18 February 2013

Kek Paling Simple

Assalamualaikum

For this entry, saya nak berkongsi resipi kek yang sangat simple didunia. Hehe. Rasanya, this is the basic cake. Apa ntah namanya. Kek butter kot. Sebelum ni, saya tak rajin nak buat cake sebab saya pernah buat cake juga, the texture tak jadi macam saya nak or dengan kata lain, tak menjadi. Adalah 2, 3 kali saya buat dengan resipi yang berbeza but hasilnya still tak jadi. So saya simpulkan disini,  tangan saya ni bukan tangan buat cake. Huhu
Then, saya  decide saya perlu kembali pada basic. So, saya cari resipi kek yang common and paling mudah nak buat. Tapi cake ni saya ubah sikit ikut hati saya. Saya buat ala-ala marble gitu. Tapi tak lah marble sangat. Hehe




Bahan-bahan
  1. 2 cawan tepung gandum di ayak 
  2. 1 cawan gula halus 
  3. 1 cawan margerin 
  4. 4-5 biji telur 
  5. 1 sk baking powder 
  6. 1 sk vanilla 
  7. 1sb serbuk koko


Cara-cara
  1.  Pukul margerin dan gula sehingga kembang. 
  2. Then, masukkan telur satu persatu dan vanilla 
  3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga rata. 
  4. Bahagikan adunan kepada dua. 
  5. Masukkan serbuk koko ke salah satu adunan. Kacau sehingga rata. 
  6. Sapukan sedikit margerin pada dulang pembakar supaya kek tidak melekat. 
  7. Then, masukkan adunan kek berselang seli ke dalam dulang pembakar. 
  8. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit. Guna api bawah.


SELAMAT MENCUBA!! J

16 February 2013

Kuih Buah Rotan


Assalamualaikum J

Semasa saya cuti semester dulu, saya pernah bekerja di kilang kerepek di kampung saya. Kebetulan waktu tu hampir Aidilfitri. Di sana, banyak saya belajar tentang teknik membuat kuih raya seperti kerepek bawang, bangkit santan, tumpi kecil, kuih loyang/ros, karipap mini, batang buruk, kuih siput dan juga buah rotan. Tuan kedai iaitu Bik Min dan Kak Lela dah siap bancuh semua bahan-bahan seawal jam 4 pagi.  So, kami masuk kerja seawal 6-7 pagi. Dapat belajar membuat kuih-kuih tradisional dengan cepat dan pantas menjadi pengalaman berharga buat saya.

Resipi buah rotan yang saya kongsikan ni saya hanya search di internet sebagai rujukan dan diolah sedikit oleh saya dengan nasihat mak. Hehe. Dah boleh bagi label nama sendiri ni. Ececeh J dan hasil pengalaman bekerja dulu, dapat saya gunakan untuk membuat buah rotan dengan cepat dan pantas. Hehehe tanpa di gentel satu persatu. InsyaAllah, nanti saya kongsikan ye J Buah rotan ni memang sedap dan tidak keras!! hehe




Bahan-bahan:
500gram Tepung pulut
6 sb Gula
Santan dari setengah biji kelapa
1 biji telur
Secubit garam
1 sb air kapur
Bijan secukupnya

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut bersama gula, telur air kapur dan garam. Kemudian gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau pun keras bagi memudahkan untuk di gentel bulat.
  3. Setelah siap di gentel bulat, salutkan rata pada bijan.
  4. Kemudian, gorengkan buah rotan tersebut dengan api yang perlahan sehingga kekuningan.

Good luck !!!