26 December 2011

Ulat Journal

Assalamulaikum

I love journal. Oh yeah

Biasa kita dengar ulat buku or makna melayunya, suka baca buku. Tapi saya nak tukar sikit, ulat journal. Hehe. Sebab sekarang saya dah jadi ulat journal gara-gara thesis saya. Baru Chapter 1 dah rasa pening-pening lalat. Last week saya dah hantar saya punya Chapter 1 tapi ada banyak yang saya perlu baiki. Memang perlukan pembacaan yang meluas. Saya tak tahulah kaedah saya ni betul atau tak. Tapi nak cari information kena lah banyak membaca kan? Ehm.. hope boleh berterusan. Setahun je lagi tinggal Aini!!! (Ok, ni semangat tuk diri sendiri) :)

Let's continue.. Macam banyak j masa kau kan? Siap boleh mengarang bagai.

24 December 2011

Ok, saya tersentap

Assalamualaikum

Maaf, mungkin ini sesi untuk luahan perasaan.

Saya sekarang sedang rasa tersentap dengan sorang kawan ni. I don't know wether is it istilah kawan atau tak. Ehm.. apa dia dah buat pada saya? Ok sebenarnya dah banyak kali. Dia selalu cakap ikut main keluar mulut dia je. Saya pun tak tahulah, dia nak menegur, sindir atau perli. Tapi rasanya lebih kepada cakap tak jaga hati orang. I know this is wrong to complaint about this in blog. Sepatutnya saya dokan dia berubah. TAPI saya juga manusia biasa. Saya memang tak pandai nak marah-marah. Saya rasa ini mungkin dapat melegakan hati saya.


Needs friend to story.. ehmm

Mungkin akan lega sedikit

21 December 2011

Jarum suntikan

Assalamulaikum..

Tajuk entry hari ini memang ada berkaitan dengan apa yang hendak diceritakan. Saya nak cerita pasal pengalaman saya semalam. Semalam saya ada appointment dengan doktor untuk ambil sample darah. Sebenarnya bukan darah kot, ada sample cecair yang perlu diambil untuk tujuan pemeriksaan. Saya pun tak tanya banyak kat doktor, just follow up appointment. Ini kali ke tiga saya terpaksa skip kelas law sebab appointment asyik jatuh hari selasa je. Memang satu kerugian yang amat sangat. Sebab saya suka kelas dengan lecturer tu. :) Tapi terpaksalah redha je

*Selingan :)

Lama juga saya tunggu untuk masuk unit FHAC tu, then akhirnya nama saya dipanggil. Mula-mula memang saya tak berdebar sebab kat luar bilik tu sejuk sangat sampai saya tak boleh berdiri, kena jalan-jalan sikit. Konon-konon untuk panaskan badan. Hehe. Masuk je tu, saya tengok jarum suntikan dia besar ya amat. Serius besar dari biasa macam yang selalu doktor suntik kat tangan untuk ambil darah tu. Ulang balik, besar dari itu. :( Tengok je jarum tu saya terus berdebar. Saya tanya kat doktor, sakit atau tak. Doktor kata tak. Sikit aje. Dalam hati saya, ehm biasalah semua doktor cakap macam tu. Saya pun selawat banyak-banyak and berusaha rilekskan badan and berusaha untuk lembutkan badan. Sebab saya dah rasa badan saya keras. Then, tak sempat nak rileks, doktor da cucuk. Mula-mula sakit juga, masuk je jarum dah tak rasa apa. Alhamdulillah. Lega hati saya.

Lepas diambil sample, saya dengar doktor cakap tak dapat lagi. Kosong tak ada apa-apa. Saya dah mula gelabah. Tapi dalam hati je la. Luar kena cool. Hehe. tak sanggup rasanya nak tengok jarum tu. Tak sakit tapi psycho kot tengok jarum besar. Then, sorang nurse tu cakap dah dapat. Ada sikit. Lega hati saya. Keluar bilik dengan hati yang riang dan syukur. Just nak tunggu result je lepas ni :) InsyaAllah everything will be fine.

16 December 2011

Motivasi untuk kita

Assalamualaikum

Salam perkenalan buat yang baru mengenali blog ini. Thanks singgah and dropped mesej dekat ruangan chatting. Terima kasih banyak-banyak dan nanti boleh datang lagi :). Blog ni biasa-bisa saja, tak ada yang istimewa. Mungkin dulu blog ini lebih kepada penceritaan harian saya, tapi InsyaAllah sekarang mungkin boleh dijadikan tempat berkongsi ilmu.. :)

Tajuk hari ini, motivasi. Mesti orang kalau dengar motivasi mesti bosan kan. Yelah, benda baik, syaitan suka menggoda kita. 


Saya bukan nak bagi motivasi pada kawan-kawan semua tapi just nak sharing. Dulu masa sekolah, kalau nak ambil peperiksaan besar like UPSR or PMR or SPM, mesti sekolah anjurkan program memantapkan minda, tips menjawab peperiksaan, program sahsiah diri and sebagainya. Instead dekat peringkat universiti pun still ada lagi. Memang kadang-kadang kita mesti bosan sebab dah banyak kali kot kita pergi. "Balik-balik motivasi" " Argh.. modul lagi. Berapa banyak modul nak pergi ni?

Tapi, ada tak kita fikir " Banyak dah program sana aku pergi, program sini aku pergi, muka wajib hadirlah aku ni. Tapi still tak berubah pun, macam ni juga" So, why kita still lagi macam ini? Saya tak ada jawapan sebab jawapan ada pada diri kita sendiri. Kita yang set mind kita samada nak terima kebaikan atau keburukan. Yes, the point is NIAT. kalau niat kita baik, kita akan merasa nikmat yang Allah berikan untuk kita.   So, cuba kita mind-set diri kita "Aku pergi kerana Allah, aku yakin ada sesuatu yang Allah ingin berikan padaku"  InsyaAllah mesti kita akan rasa perbezaannya.



Saya pun still banyak lagi perkara nak kena belajar dalam memotivasikan diri dan berfikiran positive. So, apa yang saya buat. Setiap hari saya akan dengar motivasi dari phone saya. Tak kisahlah 5-10 minit. Lagi lama lagi bagus. Saya download mp3, program motivasi dari slot di IKIM. Tak kisah kalau kita ulang lebih 10 kali sebab manusia ni kan mudah lupa dan lalai. Itu cara saya. Kalau ada alternative lain, kita boleh sharing :)

Wassalam




10 December 2011

Hidup di dunia..

  • Hidup di dunia, bersyukur dengan orang yang menyakitimu, kerana dialah yang meningkatkan ketabahan hatimu.
  • Hidup di dunia, bersyukur dengan orang yang menipumu, kerana dialah yang meningkatkan pengetahuanmu.
  • Hidup di dunia, bersyukur dengan orang yang tak mengendahkanmu, kerana dialah yang memupukmu berdikari
  • Hidup di dunia, bersyukur dengan orang yang menjatuhkanmu, kerana dialah yang menghebatkan keredibilitimu
  • Hidup di dunia, bersyukur dengan orang yang menyeksamu, kerana dialah yang menguji kesabaranmu.


Di dalam semua perkara, niat kerana Allah, mencari redha Allah, bukan mencari penghargaan manusia.

03 December 2011

5S dalam Islam

Assalamualaikum

Mahu mulakan kebaikan?

Mahu membahagiakan orang?

dan.. dan..Mahu mencari keredhaan Allah?

Mari kita mulakan kebaikan dengan 5S.. oh yeah :)

1. Senyum

2. Sapa
3. Salam
4. Sopan
5. Santun

Moh lah kita :)
InsyaAllah boleh