30 October 2011

Jom Cycling!!


Assalamualaikum

Last week on 23 Oct 2011, aku dan kawan-kawan yang agak dah berkurun lamanya tak cycling tetiba nak join program Kayuhan Cinta Desa anjuran kolej kami bertempat di Kapar, Klang. Serius. Memang da lama tak mengayuh. Agak menarik juga program ni sebab yang pertama dapat kupon aktiviti (semestinya, itu objektif utama) and dapat t-shirt cantik!!! Hehe. Means, ada perasaan lagi nak pakai next time. :)




Muka-muka ceria di pagi hari. Kita tengok lepas ni :)

Ramai yang join aktiviti ini. Ada la dalam hundred lebih. Basikal ada 55 buah je. So, dia wat 3 round. So, setiap orang dapat merasa cycling. Apa yang menarik juga dalam program ni, kita cycling di kawasan kampung. Then, sambil menunggu turn untuk each round, ada program selingan. So, tak lah bosan kan. Tapi ada juga bosan. Hehe sebab aku dapat turn yang last sekali. 


Melawat pusat peliharaan ayam kampung. Project R&D. Ok, nama common die, reban ayam. Hehe. tapi serius tak busuk.

 Then, tempat buat tempe. Masing-masing lapar sebab masa ni da tengahari. Then, around 12 tengahari turn aku and my friend Cici. Pukul 12 ok. Jauhnya dalam 6 km lebih.



 Bermulah lah perjalanan kami. Sempat lagi aku amik gambar masa tengah cycling. Ni kalau trainer kami nampak confirm kena marah. Sepanjang perjalanan tak rasa penat sangat sebab santai je. Cuma panas terik matahari sahaja. So, yang guide kami darAssociated Cyclosportif Trekkers (ACT).


Ini mereka :) Nak join mereka anda mestilah tidak merokok. Itu syarat utama. Tak tipu.

So, hampir dalam 40 minit perjalanan sahaja, ini hasilnya :)

Yang tangan putih tu Cicy, yang itam berbelang tu confrimlah aku. Serius, dah seminggu tak hilang lagi.

Muka hitam. Cicy still putih walau berpeluh. Jealous juga. Hope lepas ni ada lagi program macam ni. Memang ejoy. Oh yeah. Saya seronok :)


20 October 2011

Tangan Berdakwat angkara MP 258

Assalamualaikum..

Ok, petang tadi baru ambil printer sebab baru pasang CISS. External ink tank tu. Sampai bilik memang teruja nak cuba is it ok or not. Firstly, ok. Then second print, ok. Lepas tu, photostat pula. Ok. Siap try photostat colour lagi. Semuanya ok.. Ok, ok dan ok.

Kemudian, tiba waktu malam, printer tetiba buat hal. Memang menguji kesabaran. Asal print je, dia kata Ink cartridge not installed properly. Try la bukak tengok apa yang tak kena, buka and pasang semula cartridge tu. Then, off balik printer. Sehingga dekat sepuluh kali buat cara yang sama, still dia kata cartridge tak install properly. Ok, then try tengok tutorial and forum kot-kot ada cara nak baiki. Kali ni, line internet pula slow. Akhirnya, aku fed up. Sekarang jam 12.49 a.m. Dari pukul 11pm menghadap printer tu tadi.

Apa-apa pun, moga ada keajaiban berlaku pada printer ni esok. Kalau tak boleh juga, terpaksa lah jumpa abang yang pasang benda alah tu. Ehmm...

* Biasa baiki printer orang, ok je. Baiki printer sendiri pula tak boleh. Dugaan
* berapa banyak OK da.....

15 October 2011

Masa Minimum Untuk Gosok Gigi :)


 
Gosok gigi? Ya, ya betul tu


Ibarat blog kesihatan dah blog ni. Lepas entry pasal cacing dulu, serius ranking blog naik sebab seekor cacing dalam perut. Euww.. geli. Ok tetiba terasa geli-geli dalam perut.. Erkk

Liat betul

Berbalik kepada topik asal, pernah tengak cerita The Dr. Oz Show? Serius aku pun tak pernah tengok. Tapi baru ni TV Al-Hijrah ada tayang cerita tu, tapi tak pasti hari and waktu apa. Aku kenal pun sebab tengok cerita Oprah tu, sebab dia jemput Dr. Oz dalam salah satu episod dia. So, apa kena mengena Dr Oz dengan gosok gigi ni? Nampak macam dah ke laut je cerita ni. Aisyyy


Menurut Dr Oz, tempoh minimum terbaik untuk anda menggosok gigi ialah 2 minit tau. Korang pernah kira berapa lama korang gosok gigi. Masa sekolah dulu kakak misi ajar, 10x kekanan, 10x kekiri and sebagainyalah kan? Tapi tak pernah pulak terpikir nak set masa kan? Ok, mulai sekarang sila set masa and buat lah apa-apa yang patut untuk masa gosok gigi tu. Menyanyi ke? Agak-agak boleh tak? Erk.. tersembur..  :)

Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.. lalala and lalala

Nak bukti? Tanya Dr Oz. :)

07 October 2011

Saya baru belajar Adobe Photoshop

Assalamualaikum, selamat pagi, selamat tengahari, selamat petang, dan selamat malam kepada anda-anda semua dan kepada anda yang bernama Selamat. Hehe. 

Ok, saya mengaku saya memang tak pandai Photoshop.Ngee.. Sebelum ni just memandai mandai guna je. Sebab tuan kedai masa beli laptop dulu yang install. Orang suruh install AutoCad tapi die install CS4. Sampai sudah aku tak install AutoCad lagi. Hehehe. 

Semalam ada kelas  Adobe Photoshop anjuran kolej ngan bayaran RM5 sahaja. Ok kan? Tapi just belajar basic2. Tapi kira ok lah dapat juga ilmu baru. Sebelum ni just belajar sendiri-sendiri je. Kalau bersifu ni lain sikit ilmunya. Ada tempat bertanya. Tak gitu? Then dapat makan nasi minyak lagi. Macam tau-tau je perut lapar.

 Tenaga pengajar terdiri dari Kak Mira and Kak Bai =)

Ok, gadis berbaju biru itu kakak aku. Sory gambar anda jadi eksperimen. Bila tengok  ni, rasa macam budak tadika main lukis-lukis plak. Siap ada corak rumput and bintang bagai. Ini masa sesi Kak Mira. Dia ajar cam mana nak guna basic tools.

Ini pulak sesi Kak Bai, dia ajar macam mana nak edit gambar. Aku tak taulah cantik tak aku edit ni. Hehe. Muke mak tu tau.. :) InsyaAllah lepas ni boleh lah explore sikit-sikit. 

*muka senyum*




05 October 2011

Kelegaan


Assalamualaikum.

Alhamdulillah sesi krit untuk pembentangan proposal tajuk thesis hari ini berjalan dengan lancar. Memang satu kelegaan yang teramat. Hehehe. Rasa macam nak ambil SPM dulu. Tapi serius malam tadi hati tak tenang. Bangun pagi kecut perut sebab takut proposal kena reject. Mana tak kecut, dengar senior-senior cakap dulu diorang ramai kena reject. Then kena wat sesi krit kedua pulak. Tapi syukur selepas jumpa panel, Dr. Zainal ngan Prof Mukhtar, tajuk tak kena reject cuma kena ubah method dia. Classmates lain pun dapat tajuk yang diorang nak. Memang semua muka senyum  je pas keluar bilik. Malam ni semua orang tidur lena rasanya. Hehehe

Semoga Allah  permudahkan kami untuk hari-hari yang mendatang. Amin

*Tajuk yang dah dapat approval: Internet Business Marketing on Property :)

03 October 2011

Updated 3 October 2011


Assalammualaikum

InsyaAllah esok ada appoinment dengan doktor jam 8 pagi. Tapi tak tahulah sempat or tak tiba tepat waktunya.  Harap semuanya berjalan dengan baik. Semoga Allah permudahkan :)

Ok, hari ni dapat assignment law. So, cabut undian dapat case bawah ni, punya lah malas nak salin. Gunakan teknology yang ada sebaiknya. Hehehe


So, dapat turn No 2. Group members : Nani seperti biasa and Al-Syafiq juga seperti biasa. Hehe

Wassalam

"Perjalanan dakwah tiada penghujungnya, kita bukan pemula dan bukan juga penghujung, tetapi penyambung, maka jangan hentikan perjalanan tetapi teruskan berjalan"