19 January 2011

Sahabat

"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan . Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah "

Siang tadi aku terjumpa seorang kawan sekampung di kolej. Agak terkejut sebab sudah lama tak jumpa kan. Gembira. Banyak pula benda yang kami ceritakan. Tapi yang paling aku suka sebab aku selesa untuk bercerita apa sahaja dengan dia. Kami bukannya sahabat akrab tapi sahabat baik. Ehm.. lebih kurang sama je kan? hehe. Tapi bukan semua sahabat yang kita boleh berkongsi cerita kan? Lagi-lagi hal perasaan dan emosi kita. Mungkin kawan aku ini agak alim, that's why aku respect dengan dia and dia juga berfikiran terbuka. Honestly, ada ketenangan dalam diri aku setiap kali aku jumpa dia. I don't know why..  :)

"Sesungguhnya sahabat itu suka kepadamu. Tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu adalah sahabatmu" Hamka 


2 comments:

  1. benar2..sukar untuk mencari sahabat yang baik..mudahan2 kita dikelilingi sahabat2 sepertinya..huk..huk..i jealous u dpt jmpa dayah..huhu..sedih nie..

    ReplyDelete
  2. alala pekjah.. xpe.. t kte jmpa kt mlake ye.. xsbr gak nk jmpe pekjah... hehe

    ReplyDelete