27 October 2010

Menulis Blog Sama Seperti Membuat Assignment??




Almost blogger yang aku terjah adalah student. Tak tahulah kalau itu hanya suratan dan kebetulan. Haha.. Ok.. sekarang kita bayangkan untuk case ini, blogger adalah student. Bayangkan cepat. Kalau kita tengaok entry-entry blog ada yang panjang, ada yang sederhana panjang dan ada yang ciput je. Ada yang cerita pasal life, apa yang mereka buat, ada cerita lawak, ada pasal isu semasa dan tutorial. Aku paling suka kalau bab tutorial sebab boleh berkongsi ilmu kan. Tapi bagus kan kalau kita buat tutorial. Samalah macam kita buat assignment. Melatih diri gitu. Siap step, dan gambar bagai. Bagus-bagus. 

Menulis dalam blog juga melatih kita sentiasa mengeluarkan idea-idea kreatif. Cara mengolah ayat dan memperkembangkannya. Cewah. Boleh juga di adaptasikan pada assignment kita. Ayat 'adaptasi' tak boleh blah. Tak adalah isu Plagiarism. Apa menda alah pulak plagiarism ni. Alah sindrom copy n paste tu lah. Ha.. haritu  dengar sekarang dah ada sistem untuk detect plagiarism ni. Kot-kot assignment kita buat sama dengan dalam internet. Aiyo..

Sekarang dari segi masa. Orang yang fanatik blog boleh habiskan satu hari, 24 jam duduk depan laptop sambil membaca blog kegemaran. Facebook pun jeling-jeling tepi je. Memang itu pengalaman diri sendiri. Hehe.. Ok.. aku tengok ada yang menulis blog sampai dekat 20 perenggan. Mesti lamakan dia nak menulis. Hehe. Sama macam buat assignmnet kan. Tapi yang peliknya, bila buat assignment kadang-kadang tak cukup masa tapi menulis blog ada pula masanya. Hehehe.. Kena batang idung sendiri nih. Adoi.. Sama-samalah kita fikir kan ye janji tak makan diri sendiri.




No comments:

Post a Comment