28 February 2011

My First Cake

Ulppp. Secara tiba-tiba air liur meleleh tengok kek birthday Maryam Fatanah.  Cepat-cepat lap supaya orang tak nampak. Nampak menyelerakan.  Happy Birtday to Maryam. Sweets 21years old dear.

Berbalik kepada tajuk entri, aku memang tak pernah sambut birthday. Tak pernah nak tiup-tiup lilin. Dapat hadiah birthday memang banyak dan itu zaman sekolah  dulu. Sebab masa tu konsep balas-membalas. Kalau nak hadiah kena bagi orang tu dulu. Tak aci kan? Dalam family pun tak pernah sambut sebab adik beradik ramai kot. Jenuh nak sambut. Hehe. Just wish. Itu sudah cukup menggembirakan :)

Sampailah satu masa tu in 2007, kawan aku Faizah buat surprise birthday dekat rumah dia di Skudai. Memang terkejut gila. Tapi sangat happy dan terharu sebab adik-adik lelaki dia yang comel turut menyanyikan lagu birthday. Masa tu rasa macam seusia dengan diorang pula. Hehe. Thanks Faizah. Memang tak kan lupa sampai bila-bila dan  malu bila ada pula pak cik dia yang lebih kurang pangkat abang dengan kami.  Sebab muda. Wink.. wink *_~


Yang specialnya, kek ni Faizah buat sendiri. Boleh tengok hasil usaha dia dan adik beradik dia. Sedap tau. Jangan di pandang dari luaran je. Hehe

Ini adik-adik Faizah yang comel dan petah bercakap. Sweet :)

Kepada Faizah dan juga Amelia, yang turut berpakat untuk suprise birthday itu, terima kasih banyak. Moga kamu berdua dipanjangkan umur :)  Birthday yang akan datang juga aku ada dekat Johor dan juga Singapura sebab pergi trip kelas. By the way, next week je. Hehe :)

27 February 2011

Cukup-Cukuplah Bertukar


*Gambar tidak menggambarkan jalan cerita

Something wrong happened to me. Memang tak ada pendirian yang tetap. Tak sampai sebulan sudah bertukar baru. Belum sempat hendak beramah-mesra. Belum sempat hendak selesa. Bukan baru sekali, ada jugalah berkali-kali. Tak berbilang dek jari tangan yang sepuluh ini. Belum masuk jari kaki lagi. ramai juga yang menegur. Arghh..

Kali ini pendirian aku perlu tetap. Tak boleh nak bertukar-tukar. Sikit-sikit nak ikut mood, sikit-sikit ada aje yang tak kena. Hope yang ini bertahan lama. 6 bulan pun jadilah. Yang gelap, yang cerah, semua pernah. Tapi kali ini aku pilih yang putih. Konon-kononnya nampak suci. Harap mata lain yang memandang juga begitu.

By the way, korang perasan tak background , layout dan segala macam pada blog ini sudah bertukar? 

21 February 2011

Aku Model Terkenal


Nama dia Naima

Petang itu aku berkejar-kejar pulang ke kolej. Belum sempat pensyarah keluar, aku sudah keluar terlebih dahulu mengikut pintu belakang. Berjalan sepantas mungkin. Peluh perempuan keluar menitis-nitis di dahi. Aku tak peduli. Rakanku, Nani seperti biasa tertinggal di belakang. Rakan-rakan lain seperti biasa ada sahaja yang menegur. Aku tak peduli itu semua. Aku perlu kejar masa.

Sesudah tiba di kolej, aku sesiap secepat mungkin. "Aku tak boleh lewat, lepas ni susah dah nak dapat job," bisik hatiku sendiri. Kunci kereta di atas meja di capai sepantas kilat. Kasut tumit berketinggian tiga inci dimasukkan ke dalam kotak dan dibawa bersama. 

Walaupun aku berkejar masa, aku membawa kereta dengan penuh berhemah dan berbudi bahasa. Di awal kerjaya ini, aku tak mampu lagi untuk mengupah seorang Personal Assistant. Tidak apalah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Aku menyedapkan hati.

Perjalanan dari Shah Alam ke Garden Hotel  mengambil masa hampir satu jam. Kesesakan lalu lintas, memang tak boleh nak kata apa.  Setibanya aku ke situ, aku bergegas ke bilik persalinan di belakang dewan yang tersergam indah. "Minggu Fesyen Kuala Lumpur" di tulis dengan indah dan jelas di atas pentas utama.

"Kenapa kamu lambat sangat ini? Puas aku cari kau, cepat-cepat!" seorang make-up artis terkenal di tanah air memanggilku. Aku lantas di touch-up oleh beliau. Rambutku di dandan indah. Terselit rama-rama bertatah kilauan batu permata di atas kepala aku. Model-model lain juga sedang di dandan. Sesudah di dandan, aku ke bilik persalinan baju. Baju mewah rekaan Hatta Dolmat segera di sarungkan. Hatta Dolmat memang terkenal di Malaysia. Hatta Dolmat adalah pemenang nombor dua  Project Runway 2007. Aku memang sangat impikan rekaannya.

Kedengaran dewan sudah di penuhi oleh ramai tetamu-tetamu VIP, pereka-pereka fesyen terkenal tanah air dan antarabangsa, pengkriti-pengkritik fesyen, wartawan dan artis-artis terkemuka termasuk pelakon lelaki pujaan aku, Fizo Omar. Jantungku berdegup kencang tiba-tiba.

Model-model masing-masing mengambil giliran untuk melakukan pertunjukan di atas pentas. Aku tempat yang ke sembilan. Walaupun sudah setahun menceburi bidang ini, masih ada rasa berdebar-debar, tapi itu semua aku sembunyikan. Be a professional. Sampai sahaja giliran aku, aku berjalan penuh yakin. "Pasti Hatta Dolmat bangga dengan aku," aku berbisik sendirian dengan penuh yakin. Aku berjalan penuh berhati-hati hingga ke hujung pentas. Aku senyum dengan yakin sekali. 

Pancaran cahaya dari pelbagai arah memancar-mancar di wajahku.  Setelah itu, aku memusingkan badanku untuk kembali ke belakang pentas. Secara tiba-tiba kainku tersangkut pada kasut tumitku itu. Aku tidak dapat mengawal pergerakan langkah kakiku. Lalu aku jatuh. Kali ini aku pasti pancaran cahaya yang memancar-mancar padaku semakin banyak. Pasti menjadi tajuk utama di dada surat khabar esok. Semua tetamu berdiri. Kelihatan mulut Hatta Dolmat ternganga. Aku malu. Aku segera bangun. Malangnya kali ini tumit kasutku pula patah. Aku terjatuh lagi. 

Aku teramat malu ketika itu. Tuhan sahaja yang tahu. Tiba-tiba datang seorang lelaki datang membantuku. Aku tidak dapat melihat wajah lelaki itu. Keadaan kelam kabut ketika itu. Dipimpin dan dibawanya aku terus ke belakang pentas. Setelah itu barulah aku dapat melihat wajah beliau. Aku tergamam. Pasti ibu aku juga terkejut kalau aku ceritakan padanya. "Fizo Omar, mak!!" Aku segera mengucapkan terima kasih. Tiba-tiba beliau menampar pipiku. Aku terkejut tetapi ditamparnya juga berkali-kali. Aku menjadi marah. Memang teramat sakit. "Weh Aini, bangun-bangun!" aku terdengar suara seorang perempuan. "Bangun! bangun! Dah jatuh katil pun sempat lagi sebut nama Fizo!" Aku segera menggosok mataku. Aku segera bangun sambil mendermakan senyuman kerang kepada teman bilikku. Aku malu buat kali ketiganya.


19 February 2011

Album February 2011

Memandangkan Facebook cik Imanis sudah deactive, maka sudah tiada lagi tempat untuk di upload gambar :( Oleh yang demikian, blog ini akan di jadikan medium mengupload-upload gambar.. Hehe

Kita mulakan dengan warming up. 


New classmates from Diploma Uitm, Perak. Mereka semua baik-baik. Boleh dilihat dari segi pemakaian berbanding aku yang sarung mana dan je. Hehe

Klimaks

With ex-poli yang juga sama-sama continue study dekat sini. Thanks Fida belanja kami makan. Lain kali boleh belanja lagi. Aku belanja nasi minyak terus je nanti.

Sukan Kolej 2011. Sengaja ambil gambar kontijen lelaki.

Sukan antara jabatan di FSPU. No 2 untuk game bola jaring. Sudah lama tak pegang bola and in fact, aku agak terasa hati hari itu. Gambar di atas hanya lakonan emosi semata-mata. Lupakan cepat-cepat.

Majlis Wacana Cinta, Agama, Bangsa dan Negara dengan Naib Canselor, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Dewan Agong Tuanku Canselor yang baru sahaja siap dibina.


 Memang besar dewan ni. Nanti kami konvo di sini. Yeah.. InsyaAllah

Maaf kakak-kakakku @ roomates, Cik Kay dan juga Cik Wahida yang berada di belakang. Gambar itu ibarat kamu sedang berjalan dengan kelajuan 110km/j.

Penutupan

Seminar Komunikasi Bersama Personaliti TV3. Lepas ini kalau gugup, berpeluh-peluh, kecut perut sampai ke toilet dua tiga kali juga before present tak tahulah. Mungkin kena pergi Seminar Komunikasi Bersama PM pula.

Tak perlu kot bagitahu siapa personaliti tu. Mesti 1 Malaysia sudah kenal. Kamera tak dibenarkan sebarang program berlangsung. So, ambil gambar dengan poster pun kira ok apa. Bukti kejadian juga. Tapi ada juga ambil gambar and video curi-curi. Tapi bukan guna kamera. Guna handset. Lain bukan?

No Valentine's Day in February ok?

Semoga bertemu lagi di lain album :)

Moh kita main game Milo Fuze ramai-ramai. Klik sini :)

16 February 2011

Jatuh Cinta


Pagi itu aku di kejutkan dengan panggilan misteri. "Siapa pulak pagi-pagi buta miskol aku nih? Kacau betul. Kol tapi tak nak angkat" rungut hatiku. "Tapi bagus juga, kalau tak mahunya aku terlajak sampai tengahari." Lantas aku menyapai tuala dan terus ke kamar mandi.

Sebelum ke kelas aku mengajak teman baikku, Nani untuk ke cafe dulu. Mahu menjamu juadah sarapan. Malam semalam aku tidak sempat menjamah apa-apa kerna sibuk membuat tugasan yang di beri oleh Prof Rahman. Agak lama aku  menatap juadah yang terhidang. Keliru mahu memilih yang mana. Hampir tiga minit menatap, aku akhirnya mengambil bihun goreng sahaja. Nani hanya minum. Diet katanya.

Ketika mahu ke kaunter, seorang lelaki memakai kacamata melanggar bahuku. "Aduh." Bilang aku. Tanganku terasa panas. Mana tidaknya, air nescafe o lelaki kacamata tersebut tumpah ke atas tanganku. Lelaki tersebut pergi tanpa momohon maaf. Aku tekejut. Mulut aku terkumat kamit menyumpah lelaki tersebut. Nani dari jauh lantas datang kepadaku menolong mengesat air di tanganku. Sepantas kilat selera makanku hilang. Kami berlalu begitu sahaja.

**Setahun kemudian**

Petang itu selepas pulang dari kerja aku ke taman seorang diri. "Hari ni aku nak lari empat round. Watson Nyambek kalau lawan ngan aku ni mesti kalah." Bisik hatiku dengan bangga. Aku berlari dengan kelajuan 18km/j sambil mendengar lagu di MP3 aku. Sedang khusyuk berlari tiba-tiba kaki aku tidak dapat mengawal langkah. Aku tersadung dengan dasyatnya. Lutut aku berdarah. "Aduh."

MP3 aku tercampak hampir tiga meter jauhnya. Belum sempat aku mencapainya, seorang lelaki berkaca mata mengambil MP3 tersebut lantas menghulurkan kepadaku. "Terima kasih." kataku. "Awak boleh jalan tidak ni?" Tanya lelaki tersebut kepadaku sambil menghulurkan tangan. "Ehm, boleh-boleh, tapi kena slow" "Tak apa, saya jalan sendiri." Jawabku. Dahi lelaki itu berkerut. Aku memandang lelaki tersebut. Sepertinya aku pernah lihat. Lupakan sajalah. Saat sakit-sakit begini sempat lagi aku berfikir.

Lelaki tersebut menemani aku sehingga ke keretaku. "Terima kasih.. ehmm.. encik.. " "Syazwan" lelaki itu terus memotong lalu memberi kad kepadaku. Kami bertukar kad nama. Setelah itu, aku berlalu dan terus ke klinik.

Malam itu sedang aku menyapu ubat di lutut, fikiran aku kembali mengingati lelaki yang bernama Syazwan itu. Hampir setengah jam aku memerah otak. Aku terlihat parut kecil di tanganku akibat terkena air panas setahun yang lepas, baru aku teringat. Lelaki yang melanggar aku itu Syazwan. Aku amat pasti. Malam itu tidurku tidak lena.

Hari ini cuti. "Wah.. sedapnya bau." Nani menegurku dari belakang. Aku sibuk menghidangkan bihun goreng di atas pinggan. Satu kepadaku dan satu lagi kepada Nani. Aku dan Nani teman serumah. Kami memang rapat sejak di universiti. Pagi itu kami berbual kosong sambil menjamu selera. 

"Kau dan aku adalah satu, tak kira apa, segala rintihan aku engkau selalu ada.." Suara penyanyi terkenal, Aizat berkumandang di telefonku. Lantas aku mencapai lalu menekan butang hijau. "Assalamualaikum" Aku memberi salam. "Waalaikummussalam, Aini ke ni? " Seorang lelaki di telefon bertanya. "Iye saya, kenapa?" Aku bertanya kembali. "Saya Syazwan, ehm.. lutut awak dah ok?"  "Oh.. ehm.. ok dah. Dah boleh berlari 5 round lagi. Hehe" Aku bergurau. "Boleh tak saya nak ajak awak borak-borak, kita pergi minum-minum?" Aku terkejut dengan pertanyaan Syazwan. Aku berfikir lama. "Ehm.. boleh lah" Jawabku. Memandangkan aku free hari itu, apa salahnya kan? Dalam hati berbunga riang.

Sejak dari perjumpaan aku dengan Syazwan, hidup aku tidak lagi kosong. Kami semakin rapat. Syazwan juga telah mengaku yang dahulu dia pernah berkali cuba menelelefonku dan dia jugalah  yang melanggar bahuku ketika di cafe setahun lepas. Ketika itu die memang tidak sengaja. Dia terkesima   kerana orang yang selama ini dia lihat dan perhati dari jauh itu yang di langgarnya. Setelah kejadian itu dia sangat menyesal sehinggalah kami berjumpa semula di taman beberapa hari yang lalu. Sejak itu dia nekad untuk menghubungi aku dan berterus terang.

Setahun berkenalan, kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan tiga bulan kemudian. Kami bahagia

***************************************************************
Nama dan watak  adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena yang hidup mahupun yang meninggal dunia.

Amacam? Bagus tak aku mengarang? Agak-agak boleh jadi penulis novel terkenal tak? Hahaha



14 February 2011

Tiada Lagi Facebook Imanis Aini



"Cun lah awek tu, dia ada fb tak?" Trick mengorat zaman sekarang.

Semua orang ada fb. Dari yang buta IT hingga celik IT. Mak Esah, Pok Seman, Mak Cu, Nek Mah, Aunty Marry, Uncle Albert, penjaga gol, pemain yoyo, kanak-kanak yang baru lahir 1jam pun dah di exposekan dengan fb. Fb dengan kita memang sukar dipisahkan lagi. Ibarat makan ice cream tanpa sudu. 

Kepada kawan-kawan sekalian, mulai sekarang sila berhubung terus dengan aku via phone, blog and email. Aku still lagi pakai no phne lama. Kalau rajin jumpa terus. Aku tidak lagi mengaktifkan fb. Ini serius. Hoho.

Tengoklah nanti kalau aku rajin nak aktif balik. Babai fb. 


12 February 2011

Majulah Sukan Untuk Negara



Oh yeah !!

Mengira Umur Sebenar

Ha, korang tau tak umur korang yang sebenar-benanya berapa? Biasa aku tengok dalam The Biggest Loser, diorang ada cek umur melalui tahap kesihatan diorang. Itu kerja doktor. Tapi memandangkan aku memang tak layak nak masuk rancangan tu and buat pemeriksaan sendiri dengan doktor, so ada cara yang lebih mudah. Terima kasih www.jiwakacau.com, atas entry Mengira Umur Sebenar Anda

Ada satu aplikasi yang boleh tahu kita punya usia sebenar dekat sini. Nak percaya atau tidak, itu terserah T-T

Just klik kat baby atas ni. Comel and seksi. 

 Mudah sahaja, jawab beberapa soalan yang dikemukakan, then dah tahu result dia. Mudah kan?

So, apa result yang aku dapat?

YOU ARE 6 YEARS OLDER. Oh my God. Agak tak boleh terima jawapan ini. Huhu

+ve: You take great care of your teeth :) Wink wink *_*

-ve: You're eating too fast. Take is easy and with less anxiety :( 

So, berminat? boleh lah cuba.. Kot-kot korang dapat result lebih baik dari aku atau lebih teruk? Hehe




10 February 2011

Cinta Sabun Mandi


Layan lagu-lagu dangdut ni best juga kan. Haha


Lepas ni ada lagu cinta pelembut baju pula. Nantikan.
Ngeeee



09 February 2011

Bercampur-baur

Cuba selami sedalam-dalamnya perasaan aku sekarang ini. Seluas lautan api. Sejauh bintang di langit. Argghh... 


Aku tak ada mood nak bergurau. Kalau rasa nak kena sound direct pastikan hati kental.


Waktu-waktu macam inilah mula rasa nak jadi budak hingusan semula. Pergi sekolah, makan, main tak kira waktu. Masalah tiada dalam kamus hidup. Apatah lagi hal dunia.

Kalau di layan perasaan macam ini, lagi makan diri.  Harap dapat lupakan semua secepat yang boleh.

“Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah).” (Surah Taha: 14).




Dissapointed


Manusia yang tak normal mungkin hatinya sekeras batu. Diketuk berkali-kali tidak juga pecah. Melainkan batu bata. Manusia yang normal punya perasaan. Sedih, kecewa, gembira, kecil hati dan kadang-kadang patah hati.

Di depan baik, atau bahasa lain, hipokrit. Di belakang, bertandukkan makhluk jahat.

Kalau dilayankan perasaan sakit hati, dan kecewa  memang kita sendiri yang gila.

Kalau tak ambil endah pula, diri sendiri pula teraniaya. Ibarat di tikam dari belakang. Bersuara banyak lagi merumitkan. 

Diri hanya mampu berdoa. Biar Allah sahaja yang menentukan.

08 February 2011

Mimpi Braces

"Selamat malam and sweetdream." Tumpukan pada ayat dihujung. Sweet dream. Mimpi  manis. Bukan Sweatdream. Grr.. Tapi bukan semua mimpi kita yang indah-indah kan? Baru-baru ini aku mimpi pakai braces mungkin akibat terlalu berfikir pasal benda alah tu. Ini gara-gara kawan aku Nani yang suruh aku pakai braces. Mentang-mentanglah dia da pernah pakai. Gigi cantik lagi tersusun. Dia kata muka aku dah comel. Ini memang betul dia yang cakap ( Hope dia tak baca entry ini). Tapi gigi tak rata. Aiyo. Agak terasa di situ tapi memandangkan dia ajelah yang sudi pergi kelas ngan aku tiap waktu dan detik, suka dan duka, aku terima dengan hati yang terbuka.

Berbalik kepada mimpi tadi. Gila kau. Memang sakit pakai braces. Dalam mimpi tu ada orang sponsor aku pakai braces. Tapi dari insan yang tak dikenali. Kan bagus kalau ada dalam dunia realiti. Hehe. Aku mimpi braces aku tercabut, memang sakit gila bila nak pasang balik. Aku agak takut. Tangan turut menggigil. Gigi turut rasa menggigil bagaikan minta dihentikan. Tetiba aku tersedar dari mimpi lantas terus meraba-raba barisan gigi aku. Ok. masih normal. Fuh..  Senyuman masih cantik dan manis.

Sekarang aku perasan, pakai braces ni dah macam trend kan. Gigi tak adalah teruk tahap Cik J, tapi pakai braces. Mahal kot. Around 3k untuk atas dan bawah. Boleh beli sebiji motor. Ada juga yang bayar ansuran every month. Dah macam beli perabot kan. Tapi itu semua terserah. Mampu dan sanggup apa salahnya.

Seksi

Malas Macam Mak Budak

Mood: Malas yang teramat buat masa sekarang. Lagi-lagi bila Uitm bagi cuti Khamis hingga Ahad ni.. Hehehe.. Tapi tak adalah malas macam mak budak kat bawah ni.