23 April 2013

Agar- Agar Kering


Assalamualaikum.
Sempena meraikan diri menjadi penganggur ni, macam-macam eksperimen saya buat. Hehe. So, sebenarnya dah lama saya nak buat aga-agar kering. Sementara cuaca sekarang ni panas dan saya pun free tak buat apa-apa, bolehlah saya buat agar-agar kering ni. Resipi agar-agar kering ni tak terlalu manis sangat. Ada sesetengah agar-agar kering saya tengok sampai sekilo gula digunakan. Serius manisnya tak dapat saya bayangkan.
Pada mulanya takut juga tak menjadi sebab kandungan gula tak banyak. But at the end berkat kesabaran, jadi je rupanya. Syukur Alhamdulillah ;) Cuma next time kena buat warna lebih pekat sebab bila kita jemur, warna akan semakin pudar. Asalnya warna merah yang saya buat but jadi putih. Hehe. Kelakar je.



Bahan-bahan:

  1. 50 gm agar-agar bertali
  2. 8 cawan air
  3. 400 gm gula pasir (kira-kira 2 cwn)
  4. 1 cawan gula batu
  5. Seikat daun pandan
  6. Pewarna/perisa ikut kreativiti ;)


Cara-cara:

  1. Basuh agar-agar dulu ye.. :)
  2. Masukkan air dan daun pandan kedalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar hancur 
  3. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau sehingga gula larut. 
  4. Kemudian asingkan adunan kedalam dulang. Masukkan pewarna/perisa. 
  5. Sejukkan agak-agar untuk dipotong kemudian 
  6. Setelah benar-benar sejuk, bolehlah potong agar-agar. Potong agar-agar sedikit besar sebab bila dijemur nanti, agar-agar akan mengecut. 
  7. Then, jemur lebih kurang 3-4 hari depends pada cuaca sehingga agar-agar benar-benar kering bergula dan tidak melekat.



SELAMAT MENCUBA J

08 April 2013

Kuih Talam Labu


Assalamualaikum.

Tetiba rasa blog ni dah bertukar jadi blog masakan pulak. Krisis identity betul. Hehe.. So, kali ni saya buat talam labu. Sebelum ni tak pernah buat apa-apa talam pun. Ni gara-gara saya makan talam keladi jiran kakak saya buat. Heaven gila sedap. Hehe. Syukur syukur rezeki Allah bagi J
Makanya, saya sendiri nak buat kuih talam. Tapi yang ni saya punya versi talam labu. Hehe. Hentam je lah labu. Rupa memang tak berapa cantik sebab first time buat.yang penting sedap. Hehe. Lepas ni kalau ada keladi kat rumah boleh lah try buat yang keladi pula. Before saya update entry ni, saya dah buat 3x kuih talam labu. Tapi tak sempat nak amik gambar yang cantik. So, ini gambar yang first time buat dulu. Itu yang agak messy. Hehehe


Bahan-bahan:

Lapisan bawah
1.       2 cawan santan cair
2.       1 cawan tepung beras
3.       1 sk  garam
4.       Labu dipotong dadu kecil, direbus bersama secubit garam sehingga lembut

Lapisan Atas
1.       2 cawan santan pekat
2.       1 cawan tepung gandum
3.       1 cawan gula pasir
4.       Sehelai daun pandan
5.       Secubit garam
6.       Pewarna kuning.

Cara-cara:

Lapisan bawah
1.       Campurkan santan cair, tepung beras dan garam ke dalam periuk.
2.       Panaskan di atas api, sentiasa kacau supaya tepung tidak berketul.
3.       Setelah pekat, angkat periuk dan masukkan labu yang telah direbus tadi. Gaul rata.
4.       Panaskan air di dalam periuk kukus.
5.       Letakkan  adunan di dalam dulang dan kukus selama 5-10 minit.

Lapisan Atas
1.       Panaskan santan, garam dan gula sehingga gula larut sahaja. Masukkan juga dan pandan yang disimpul.
2.       Kemudian, biar  seketika sehingga agak-agak sejuk.
3.       Setelah sejuk, keluarkan daun pandan. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
4.       Masukkan pewarna kuning. Kemudian tapiskan ia.
5.       Setelah lapisan bawah siap dikukus 5-10 minit tadi, tuang  lapisan atas pula.
6.       Kukus lagi sehingga masak kira-kira 20 minit.

Ok, sedia dihidang untuk minum petang or sarapan pagi. ehm.. sedap!! Untuk versi talam keladi pun sama je. Just tukar keladi. Hehehe.. 

18 February 2013

Kek Paling Simple

Assalamualaikum

For this entry, saya nak berkongsi resipi kek yang sangat simple didunia. Hehe. Rasanya, this is the basic cake. Apa ntah namanya. Kek butter kot. Sebelum ni, saya tak rajin nak buat cake sebab saya pernah buat cake juga, the texture tak jadi macam saya nak or dengan kata lain, tak menjadi. Adalah 2, 3 kali saya buat dengan resipi yang berbeza but hasilnya still tak jadi. So saya simpulkan disini,  tangan saya ni bukan tangan buat cake. Huhu
Then, saya  decide saya perlu kembali pada basic. So, saya cari resipi kek yang common and paling mudah nak buat. Tapi cake ni saya ubah sikit ikut hati saya. Saya buat ala-ala marble gitu. Tapi tak lah marble sangat. Hehe




Bahan-bahan
  1. 2 cawan tepung gandum di ayak 
  2. 1 cawan gula halus 
  3. 1 cawan margerin 
  4. 4-5 biji telur 
  5. 1 sk baking powder 
  6. 1 sk vanilla 
  7. 1sb serbuk koko


Cara-cara
  1.  Pukul margerin dan gula sehingga kembang. 
  2. Then, masukkan telur satu persatu dan vanilla 
  3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga rata. 
  4. Bahagikan adunan kepada dua. 
  5. Masukkan serbuk koko ke salah satu adunan. Kacau sehingga rata. 
  6. Sapukan sedikit margerin pada dulang pembakar supaya kek tidak melekat. 
  7. Then, masukkan adunan kek berselang seli ke dalam dulang pembakar. 
  8. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit. Guna api bawah.


SELAMAT MENCUBA!! J

16 February 2013

Kuih Buah Rotan


Assalamualaikum J

Semasa saya cuti semester dulu, saya pernah bekerja di kilang kerepek di kampung saya. Kebetulan waktu tu hampir Aidilfitri. Di sana, banyak saya belajar tentang teknik membuat kuih raya seperti kerepek bawang, bangkit santan, tumpi kecil, kuih loyang/ros, karipap mini, batang buruk, kuih siput dan juga buah rotan. Tuan kedai iaitu Bik Min dan Kak Lela dah siap bancuh semua bahan-bahan seawal jam 4 pagi.  So, kami masuk kerja seawal 6-7 pagi. Dapat belajar membuat kuih-kuih tradisional dengan cepat dan pantas menjadi pengalaman berharga buat saya.

Resipi buah rotan yang saya kongsikan ni saya hanya search di internet sebagai rujukan dan diolah sedikit oleh saya dengan nasihat mak. Hehe. Dah boleh bagi label nama sendiri ni. Ececeh J dan hasil pengalaman bekerja dulu, dapat saya gunakan untuk membuat buah rotan dengan cepat dan pantas. Hehehe tanpa di gentel satu persatu. InsyaAllah, nanti saya kongsikan ye J Buah rotan ni memang sedap dan tidak keras!! hehe




Bahan-bahan:
500gram Tepung pulut
6 sb Gula
Santan dari setengah biji kelapa
1 biji telur
Secubit garam
1 sb air kapur
Bijan secukupnya

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut bersama gula, telur air kapur dan garam. Kemudian gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau pun keras bagi memudahkan untuk di gentel bulat.
  3. Setelah siap di gentel bulat, salutkan rata pada bijan.
  4. Kemudian, gorengkan buah rotan tersebut dengan api yang perlahan sehingga kekuningan.

Good luck !!!

23 January 2013

Kuih Koleh Kacang


Assalamualaikum.

Masa belajar di uni dulu, saya ngan roomate rajin juga puasa sunat dan puasa ganti. Beselah, lagi-lagi dah hujung semester. Hehe.. Tapi kalau saya tak terbangun sahur, memang saya tak jadilah puasa. Sekurang-kurangnya saya kena minum secawan susu or air. Kalau tak, belum zohor saya dah terbaring atas katil.  Hehe. Di uni, saya berkesempatan iftar di masjid beramai-ramai. Dekat sinilah saya first time makan kuih koleh yang sangat-sangat sedap.. Tak tahulah sebab saya lapar ke apa. Tapi memang serius sedap. Sampai saya teringat-ingat dan mungkin juga nikmat berbuka beramai-ramai. Mulanya saya tak tahu nama kuih ni, and saya dah pernah makan sebelum ni tapi tak terasa jatuh cinta lagi sebab saya tak suka sangat tahi minyak tu. Tak nampak menarik. Hehe.
So, kali ni saya try buat sendiri. First time buat sendiri, saya terletak garam lebih sikit. Hehe. Dah nak kahwin ke apa? Hehe. Walaupun saya tak suka tahi minyak tu, tapi saya still nak try jugak J



Bahan-Bahan:

1.       1 cawan santan pekat (untuk buat tahi minyak)
2.       1 cawan tepung kacang hijau (saya guna jenama Kijang)
3.       2 cawan santan pekat
4.       1 cawan air (guna  santan cair pun boleh juga )
5.       1 cawan gula merah
6.       2 sb gula pasir
7.       1 sk garam
8.       1 simpulan daun pandan

Cara-cara:

1.       Untuk tahi minyak: Masak 1 cawan santan pekat. Kacau sehingga menjadi tahi minyak. Tapiskan tahi minyak dan simpan lebihan minyak untuk dimasukkan dalam bancuhan kuih. (Lebihan kira-kira 1 sb)
2.       Masak air, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan.
3.       Satukan tepung kacang hijau, santan pekat, garam dan air gula tadi dalam periuk. Masak dan kacau sehingga sebati. Then, masukkan lebihan minyak tadi.
4.       Kacau bancuhan tadi sehingga masak dan berkilat.
5.       Then, bolehlah tuang dalam loyang. Tabur tahi minyak di atasnya.
6.       Biarkan sehingga sejuk. Kemudian, bolehlah dipotong dan hidangkan bersama teh o panas. Ececeh.. J