16 December 2011

Motivasi untuk kita

Assalamualaikum

Salam perkenalan buat yang baru mengenali blog ini. Thanks singgah and dropped mesej dekat ruangan chatting. Terima kasih banyak-banyak dan nanti boleh datang lagi :). Blog ni biasa-bisa saja, tak ada yang istimewa. Mungkin dulu blog ini lebih kepada penceritaan harian saya, tapi InsyaAllah sekarang mungkin boleh dijadikan tempat berkongsi ilmu.. :)

Tajuk hari ini, motivasi. Mesti orang kalau dengar motivasi mesti bosan kan. Yelah, benda baik, syaitan suka menggoda kita. 


Saya bukan nak bagi motivasi pada kawan-kawan semua tapi just nak sharing. Dulu masa sekolah, kalau nak ambil peperiksaan besar like UPSR or PMR or SPM, mesti sekolah anjurkan program memantapkan minda, tips menjawab peperiksaan, program sahsiah diri and sebagainya. Instead dekat peringkat universiti pun still ada lagi. Memang kadang-kadang kita mesti bosan sebab dah banyak kali kot kita pergi. "Balik-balik motivasi" " Argh.. modul lagi. Berapa banyak modul nak pergi ni?

Tapi, ada tak kita fikir " Banyak dah program sana aku pergi, program sini aku pergi, muka wajib hadirlah aku ni. Tapi still tak berubah pun, macam ni juga" So, why kita still lagi macam ini? Saya tak ada jawapan sebab jawapan ada pada diri kita sendiri. Kita yang set mind kita samada nak terima kebaikan atau keburukan. Yes, the point is NIAT. kalau niat kita baik, kita akan merasa nikmat yang Allah berikan untuk kita.   So, cuba kita mind-set diri kita "Aku pergi kerana Allah, aku yakin ada sesuatu yang Allah ingin berikan padaku"  InsyaAllah mesti kita akan rasa perbezaannya.



Saya pun still banyak lagi perkara nak kena belajar dalam memotivasikan diri dan berfikiran positive. So, apa yang saya buat. Setiap hari saya akan dengar motivasi dari phone saya. Tak kisahlah 5-10 minit. Lagi lama lagi bagus. Saya download mp3, program motivasi dari slot di IKIM. Tak kisah kalau kita ulang lebih 10 kali sebab manusia ni kan mudah lupa dan lalai. Itu cara saya. Kalau ada alternative lain, kita boleh sharing :)

Wassalam




No comments:

Post a Comment