06 January 2011

Tempe Untuk Cantik

Masa sekolah dulu ada  kawan aku tanya, kenapa aku pandai dalam matematik? Nak tahu aku jawab apa? Takkan aku nak puji diri sendiri, aku pandai semulajadi. Gila memang jawapan perasan gila. Aku budak baik. So, aku jawablah dengan bangganya "aku makan tempe. Itu sebab aku pandai gila" Gila tu aku tambah je. Tapi aku tak pernah pula baca khasiat tempe boleh jadi pandai matematik. Aku tibai aje. Ayah dengan mak aku orang jawa, memang automatiklah makan tempe. Kami adik beradik memang suka makan tempe kecuali akak aku. Mengada. Orang Jepun pun makan tempe.

 Ini tempe yang enak menjilat jari. Perlu dimasak dahulu.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Yang kat atas hanya intro. Melalui pembacaan aku baru sekejap tadi, SIRIM dah buat kajian pada tempe untuk dijadikan alat kosmetik. Sudah hasilkan dan sekarang tengah buat ujikaji pada individu untuk lihat mutu produk tersebut dan selepas itu baru galakkan usahawan untuk mengkomersialkan produk tersebut. Oh.. patutlah muka aku tulus mulus tanpa jerawat sebab makan tempe.Ngee.. Sekarang ada dua tiga jerawat agak liar tumbuh di muka sebab dah seminggu tak makan tempe. Aku harap teori aku betul. Hehe.


3 comments:

  1. kalo btul kajian ni...x sia2 la mkn tempe...

    ReplyDelete
  2. hrpnya lah kan.. hpe tak sia-sia.. n msuk perut pun kenyang.. hehe

    ReplyDelete
  3. sy suke tempe...fveret sy sgt2..hehe

    ReplyDelete