22 September 2012

My Idol Prof Dr Muhaya Mohamad

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum kepada semua sahabats :)

Siapa tak kenal Dr Muhaya kan? Best motivator, doktor, teacher and mom as well :)

Post ni sepatutnya dah lama tulis. Tapi disebabkan terlalu teruja, simpan dalam memory je. Kali ni nak calitkan suatu memori untuk anak cucu nanti. Hehe. Just nak cerita kenangan berjumpa Dr Muhaya di Pesta Buku 2012 di PWTC pada awal April lalu. 

Saya pergi bersama ex-roomate saya, Nora. Nora dah habis belajar semester lepas. Kami janji berjumpa di stesen LRT PWTC. Lama juga saya tunggu dia, tapi dia kata dia lambat sikit. Jam dah pukul 1030 pagi. Dr Muhaya akan berada di booth jam 11 pagi. Macam tak sempat je ni kalau nak tunggu Nora. Nanti mesti kena berbaris panjang kalau nak jumpa Dr Muhaya. So, saya decide akan jumpa Nora dlm PWTC. So, saya gerak sorang-sorang. MasyaAllah ramainya orang. Saya pun tak tahu pintu mana satu saya masuk. Just follow orang ramai. Ini first time saya masuk PWTC. Memang tak tahu apa-apa. Saya cari booth no 22. Syukur sangat-sangat booth As-sohwah hanya di depan mata saya. Allah permudahkan :)

So, saya beli buku yang kawan saya kirim and untuk saya juga. Sebab nak minta autograph Dr nanti. Hehe. Sebelum ni saya tak pernah pun beli buku Dr sebab saya lebih prefer mendengar dia bercakap dari membaca. Alhamdulillah, saya antara yang terawal datang. Saya orang yang ke-5 beratur untuk berjumpa Dr. Tapi satu masalah saya. Dahlah saya sorang-sorang. Nora lambat lagi sampai. Siapa nak ambilkan gambr nanti. Ah, sudah

Sambil menunggu Dr Muhaya, saya berborak ngan mak cik belakang saya. Kebetulan makcik tu datang bersama husband dia. So, apa lagi, saya pun mintak lah tolong husband dia ambilkan gambar nanti. Terima kasih pakcik.. Hehe :)

Tak lama lepas tu, Dr Muhaya muncul. Barisan pun makin ramai. Alhamdulillah dapat jumpa Dr Muhaya secara live and sekarang pun masih boleh terbayang-bayang wajah Dr Muhaya yang tak lokek dengan senyuman. Thank you Allah.


Memang tak lokek dengan senyuman. Terima kasih Prof :)


Wassalam 

18 September 2012

Last Internship :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)

Tempoh dua bulan as a intern memang rasa kejap sangat. Tapi Alhamdulillah, banyak juga boleh belajar. But, still ada banyak lagi yang perlu belajar. Hidup memang tak kan berhenti untuk belajar kan. :)

Apa-apapun, million thanks to JPPH Jempol, Negeri Sembilan.. Great experience and nice people. 

En Yusneta, Penilai Daerah


Abg Man, Kak Rina, Kak Lin and Bharati


Abg Hairul and Syafiq

Kak Rozita

 Azie

Admin staff: Kak Ina, CC and Cik Jamilah



and pada yang tak ada kat sini, bukan bermaksud anda semua tak glamour and hot, tapi tak masuk dalam kamera.. Hehe

Terima kasih daun keladi, Ada masa berjumpa lagi


05 September 2012

Belajar di negara orang :)

Assalamualaikum


Oh, memang cita-cita yang tak kesampaian.Belajar di negara orang means luar dari Malaysia memang angan-angan saya. Tapi itulah, angan-angan kalau tak usaha memang takkan kemana. Terselindung di celah-celah batu, tiada siapa yang nampak. Eceh. Metafora nak hebat.

Apa sebab saya nak belajar di negara orang? First, of course is get a new experience. Saya memang suka try hidup ditempat orang sebab boleh tengok cara hidup and perlakuan hidup yang berbeza-beza. Di tempat ni, orang nya suka makan pedas, di tempat lain pula orangnya cakap lebih sopan and kadang-kadang certain tempat yang kita pergi orangnya cakap main lepas je sebab budaya mereka memang macam tu. Pengalaman saya, kadang-kadang bila kita bercakap dengan seseorang yang baru kita jumpa, kita da boleh agak-agak orang nya jenis macam mana and ada juga jenis 'tak mudah'. Ok, ini words yang saya selalu guna means orang tu tak sepadan dengan apa yang kita lihat. Sebagai contoh, A seorang yang pendiam. Rupa-rupanya dalam diam A seorang yang suka bersosial. Faham tak apa yang saya nak sampaikan dekat sini sebab kawan-kawan saya selalu tanya, apa tu jenis 'tak mudah'. Sebab ini istilah saya masa saya sekolah dulu.Saya ingatkan semua orang guna pakai rupanya kami je. Hehe. Ok, ni dah lari dari tajuk pula.


Second sebab saya boleh improve english language saya. Mengakui yang saya memang tak berapa fasih nak cakap omputih and saya mengakui juga, english is important if kita nak pergi jauh dalam kerjaya kita. Tak cukup setakat ada pengetahuan tapi bila kita nak berdebat dengan orang, kita tak mampu. Only one reason, kita tak fasih in english. Oh my English :) Dengan ini, bahawasanya saya, after grad, saya nak jadi cikgu Bahasa Inggeris. Ececeh. Ngomong pun orak iso, mau ngajer. Tapi apa salahnya kan. Kalu itu rezeki. Sebab saya nak jadi cikgu. Doakan ya :)

Bercita-cita juga untuk sambung master di oversea :)

Memandangkan saya memang tak akan berkesempatan untuk belajar di oversea walaupun belajar  untuk mengambil lesen memandu :), makanya saya suka untuk baca blog student yang belajar di oversea, tak kisalah di UK, Australia, Japan, Russia, Mesir or Korea. Sedikit sebanyak, saya still boleh meneroka tempat orang dengan cara yang paling menjimatkan. Hehe.. 

But, dalam naluri saya, saya still percaya dengan satu pepatah.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Better di negeri sendiri. Ya, Seharusnya kita bersyukur dapat hidup di Malaysia because aman and bebas. Saya tak faham pada sesetengah orang yang suka mengomen je. Tak bersyukurkah beliau dengan keamanan Malaysia berbanding dengan negara lain yang ada krisis ekonomi, sosial and politik yang jauh lebih teruk dengan kita. Please belajar untuk bersyukur. Ni dah jauh sangat ni meluahkan perasaan :)

Negara sudah merdeka, tapi merdekakah minda kita? Be careful with what you read and watch :)

Wassalam