25 January 2011

Adakah

Adakah
Masih ada rasa
Menggamit hati yang sunyi

Adakah
Masih ada sayang
Hingga mekar menyinari hati

Adakah
Masih ada gembira
Membuat hati mekar berbunga

Adakah
Masih ada sinar
Menyinari hati yang luka padah

Arggh.. sejak bila aku pandai tulis puisi ni?
Lately, selalu menangis. Tak tahu lah kenapa. Baca berita Misbun Sidek dengan Lee Chong Wei pun aku boleh menangis. Arghhhh!!!

Bikin tenang sedapkan hati

21 January 2011

Oh, Ayoub


Sekarang aku tengah tension sebab tak dapat tengok cerita Ayoub dekat internet. Sudah  tiga episod miss. Biasa tengok dekat faztvnetwork tapi nak loading tak boleh-boleh. Mungkin line uitm sekarang tengah busy so aku kena redha. Nak mengadu tak boleh sebab benda free kan? huhu.. Tapi tetap geram juga sebab dahlah episod minggu ni episod genting. wawawa..

Tadi try juga cari dalam blog-blog yang boleh download. Tapi tak jumpa juga. Dekat youtube pun tak ada.  Memang tak ada nasiblah. Kalau nak tengok dekat tonton tv3 tu, lagi lama, alamat berjanggutlah. Adakah aku perlu bangun pagi-pagi esok untuk tengok Ayoub ni ye? Kot-kot masa tu line ok kot. Hehe

Siapa ada alternatif lain tolong bagitahu. (muka sad ni)

ehm...

Nak duit angpau RM40k klik sini

Ahlan Wa Sahlan

Hi kawan-kawan (suara manja)

Can u see widget Ahlan Wa Sahlan dekat kanan blog cik imanis ini? Hehehe.. Sebenarnya fikir banyak kali juga hendak letak widget  banyak-banyak. Nanti nak loading blog berat kan. Tapi bila tengak blog kawan aku Cik Ainnurnajwa, macam menarik pula. Hehe.. So aku pun try la sebab tengok banyak blog sudah ada.


So, banyak lagi widget yang menarik yang korang boleh dapat dekat blog adiwidget ini.

Selamat berwidget-widget ok. (*-^)

19 January 2011

Sahabat

"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan . Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah "

Siang tadi aku terjumpa seorang kawan sekampung di kolej. Agak terkejut sebab sudah lama tak jumpa kan. Gembira. Banyak pula benda yang kami ceritakan. Tapi yang paling aku suka sebab aku selesa untuk bercerita apa sahaja dengan dia. Kami bukannya sahabat akrab tapi sahabat baik. Ehm.. lebih kurang sama je kan? hehe. Tapi bukan semua sahabat yang kita boleh berkongsi cerita kan? Lagi-lagi hal perasaan dan emosi kita. Mungkin kawan aku ini agak alim, that's why aku respect dengan dia and dia juga berfikiran terbuka. Honestly, ada ketenangan dalam diri aku setiap kali aku jumpa dia. I don't know why..  :)

"Sesungguhnya sahabat itu suka kepadamu. Tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu adalah sahabatmu" Hamka 


18 January 2011

Empat Golongan Isteri Ahli Syurga

Just want to share what I read :)

Nabi s.a.w bersabda empat golongan isteri ahli syurga ialah:

  1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
  2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kurang bersama suaminya
  3. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya pergi, maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang maka ia menutup mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
  4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia menguruskan anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia untuk berkahwin kerana khuatir hidup anak-anaknya akan sia-sia.

Allah SWT telah berfirman (An Nisa 34) : 

" Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan harta mereka, sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri serta taat kepada suaminya, oleh kerana Allah memelihara mereka. Wanita yang dikhuatiri nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka, janganlah mencari jalan untuk menyusahkannya.

I am grateful to be a woman :)


Bersyukur

Hi.. I just want to share that I am happy right now. Anyway I'm happy with my life. Are you not happy with your life? something wrong with you I think.. hehe

Why I'm so happy?

I have a lovely family

My siblings :) Guess , where is me? Hehe

and 

I have a very very good friends :)

Classmates in 2004

Polisas in 2008

Uitm 2010. I love all my friends :)

and I love all my fans. Haha

Thank you Allah for give me the happiness :)



15 January 2011

Tak Sangka

Pagi-pagi ini amat emosional sedikit sebab tiba-tiba terfikir banyak orang yang tak disangka dalam hidup ini. Perumpamaannya.

Pelukis tidak semestinya suka mewarna

Fisherman tidak semestinya makan ikan

Perempuan bertudung tidak semestinya berakhlak baik

Lelaki bersongkok juga tidak semestinya boleh menjadi imam

Semua manusia mempunya pandangan, perasaan dan minat yang berbeza. Hidup ini hanya satu. Untuk mendapat keredhhanNya. Itu yang paling penting. :)

14 January 2011

Lelaki Bermisai

Adakah imanis suka lelaki bermisai? Jom kita selongkar.. Isu hangat ini.. Haha.. Mengikut respon dari kawan-kawan yang aku tanya, ada ramai juga yang suka lelaki bermisai. Diorang kata nampak romantik. Aku pun tak tahulah romantik itu tang mana. Panjang misainyakah? Kelebatan misainyakah? Kehitaman misainyakah? Tapi setiap mata lain-lain pendapat and pandangan kan? bagi aku? Jom kita tengok.


Ala-ala Datuk K. Agak tak berkenan di hati. Tapi untuk lelaki yang pakai braces mungkin sesuai kot simpan misai macam ini. Makcik belakang umah lah yang cakap.

Berjambang lebat. Agak tidak berkenan jua. 

Cumil. Tapi di zaman masa kini tidak sesuai. Sila ikut peredaran masa.


Agak berserabut di jambang tapi masih boleh di pertimbangkan. Tetap hensem. I like!!! -.-

OMG. Like my father. Memang pujaan hatiku. Haha. No objection ok.

Tapi apa-apa pun kalau dah jodoh, dapat yang tak bermisai berjambu pun ok. Haha..


13 January 2011

Kahak


Uhuk.. Uhukk.. Uhukk lagi..

Sekarang mood demam, selesema and batuk. -.- Memang pakej 3 in 1. Derita. Teringat satu kisah masa aku darjah 5 dahulu, ada satu cerita pasal kahak ini. Biasanya, kalau batuk yang teruk mesti akan mengeluarkan kahak yang agak banyakkan selepas kita batuk? Aiyoma.. hendak cerita pun agak menggelikan.. Erkk..

Adalah seorang kawan bernama Cik Ayu (bukan nama sebenar) sedang batuk dengan dasyatnya. Kesian sungguh. Uhuk.. Uhukk.. Uhukk.. Uhukk lagi. Maka aku pun terdengarlah Cik Ayu ini batuk sambil terkeluar kahak. Aku senyap. Selepas itu aku terdengar seorang clasmate aku ini,  Boy (nama timangan ibu) berkata " ha.. telan lah tu.. telan lah tu". Muka Cik Ayu sudah merah padam. Aiyoma.. Aku rasa nak pelangkung aje kepala Boy itu. Kecian Ayu.

Korang faham tak apa yang aku hendak sampaikan ini? Huhu. So, jangan tegur macam itu ok bila kawan sedang batuk.. Takkan la setiap kali batuk hendak pergi ke toilet buang kahak kalau kita dalam kelas.. Faham-faham sahaja sudah. Tapi aku ada terfikir juga kenapa si Boy itu boleh cakap macam itukan? Mestilah dia ada pengalaman kan? Haha.. 


12 January 2011

Academic Session 2011-2012.. Yahoo!!!


Dapat juga berpuasa sebulan di rumah :)

10 January 2011

Tak Suka Selesema!! Tapi ada Petuanya



Hai kawan-kawan!! dengan nada happy sambil hingus cair meleleh di hidung. Owh.. tak suka!! tak suka!! Siapa suka selesema? nobody right? Sekarang musim hujan and kadang-kadang panas tapi suam-suam suku. So, lebih cepat penyakit selesema berjangkit because keadaan yang lembap. OMG.. I'am good in Science. Haha. Sekarang stok tisu memang tak ada kat bilik, so kena sentiasa ke toilet tapi agak malas sebab bilik paling hujung. So, bayangkan macamana aku kawal hingus ini?.. ulpp...  (T_T)

Tapi jangan risau, melalui bantuan pakcik google, masih ada petua untuk mengubatinya. Petua untuk orang yang malas nak pergi jumpa doktor or pergi farmasi beli ubat like me. Hehe. Ini petuanya: 

Ambil 3 helai daun betik yang muda. Bersihkan dan ditumbok sehingga lumat. Perah daun tersebut dan ambil airnya. Air itu perlu ditapis. Bancuhkan sedikit garam. Minum air tersebut. Sukatan minumam untuk orang dewasa ialah 4 kali sehari manakala kanak kanak pula 2 kali sehari. 

Ok. Get it? So, malas-malas pun kena rajin juga untuk cari daun betik belakang rumah or rumah jiran sebelah or beli kat kedai kalu jumpa lah.. Selamat mencuba

Hope dalam kelas esok hingus ini tak menari-nari dengan lebih dasyat.. :)


06 January 2011

Tempe Untuk Cantik

Masa sekolah dulu ada  kawan aku tanya, kenapa aku pandai dalam matematik? Nak tahu aku jawab apa? Takkan aku nak puji diri sendiri, aku pandai semulajadi. Gila memang jawapan perasan gila. Aku budak baik. So, aku jawablah dengan bangganya "aku makan tempe. Itu sebab aku pandai gila" Gila tu aku tambah je. Tapi aku tak pernah pula baca khasiat tempe boleh jadi pandai matematik. Aku tibai aje. Ayah dengan mak aku orang jawa, memang automatiklah makan tempe. Kami adik beradik memang suka makan tempe kecuali akak aku. Mengada. Orang Jepun pun makan tempe.

 Ini tempe yang enak menjilat jari. Perlu dimasak dahulu.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Yang kat atas hanya intro. Melalui pembacaan aku baru sekejap tadi, SIRIM dah buat kajian pada tempe untuk dijadikan alat kosmetik. Sudah hasilkan dan sekarang tengah buat ujikaji pada individu untuk lihat mutu produk tersebut dan selepas itu baru galakkan usahawan untuk mengkomersialkan produk tersebut. Oh.. patutlah muka aku tulus mulus tanpa jerawat sebab makan tempe.Ngee.. Sekarang ada dua tiga jerawat agak liar tumbuh di muka sebab dah seminggu tak makan tempe. Aku harap teori aku betul. Hehe.


04 January 2011

Saintis cipta hujan lebat di gurun


By Kosmo

Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion. Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu. 

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos. Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir. Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron. Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.
Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan. 

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.
Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.
Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera. Sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.
Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta)
 
p/s: Kalau turunkan salji kat Malaysia boleh tak? Teringin nak main salji kepul-kepul lepas tu main baling-baling. Hehe. 


Moto 2011

Orang lain sibuk dengan azam baru. Aku pun ada azam juga tapi tak perlu diwar-warkan barangkali. Biarlah rahsia petikan  lirik lagu Siti Nurhaliza itu. Hehe.Tapi this year aku ada moto pulak. Tidak salah barangkali. My moto is TABAH, BIJAK dan JELITA. Jelita itu agak gedik didengar bila aku bagitahu kawan-kawan. Hahaha.. Sekurang-kurangnya aku ada moto, diaorang? (*_^)