11 November 2010

Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul


Malam tadi before aku tidur, aku telah habiskan baca satu novel ringkas yang bertajuk Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul. Before membaca memang serius aku mengantuk gila. Selepas satu-satu aku belek novel ini, serius aku memang terus jatuh cinta. Buku ini hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. 

Harga RM12.00 sahaja. Terbitan Telaga Biru.

Apa yang menarik dengan buku ini? Ia memaparkan kisah Qani'ah yang mendambakan cintanya hanya untuk Allah S.W.T dan memelihara cintanya hanya untuk suami. Dari zaman persekolahan, bagaimana dia memelihara cinta sehingga kehidupan bersama suami. 

Ada satu petikan yang menarik dalam buku ini ynag bertulis:

"Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak sedia. Kalau tak sedia kenapa nak bercinta. Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan"

Serius buku ini memang sesuai untuk lelaki bukan untuk perempuan sahaja tidak kira usia. 

T_T



No comments:

Post a Comment