24 June 2012

Pekse oh Pekse

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum sahabats :)

Pejam celik pejam celik, dah berlalu Semester 5. Sekarang tiba masa untuk exam. Exam saya start 27 June. Ok, lusa je lagi.. Tapi persediaan baru 10% untuk first paper.. Sebenarnya mood nak exam tak datang-datang lagi. Hehe. Semalam saya baru balik dari kampung.. Biasalah, kononnya balik kampung bawaklah balik nota sekali.. tapi, bertuah nak study. Buka beg pun tak.. Apatah lagi nak pegang pen. Hehe.. 

Sama juga kalau ada assignment, tak pernahnya nak buat kalau kat rumah. Kalau saya cuti sebulan, sebulanlah saya tak bukak laptop. Sampai kakak saya ingat saya tak ada laptop. Hehe. Itulah namanya menikmati cuti. Padahal bukan pergi jalan mana pun. Just duduk rumah. Tapi biasalah bila duduk rumah, dari pagi sampai petang, ada je kerja nak buat.. menyapu, memasak, mengemas.. itu belum termasuk lepak rumah jiran and berkumpul dengan kawan. Sungguh padatlah.. Hehe.. Tapi lepas ni saya tak ada semester break dah, sebab semester break kali ni saya ada praktikal.. :( hope datanglah semangat nak bekerja.. Semester depan, semester akhir saya. Alhamdulillah :)

This semester, as usual ada 5 papers final. Alhamdulillah, ada gap untuk each paper. Tak macam sem lepas, 3 paper, 3 hari berturut-turut. Tapi sebenarnya ok juga bila paper rapat-rapat ni, ada perasaan terpaksa push diri untuk study. Hehe. Kalau tak jadi cam sekaranglah. Manja-manja lagi and ada masa pula nak menulis blog.. Aisyyy.. 

Alangkah bahagia kalau sentiasa seronok study :)


Maka dengan ini, cewah.. saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada warga pelajar Uitm and rakan-rakan for this semester. Do your best and jangan online je.. Hehe.. Maaf if ada buat salah sepanjang semester ini... 


Tak nak Tak nak

Wassalam (^-*)

16 June 2012

Siapa itu Qarin

Assalamualaikum..

Dah lama rasnya tak menulis.. Kali ni just nak share, Siapa itu Qarin.. Mungkin ada yang da tahu.. Tapi saya baru tau lepas dengar kuliah maghrib di kolej.. Hehe.. Seorang ustaz menceritakan serba sedikit tentang Qarin, iaitu semasa kita lahir, kita dilahirkan bersama Qarin.. Ibarat kembar kita. Ustaz tak cerita lebih lanjut sebab tajuk kuliah masa tu Bicara Hati.. hehe.. tetiba ada selit pasal Qarin sikit2.. So, saya pun cari siapa itu Qarin.


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah saw sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
 
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
 
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan  mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismilah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
 
Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan dan kederhakaan manusia.

Maka, ucplah Bismillahirrahmanirrahim dalam semua perkara :)

Sumber: Darussalam