20 October 2010

Oprah bukan Opah

Pernah tengok rancangan "The Oprah Show"? Nampak sangat aku ni macam mak-mak orang kan bila tengok cerita macam ni. Confirm orang lelaki tak pernah tengok. Kalau tengok pun sebab terkalih atau emak mereka yang tengok lepas itu tak bagi tukar channel lain. Padan muka. Dekat Malaysia banyak juga rancangan talk show macam ni. Ada juga aku tengok tetapi keberkesanan itu tidak sampai ke lubuk hatiku. Cewah. Sekadar tayangan semata-mata. Tiada kesan dan tidak membuatkan saya tertunggu-tunggu setiap minggu hendak tonton. Tapi bukan semua talk show kat Malaysia ini tak best. Ada juga best and peminat masing-masing. Tapi rasanya yang bab-bab bergosiplah kita suka tonton kan?

So, apa yang menariknya rancangan ini? Apa yang selalu membuat aku terusik bila ada episod pasal kehidupan. For example yang terbaru saya tengok  alkisah 4 orang adik beradik Afrika-USA. Berkulit hitam. Mereka di dera oleh ibu sendiri dan disorokkan dan hanya makan sekali sehari. Rasanya biskut jagung sekeping. Disebabkan mereka ini kurang zat makanan, saiz mereka lebih kecil dari rakan-rakan sebaya. Kalau mereka di denda curi makanan, mereka kena denda duduk di tangga tanpa membuat apa-apa seharian. Tak tahulah apa motif ibu mereka ini buat macam itu.  Bertahun-tahun juga tau mereka ini di dera oleh IBU KANDUNG sendiri.

Akhirnya, rahsia ini terbongkar. Ibu mereka ini di penjarakan. Tapi sekarang ibu mereka ini sudah dibebaskan. Hanya 4 tahun penjara. Ini tidak adil ok. Iyelah.. Kalau nak dibandingkan dengan penderitaan anak-anak mereka sepatutnya seumur hidup. Huhu. Emo kejap. Geram. Sekarang mereka semua ini sudah ada keluarga angkat. Sangat terharu. Menitis airmataku. Mereka kini sudah bahagia. 

So, apa kesannya pada mereka atas penderitaan yang mereka lalui? Yang pertama, confirm la benci dengan ibu mereka. Yang kedua, mereka benci kepada manusia yang bernama perempuan. Huhu. Kerana seorang, semua perempuan di dunia ini dilabelkan begitu. Tetapi sekarang sudah ok sebab mereka ini sudah pergi banyak terapi untuk menghilangkan trauma mereka.

Banyak lagi kisah menarik yang dipaparkan dalam rancangan ini. Kepada yang tidak pernah tonton, try la sekali. Channel Astro 702. Bukan hendak promote sebab tak dapat komisyen pun. Huhu. Tapi rancangan ini membuka minda kita  melihat dunia luar dan banyak pengajaran yang boleh digunakan. Tidak sah kalau saya menonton, tidak menangis dan ketawa. Jangan risau rancangan ini untuk tontonan umum. Sesuai di tonton oleh  segenap masyarakat dan seisi keluarga. Hehe.. 




No comments:

Post a Comment