02 October 2010

Tanam Keyakinan Diri Anda

Bagaimana keyakinan diri boleh di tanam. Bukan tanam dekat plastik  lepas itu pindah masuk pasu lepas itu siram setiap hari lepas itu kawin-kawin kan dia. Bukan itu. Tapi  bagaimana keyakinan diri boleh di tanam dan di pupuk dalam diri anda semua.

1) Latih duduk di depan dalam sebarang majlis terutamanya majlis ilmu.

Apa yang dimaksudkan dalam majlis ilmu. Contohnya ketika dalam kelas, kuliah maghrib, seminar or apa-apa yang majlis ilmu yang positif ok. Bukan konsert artis rock seluar ketat. Kalau konsert Raihan tak apa. Cara ini juga amat berguna di dalam kelas sebab keberangkalian 70% lecturer akan tanya pada pelajar yang duduk di belakang sekali. Konon-konon pelajar belakang tak pay attention. Sebaliknya kalau nak tahu yang duduk depan pun sama. Mungkin lagi teruk. Contoh paling dekat adalah aku. Haha. Janji nampak yakin ok.

2) Berjalan dengan laju seperti Rasulullah S.A.W

Laju di sini bukan macam dalam cerita Papaya itu. Berjalan tidak terlalu laju seperti mengejar sesuatu dan tidak terlalu perlahan macam lenggang kangkung Mak Dara itu. Berjalanlah dengan penuh keyakinan dan tahu  setiap langkah yang di tujui. Jangan sesekali cat walk ok. Anda bukan model. Bukan juga berjalan lagak macam orang kaya baru dapat loan ptptn. Faham bukan?

Bukan berjalan bergaya dan tetiba boleh pula posing macam ini.


3) Apabila berkomunikasi dengan orang, pandang wajah mereka.

Yang ini amat lah penting. Wajah itu tidak semestinya mata. Kalau kita pandang hidung or mulut pun still nampak macam kita pandang mata dia. Aku selalu prakticekan. Iyelah.. mana tahu bila pandang mata kena santau baru tahu. Langkah berjaga-jaga. Mengikut pengalaman juga, apabila orang hendak marah dekat kita, terutamanya bos, jangan pula kita melilau pandang tempat lain. Pandang wajah bos itu. Sekurang-kurangnya nampak la kita ini berani mengaku kesilapan. Walaupun dalam hati menyumpah seranah bos itu. Hehe.

4) Suara semasa bercakap perlulah jelas dan terang, jangan terlalu perlahan.

Yang ini penting juga terutamanya apabila kita hendak buat presentation. Suara yang kuat itu melambangkan keyakinan si presenter itu. Anda setuju? Biarlah apa yang di sampaikan itu terus ke lubang telinga si pendengar. Tak ada lah kita kena ulang berkali-kali. Tetapi apabila gelak jangan pulak gelak mengilai-ngilai sekuat hati. Nanti di label gila meroyan pulak. Cover seperti gadis melayu. Senyum simpul-simpul malu sudah cukup. Lagi satu yang aku tak berkenan bila bercakap kuat dekat dalam bas or pasar malam. Bagaikan dunia itu dia yang punya. 

5) Lastly, senyum ikhlas dan lebar, bukan senyum-senyum kambing.

Senyum bukan sengeh ok. Dapat bezakan kan? Jangan sesekali bermasam muka apabila  ketika bercakap. Tapi time kena marah jangan pula anda senyum. Buat muka biasa sudah. Karang tak pasal-pasal kena cepuk berkali-kali. Jom pakat mai ramai-ramai kita senyum Macam lagu Najwa ft. Malique ini: 


6 comments:

  1. yg lain sume dah buat, no 1 jarang buat.....hehhehe

    ReplyDelete
  2. ha.. phm.. org laki mmg mcm tu.. hehehe.. pa kte azhar mlekan dlu ye..

    ReplyDelete
  3. ros suke jalan laju~ sampai kawan3 twrtinggal kat belakang~ bukan ape..dyowang lambat nau berjalan~:)

    ReplyDelete
  4. dark rose: haha.. terlebih laju tu.. mau nye ad kwn yg semput cmne.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. owhhhh baru gua taw jalan xleh laju n xleh slow...hehehhe nnt kena ukur la kelajuan gua jalan...:) thnk u for the tips..

    ReplyDelete