16 February 2013

Kuih Buah Rotan


Assalamualaikum J

Semasa saya cuti semester dulu, saya pernah bekerja di kilang kerepek di kampung saya. Kebetulan waktu tu hampir Aidilfitri. Di sana, banyak saya belajar tentang teknik membuat kuih raya seperti kerepek bawang, bangkit santan, tumpi kecil, kuih loyang/ros, karipap mini, batang buruk, kuih siput dan juga buah rotan. Tuan kedai iaitu Bik Min dan Kak Lela dah siap bancuh semua bahan-bahan seawal jam 4 pagi.  So, kami masuk kerja seawal 6-7 pagi. Dapat belajar membuat kuih-kuih tradisional dengan cepat dan pantas menjadi pengalaman berharga buat saya.

Resipi buah rotan yang saya kongsikan ni saya hanya search di internet sebagai rujukan dan diolah sedikit oleh saya dengan nasihat mak. Hehe. Dah boleh bagi label nama sendiri ni. Ececeh J dan hasil pengalaman bekerja dulu, dapat saya gunakan untuk membuat buah rotan dengan cepat dan pantas. Hehehe tanpa di gentel satu persatu. InsyaAllah, nanti saya kongsikan ye J Buah rotan ni memang sedap dan tidak keras!! hehe




Bahan-bahan:
500gram Tepung pulut
6 sb Gula
Santan dari setengah biji kelapa
1 biji telur
Secubit garam
1 sb air kapur
Bijan secukupnya

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut bersama gula, telur air kapur dan garam. Kemudian gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau pun keras bagi memudahkan untuk di gentel bulat.
  3. Setelah siap di gentel bulat, salutkan rata pada bijan.
  4. Kemudian, gorengkan buah rotan tersebut dengan api yang perlahan sehingga kekuningan.

Good luck !!!

2 comments:

  1. salam..syedap nyeee..:-)..hehee..lama da xmkn..;-)

    ReplyDelete
  2. wslm yang.. beselah.. ngah tak de kj.. hehehe.. rjin la buat.. hehe.. t ry leh la dtg umah kak ni.. hehe

    ReplyDelete