23 March 2012

Belajar

 

Memang susah kan nak buang sifat buruk dalam diri kita? Setiap manusia itu ada kelemahan. Tapi selagi kita tak berusaha mengubah nasib kita, Allah takkan mengubahnya.

Marah, Cemburu, Buruk sangka, Banyak Cakap, Mengumpat, Dengki

 

Yes, saya sedang berusaha. 


22 March 2012

Bahagia

Assalamualaikum..
Salam Jumaat and senyum untuk semua :)


Kadang-kadang bila saya tengok orang lain bahagia, 
Sungguh, timbul rasa cemburu.
Bahagia dengan keluarga
Bahagia dengan kawan-kawan
Bahagia dengan kerjaya yang stabil
Bahagia dengan kemurahan rezeki
Bahagia dengan isteri
Bahagia dengan suami
Bahagia dengan segala-galanya

Kemudian, timbul satu perasaan, 
Kenapa aku tak dapat seperti mereka?

Selepas  berfikir,
 Terus pupuk diri agar segera beristighfar
Astaghfirullahalazim
dan belajar untuk bersyukur
serta yakin bahawa setiap rezeki seseorang itu
 Allah dah tentukan bahagian masing-masing

InsyaAllah saya terus istiqamah

17 March 2012

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah

 

Bila hati berniat kerana Allah
Setiap tindakan kerana Allah
Belajar kerana Allah
Bertutur kerana Allah
Bertindak kerana Allah
Rindu kerana Allah
Sayang kerana Allah
Segalanya Allah Yang Satu

Bila yakin dan sentiasa ingat pada Allah
Allah akan permudahkan jalan kita
Alhamdulliah, Kau berikan aku sahabat-sahabat yang menyeru ke jalan Mu
Terima Kasih Ya Allah

Allah yang memberi dan menentukan segalanya
InsyaAllah aku ingin terus menagih hidayah dariMu


15 March 2012

Mengerti Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

 

Sahabat
Pemberi semangat
Tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi
Tanpa jemu

Bukan merendahkan darjat
Bukan merendahkan semangat

Bila hati terguris
Ku pujuk hati tidak mudah terasa
Ku iring doa buatmu

InsyaAllah, kita kekal berkawan hingga ke syurga :)




08 March 2012

25

Alhamdulillah

Allah masih memanjangkan usia saya untuk bernafas dibumi milik Allah ini dan beramal kepada Mu. Terima kasih pada kawan-kawan yang banyak mendoakan saya. Moga hidup kalian sentiasa di sisi Allah.

:)

06 March 2012

Wearing of hijab

Assalamualaikum..

Thanks Adibah for your speech and advice.. :)

Wearing hijab because of Allah not anyone else :)