19 May 2012

Yakin dengan Allah S.W.T

Bismillahirrahmanirrahim


Syukur Alhamdulillah Allah masih beri nyawa sehingga saat ini. Dah lama tak menulis di blog. Hidup saya memang sangat sibuk dengan kelas, assignment and presentation. Tapi sebenarnya, still banyak lagi masa tak adalah sampai tak makan :) Masa yang Allah beri memang cukup untuk kita, bergantung kepada kita untuk mengaturnya. Perlu fikirkan komitmen yang penting dahulu :)

Minggu lepas saya ada presentation, serius memang mendebarkan. Macam-macam rasa, takut, gemuruh, cemas, kecut perut, and juga loya. Mungkin sebab lecturer tu garang and tegas. Group member saya yang lain pun macam tu. Saya hanya mampu berdoa and yakin pada Allah. Sebab saya yakin, bila kita sudah berusaha, pasti Allah permudahkan dan beri ganjaran yang setimpal dengan usaha kita. Kalalu kita pun buat kerja sambil lewa, hanya menumpang nama, kita sendiri yang rugi. Lecturer pun boleh detect siapa yang buat kerja or tak. Inikan pula Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi Alhamdulillah, Gruop mates saya setakat ni semua bagi komitmen and kerjasama yang baik.

Alhamdulillah selepas sahaja present, lecturer puas hati. Walaupun bahasa inggeris saya agak teruk and tak lancar.. Hehe.. Soalan dari kawan-kawan pun kami jawab sebaik boleh walaupun tak berapa complete :) Kami semua senyum puas and lega yang teramat sangat. Apa yang penting dekat sini, bila kita yakin dengan Allah S.W.T, insyaAllah dipermudahkan. Jangan bila ada komen yang negative, kita terus down. Ambil ia sebagai positive, renung diri kita apa yang kita buat sebelum ini. Allah bagi kita peringatan supaya kita lebih kuat dan belajar memperbaiki diri. 

Wallahualam.