30 November 2011

Sedekah atau tidak

Assalamualaikum

Pasti semua orang pernah bersedekah kan? Sedekah ialah salah satu sifat terpuji. Dengan bersedekah, kita dapat membantu mereka yang dalam kesusahan. And the most important, dengan bersedekah, rezeki murah, panjang umur dan dapat menolak musibah kerana penerima akan mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda penghargaan. 

"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah"

Masa sekolah rendah lagi, cikgu-cikgu dah ajar kita untuk bersedekah. Masa sekolah dulu, setiap kali ada kawan-kawan sekolah yang ada ahli keluarga meninggal dunia, cikgu atau pengawas akan datang dari kelas ke kelas untuk minta kutipan derma untuk bagi sumbangan kepada ahli keluarga si mati. 

Saya pasti semua orang memang ada niat untuk bersedekah. Ada antara kita mesti fikir "Aku sendiri pun sempit, macam mana nak sedekah" Ya, saya pun pernah ada perasaan macam tu. Bersedekah tak semestinya hanya dengan bantuan wang semata-mata. Mungkin dengan cara menghulurkan tangan dengan menolong orang yang memerlukan juga dianggap sedekah. And the most important is KEIKHLASAN. Tak guna kita membuat kebaikan hanya untuk mengejar pangkat dan nama. Bila kita bersandar pada pangkat dan nama, bila suatu hari pangkat itu hilang, maka hilanglah tempat kita bersandar. Jika kita bersandar pada Allah, bila kita dalam kesusahan, Allah itu sentiasa ada dengan kita. Ya, keikhlasan itu penting.

"Janganlah kamu takut kepada kemiskinan kerana membelanjakan harta di jalan Allah"

Berbalik kepada niat. Kita memang ada niat untuk bersedekah. Then sampai satu masa tu, kita pergi dekat mana-mana, samada bus stop, pasar mesti ada orang duduk sambil hulur bekas untuk minta wang. Then, masa tulah kita akan fikir "nak bagi duit atau tak", "orang ni datang sini sakit-sakit mesti ada agent bawa", "ishh.. tengok larat je, tak nak cari kerja ke". Serius, saya pun kadang-kadang ada fikir macam tu. Sebenarnya, masa ni lah keikhlasan kita diuji. Apa salahnya, kita beranggapan baik, selagi kita mampu, apa salahnya kita hulurkan sedikit sumbangan dengan hati yang ikhlas. Sama-sama kita praktiskan, InsyaAllah Allah permudahkan :)

Senyum juga sedekah :)


Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum..

Minta maaf kepada teman-teman rapat sebab berminggu juga blog ni di privatekan. So, awak yang cantik-cantik tak dapat nak baca. Sebab apa di privatekan? Oh ye, saya perlukan masa untuk timbang baik buruk dalam banyak perkara.

Banyak yang saya fikirkan, the most important, apa tujuan saya berblog. Dulu, just suka-suka and ikut trend and paling penting masa tua-tua nanti banyak kenangan yang boleh  dimbas kembali. Konon-kononnya, nanti anak cucu boleh kenal lah saya ni macam mana kan? Then satu hari saya pikir, apa manfaat yang saya boleh bagi pada generasi saya akan datang? (dengan izin Allah).  Just diari? and what the input from what they read? Ehmm..

So, mungkin saya akan buat banyak perubahan pada blog ni. Harap dapat memberi manfaat pada pembaca. Thanks kawan-kawan sebab kamu semua sayang saya. Ececeh.. :)

Thinking of it

"Sesungguhnya Allah sayang pada orang yang dapat memberi manfaat kepada yang lain"

And harap dapat memberi sokongan yang berterusan :)

Salam Maal Hijrah utuk semua.


01 November 2011

Irma, Fizo dan IM Hassan

Assalamualaikum..
Salam sayang juga untuk semua ;)

Semalam tak dapat datang kelas Arab sebab ada lawatan kelas ke Putrajaya. So, tak dapat jumpa ustazah yang cantik itu. Ehm.. So, kawan yang datang bagitau ada home work and die email format untuk projek video. So, bukak la email tadi.

See! gambar siapa?

Memang sempoilah ustazah. Gambar yang tengah tu yang tak tahan. Macam sama je minat kita. Hehehe..


*Muka senyum