana. Kita cuma perlu berusaha dan yakin. Lepas habis Diploma, aku terus dapat kerja sebagai draugthsperson dekat satu company ni. Hampir dua tahun kerja. Gaji yang dapat tak membolehkan aku nak menyimpan, yela, company kecik, ciput je gaji aku. Sory bos. Huhu. So, aku fikir, macam mana aku nak dapat duit lebih ini? Nak sambung belajar pun tak cukup duit. Takkan nak minta mak ayah lagi. 

Aku mula identify apa peluang yang ada. Hehe. Berdasarkan minat terhadap tudung, aku pun mula menjual tudung. Aku jual mulut ke mulut aje. Walaupun tak la sampai jadi jutawan tapi aku berpuas hati lah sebab dapat pengalaman. Alhamdulillah, boleh simpan duit untuk sambung belajar dan sekarang sudah dapat sambung belajar. T_T. Akitiviti jualan pun direhatkan sementara waktu.

Sekarang aku buat business contact lens secara kecil-kecilan pula. Dengan kawan-kawan aje and sudah juga sampai ke telinga lecturer. Hoho. Sambutan agak memberangsangkan. Bolehlah buat belanja hari-hari makan. ;) Sebenarnya aku ada letak impian untuk menjual online. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Tapi sampai sekarang masih belum terlaksana. Masih tengah buat survey memandangkan ribuan shopping online kat luar sana kan. Tapi, tak cuba mana kita hendak tahu kan. So, hope impian terlaksana. Nantikanlah ye. 

(Masih dalam pemikiran nak bagi nama kedai online and nak jual apa. Hehe )


11 November 2010

Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul


Malam tadi before aku tidur, aku telah habiskan baca satu novel ringkas yang bertajuk Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul. Before membaca memang serius aku mengantuk gila. Selepas satu-satu aku belek novel ini, serius aku memang terus jatuh cinta. Buku ini hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. 

Harga RM12.00 sahaja. Terbitan Telaga Biru.

Apa yang menarik dengan buku ini? Ia memaparkan kisah Qani'ah yang mendambakan cintanya hanya untuk Allah S.W.T dan memelihara cintanya hanya untuk suami. Dari zaman persekolahan, bagaimana dia memelihara cinta sehingga kehidupan bersama suami. 

Ada satu petikan yang menarik dalam buku ini ynag bertulis:

"Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak sedia. Kalau tak sedia kenapa nak bercinta. Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan"

Serius buku ini memang sesuai untuk lelaki bukan untuk perempuan sahaja tidak kira usia. 

T_T



Contengan Kreatif Konon


Tengah study tadi, aku terjumpa lukisan ala-ala kreatif aku ni dekat note aku. Cian kau naniey sebab selalu jadi mangsa aku. Sape suruh duduk sebelah aku dalam kelas. 

Cucu tu bukan grandchild tapi susu.

Terserlah perangai ketidakmatangan kau melalui lukisan ini.

p/s: Buruk gila tulisan. Please improve.


Tarik Rambut menjadi-jadi


Rasanya bukan aku sorang je yang mempunyai hobi menarik rambut. Mesti ramai kan? Bukan tarik rambut orang. Tapi tarik rambut sendiri. Serius. Ini sindrom aku dari zaman sekolah 6 tahun dulu. Gila kau. Sudah 6 tahun. Aku tak tahulah apa yang aku tarik. Rambut gatal ke? Tak da lah sangat. Tapi dah habit, susah nak buang. Kadang-kadang pernah berazam nak hilangkan habit tu. Tapi tahan sekejap j. Ia akan menjadi-jadi time aku nak tengok tv, time tengah study and time nak tido. penuhlah bantal dengan rambut. Tapi setakat ni tak adalah botak ok. I masih normal. Bila kau nak buang habit kau ni Aini. Nak tunggu sampai kepala kau macam ni?

(Botak pun boleh posing cantik apa)

Semoga aku insaf

07 November 2010

Gadis Semasa


Melayan angin malam beriringan dengan lagu Gadis Semasa by Yuna. Tak cukup dengan lagu, lirik sekali pun ada.



Oh begini rasanya cinta
Bila diangung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat 
Apa yang ada di depanmu

Kau mahu berbahagia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu


Poh Bedah ye

Kelakar-kelakar




Tanda dan Cegah Cacing Dalam Perut

Based on entry aku yang lepas, lepas dan lepas, ramai kawan yang tanya, " macam mana nak tahu ada cacing dalam perut?" Aku pun tak tahu sangat. So, aku telah menemui beberapa info dari pak cik google. Harap dapat dikongsi bersama. Sudah macam doktor lah pulak. nak tukar course lah next sem. Hehe. 

Cacing bisanya boleh masuk kedalam badan kita melalui dua cara yang utama iaitu melalui telur cacing yang terdapat pada makanan yang kotor dan penembusan melalui kulit kita.Tanda-tanda jangkitan cacing ni based on jenis cacing yang ada dalam badan kita atau disebut perumah. Tengok jadual kat bawah ini:



Jenis cacing
Tanda-tanda penyakit
Cacing kerawit
(ancylosotomadoedenali necator americanus)
Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.
Cacing gelang 
(ascaris lumbricoides, ascaris suum)
Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.
Cacing rambu 
Enterobius vermicularis
Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan.


Bagaimana pula hendak rawat? So, ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu dengan pengambilan ubat untuk membunuh cacing dalam badan dan meningkatkan penjagaan kebersihan diri seperti basuh tangan, cuci makanan yang dicemari dengan tanah dan jangan berkaki ayam ok.

Bagi merawat cacing yang terdapat di dalam badan terdapat dua jenis ubat anti cacing yang boleh digunakan (mebendazol dan pirantel pamoate) . Kedua-dua jenis ubat ini boleh diperoleh dari ahli farmasi atau setelah bertemu dengan doktor perubatan. Kesesuaian ubat tersebut bergantung kepada kos dan jenis cacing yang dijangkiti.

Ubat mebendazol mempunyai sifat tidak terlarut di dalam air dan apabila diambil melalui mulut, ia tidak boleh diserap melalui saluran perut-usus untuk masuk ke dalam darah. Ubat ini hanya berada di dalam saluran perut-usus sahaja sehingga ia di keluarkan melalui najis. Apabila ubat ini sampai kepada cacing yang terdapat di dalam saluran usus, ia akan menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya. Ubat ini tidak disyorkan kepada pesakit yang mengalami masalah sensitif kepada ubat ini atau ubat-ubat lain. Dalam keadaan pesakit yang mengalami masalah kegagalan hati atau buah pingggang, dos yang diberikan perlu dirujuk kepada doktor yang biasanya akan mengurangkan ubat yang diambil.

Ubat pirantel pamoate tidak larut di dalam air dan apabila dimakan. Ubat ini boleh mempunyai kesan sampingan sama seperti mebendazol dengan kesan sampingan seperti rasa mual, muntah, sakit perut, tiada selera makan dan cirit-birit. Ianya tidak boleh diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang atau hati. Dari segi tindakan ubat, ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. 

Kebiasaannya jika seorang ahli keluarga dijangkiti cacing, maka rawatan perlu diberi kepada setiap ahli keluarga untuk mencegah setiap jangkitan cacing. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan rawatan dengan ubat. (^-*)

Orang tua-tua dulu ada kata, kalau nak tau ada cacing atau tak, kena menonggeng sampai cacing keluar kat hidung. Tak pernah la pula nak try. So, ada berani?

p/s: Kalau ada sebarang pembetulan pada infomarsi ini bagilah tahu. Saya budak baru belajar. Hehe


Testing Cacing Dalam Perut Part 2


Wah.. agak berhari-hari juga masa aku ambil untuk makan ubat cacing ni. Hehe..Lagi sekali mesti lepas habis paper exam. Mamandangkan gap untuk paper seterusnya seminggu, so aku decide untuk makan ubat itu hari ini. Berialah kau Aini, makan ubat pun nak bagitahu orang. Ui, paper lagi seminggu. Lama gila kau gap. Kalau tak dapat A++ untuk Land Use ini,  tak tahulah nak cakap. Ok. berbalik kepada ujian cacing dalam perut aku ni. So, apa resultnya?

Bismillahirrahmanirrahim

1 minit berlalu..

1 jam berlalu..

1+1+1+1+1+1 jam berlalu..

Aduhhhh... Kembong perutku..

Ha, makan ubat boleh kembong? Tak adalah. Gimik aje. Perut masih tiada respon. Macam makan vitamin aje.Tiada tanda-tanda mahu ke toilet dan tiada kesan mengantuk. Tak tahulah kalau perut aku ini je macam tu. Huhu.Tapi ada jugalah perut rasa suam-suam suku. Mungkin cacing tu sudah kena bakar secara perlahan. Haha. Itu teori sendiri. 

So, korang bila lagi? Ubat cacing kena makan 6 bukan sekali tau. (^-*). Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Cewah


04 November 2010

Testing Cacing Dalam Perut Part1


Hari ini lepas habis paper exam, aku ke pusat membeli-belah dengan merempit gaya sopan di jalanan bersama roomate. Aku pergi pun sebab teman dia je. Tiada niat untuk berfoya-foya. Bantuan ikhlas kepada teman. Tengah berjalan-jalan, aku pun singgah la ke farmasi  untuk membeli ubat cacing sebab teringat entry aku pasal Cacing Sumbat Usus. Baru teringat hendak beli. Hehe

Inilah ubat tu. Ada gambar family jiran belakang umah.

So, apa result dia selepas aku makan? Sebenarnya aku still tengah berkira-kira hendak makan atau tidak. Sebabnya, kawan aku cakap bila makan, nanti malam perut kita geli-geli macam cacing geletek. Kawan aku lagi sorang pula kata, tak rasa apa-apa. Buang air besar pun macam biasa sahaja. Yang aku bimbang sekarang ini, aku takut time aku makan karang 5, 6 kali aku masuk toilet. Haha. Kan sudah mengganggu konsentrasi aku untuk tidur. Cewah. Padahal takut hendak pergi toilet malam-malam sorang pulak tuh. Hehe. So, aku nak makan esok ajelah. Nanti aku update resultnya pula. Hehe