28 March 2011

Kejar-kejar


Oh Yeah!!! Semua kejar-kejar nak buat test. 
Semua kejar-kejar nak hantar assignment.
Jadual aku penuh. Sekian, terima kasih.



25 March 2011

Bangun Pagi-pagi


Hari cuti aku, bangun pagi-pagi, nyanyi lagu ni, tak gosok gigi, buat milo cicah biskut, perut kenyang, naik katil, tarik selimut. 

Nikmatnya.. Lagi-lagi kalau sejuk. 

22 March 2011

Payung Cik Ani

Hujan di bahagian barat tanah air memang kerap dan sukar di jangka. Hujan beserta dengan angin yang kuat dan berdaya menumbangkan beberapa pokok dekat sekitar kolej. Belum lagi dekat satu Uitm. Memang banyak pokok tumbang. Signboard masuk fakulti aku dah hilang satu huruf U. Asalnya ada empat huruf. FSPU. Mujur aku sempat bergambar dengan signboard tu. Korang sempat tak? Haha


Semester ni aku sudah beli payung after selalu je tertinggal kat dalam kelas.  Akhirnya. Hehe. Hampir dua semester aku tak ada payung. Setiap kali balik rumah mesti mak aku tanya, " Sudah beli payung belum Ani?" Seperti biasa jawapan aku "Lupa mak". Tak apa, balik kali ni aku boleh jawab dengan bangga " Sudah Mak, beli dekat guardian kat Seksyen 7. Harga dia  tiga belas ringgit mak. Masa tu Nani temankan beli" Ok. Aku kena hafal jawapan ni mulai sekarang. Hehe.

Apa kes aku cerita pasal payung ni? Alkisahnya begini siang tadi on the way ke kelas, hujan turun dengan lebatnya, lantas payung di dalam beg diambil dan dibuka. Aku dan Nani jalan penuh berhati-hati. Aku memerhatikan juga pokok-pokok sekeliling. Takut ada ranting-ranting pokok yang jatuh. Kami menyusuri tangga juga dengan berhati-hati. Aku seribu kali berhati-hati sebab sejak akhir-akhir ni aku kerap jatuh tersadung di tangga. Boleh di katakan aku tengah fobia dengan tangga sekarang ni. Tapi tangga dan Uitm memang tak boleh dipisahkan. Hal itu aku perlu redha.

Setibanya di kelas, guess what happened? Ehm.. Baju kami basah lencun satu badan. Now, apa gunanya payung yang kami pakai? Ngee... Moral of the story, beli payung pacak yang sebesar meja bulat tu or tak payah pergi kelas. Hehe. 

Ok, jangan ikut nasihat aku. Segala kejadian alam ini sudah ditentukan Allah Maha Pencipta. Setiap bencana adalah peringatan untuk kita semua. Dugaan yang diturunkan kepada kita untuk menjadikan kita lebih cekal dan dekat kepadaNya Wassalam.

21 March 2011

OPKIM Kg. Sg. Nibong, Batu Pahat


Alhamdulillah, 10 March lepas after pulang dari Singapore, kami semua berangkat ke Batu Pahat untuk aktiviti OPKIM. Kakak, kakak, what is OPKIM? It is stand for Operasi Khidmat Masyarakat. Hehe. Thanks to ketua kampong Sungai Nibong and ketua program kami, Syukri untuk operasi ini. Memang best J

Group kami dapat tugasan dekat Tadika Kemas Sri Utama. Kami mengecat, tanam pokok, angkat pasir dan segala kerja yang boleh ditolong, kami tolong serajin-rajinnya. Hehe.Ok.. macam ayat dalam karangan UPSR. Memang best sebab hari diorang sekolah kan. So, dapat rakam gelagat adik-adik ni.. Hope will enjoy this video that I made J

Orang yang rakam vdeo ni tak semestinya tak wat keje tau.. Hehe..  

18 March 2011

Trip JB-Singapore-Batu Pahat Part 2

Akhirnya siap juga video kedua ni. Begitu mengambil masa. Cewah. sebenarnya mood tak datang-datang nak edit. Malam ini tetiba datang mood rajin dan bersemangat. Tapi video trip kali ini, banyak area picture sahaja. Tak sempat nak rakam ragam orang. Biasalah masing-masing tengah excited masa tu. Oversea katakan. Walaupun tak banyak tempat kami lawati, tapi sudah cukup membuatkan kaki ni lenguh. Tak apalah, bukan selalu dapat peluang macam ini kan. Hehe. Okay hope enjoy this video walaupun rasanya banyak gambar Cik Imanis tu saje. Ngeee..!!



15 March 2011

Kad Kahwin Saya

Entry sebelum ini baru je cerita tak nak kahwin lagi. Rasanya baru dua tiga jam entri tu. Hehe.. Wah.. tup-tup dah ada kad kahwin kan? Cuba tengok kad kahwin kat bawah ni. Cute kan? Mestilah.. Tengok tuan punya lah. Hahaha

Ok. Tengok puas-puas dulu


Tak puas lagi boleh klik kat gambar untuk tumbesaran :)

Sudah tengok? Jemputlah datang 26 March ni. Kita makan nasi minyak sama-sama. Hehe. Sebenarnya kad ni jemputan dari ex-roomate, abang dia kahwin. Saje letak dalam blog sebab lepas ni nak kena bagi kat kawan pulak. Satu kad untuk 3 orang. Wah.. bagus-bagus. Salah satu cara untuk berjimat. Hehe. Tapi serious, kad ni cute. Suka.. suka.. Ngee... Harap bakal suami aku suka juga. Haha 

Tahun Ke 24


Yup!! Tahun ini sudah masuk ke 24 tahun aku hidup di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Masih ada ayah dan mak, 9 adik beradik, 11 orang anak buah. Syukur sangat-sangat. Sehingga kini masih lagi belum berkahwin. Hehe.

Berkahwin? Syokk nyer!!! Siapa tak nak kan? Huahua. Tapi masih banyak lagi impian tak tercapai. Habis belajar pun lambat lagi. InsyaAllah grad masa usia 26 tahun. Kalau dibandingkan dengan mak aku masa tu mungkin mak aku dah lahirkan anak ke empat. Hehe. InsyaAllah, setiap perjalanan kita sudah di tentukanNya.

Amin 

12 March 2011

Trip JB-Singapore-Batu Pahat Part 1

Mulut tak berdaya nak berkata apa-apa sebab kepala tengah pening fikirkan kerja assignment yang tertangguh. Hanya mampu menulis. Cewah. Gaya macam pergi trip jauh nun ke Europe. Berbekalkan Nikon L3 yang sudah berusia 4 tahun dan Aino yang masuk air di Sentosa (sekarang dah macam aquarium handset aku :( ) terhasilah video yang tak seberapa sepanjang trip ini. Ini baru Part 1, Part 2 punya tak sempat siapkan T_T. Kualiti video memang tak cantik. Seakan-akan meminta VideoCam kan? hehe


"With Love Imanis Aini", memang agak geli di dengar. Haha