06 October 2010

Cacing Sumbat Usus

Tadi masa menjenguk-jenguk Kosmo Online, terklik satu artikel bertajuk 'Usus Di Sumbat Cacing'. Erkk.. sebut sahaja cacing, naik bulu roma saya. Dahulu ketika usia masih kecil, selalu minum ubat cacing. tetapi sekarang? Sudah lupa atau sudah buta pengetahuan tentang kepentingannya. Oh aini!!! wake up wake up!!

Antara cacing-cacing yang biasa menyerang manusia ini adalah cacing gelang, kerawit dan cemeti. Cacing yang paling banyak direkodkan menyerang manusia ialah cacing gelang. Kalau nak tahu, bukan kanak-kanak sahaja berisiko di serang encik cacing ni, tetapi beliau turut menyerang orang dewasa terutama bagi golongan-golongan yang ada masalah air tidak bersih. Senang cerita orang asli. Orang asli pun sudah ramai pakai Astro tau. Eh, tiada kena mengena. Masalah dengan cacing ini juga boleh menyebabkan anda diserang anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat. Alangkah terkejutnya. Antara petanda-petanda adanya cacing ialah ia boleh mengurangkan selera makan, menganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, kehilangan makanan memalui cirit birit dan muntah serta gangguan metabolisma.



Ini spesis kerawit, Nampak sahaja kecil. Bahaya ok. Dia boleh mengurangkan darah sebab dia menghisap darah kita di bahagian usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran terutamanya kanak-kanak dan yang lebih teruk ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. 


Ha.. yang ini pula cacing gelang yang menyerang usus seorang pesakit. Menakutkan bukan. Mintak dijauhkan.

So, sama-samalah kita mengambil berat tentang masalah cacing ini. Ini bukan masalah kecil ok tapi masalah yang besar jika tidak dia ambil serius sebab larva cacing boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup. Berhati-hati, mungkin dalam perut anda sudah cukup tujuh keturunan salah silah cacing. Huhu. So, amalkan hidup yang bersih dan sihat. Jangan kerap makan di luar. Kalau macam student seperti saya ini, yang memang bergantung harap pada makanan bungkus, berhati-hatilah dalam memilih tempat makan yang bersih ok. Selepas ini hendak beli ubat cacing. Hehe. Ilmu dikongsi bersama.




6 comments:

  1. dulu arwah nenek salu pesan.. main kt luar jgn kaki ayam.. nnt cacing masuk.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. tadi baru berborak ngn kwn.. die bru pas kuar hospitl kne anemia.. huhu..

    ReplyDelete
  3. errkkk..

    aku rasa dalam perut aku ada naga, bukan cacing..

    lain macam jer besar dia. Haha.. :P

    ReplyDelete
  4. Eeee, gelinya. Macam mana kita nak tahu kita ada cacing dalam perut? Eee!

    ReplyDelete
  5. atirah: ehm knalah mkn ubat cacing kot bru tau.. tp member ad kne anemia aritu.. dktr cek die nye tahi.. eee... huhu

    ReplyDelete