07 October 2011

Saya baru belajar Adobe Photoshop

Assalamualaikum, selamat pagi, selamat tengahari, selamat petang, dan selamat malam kepada anda-anda semua dan kepada anda yang bernama Selamat. Hehe. 

Ok, saya mengaku saya memang tak pandai Photoshop.Ngee.. Sebelum ni just memandai mandai guna je. Sebab tuan kedai masa beli laptop dulu yang install. Orang suruh install AutoCad tapi die install CS4. Sampai sudah aku tak install AutoCad lagi. Hehehe. 

Semalam ada kelas  Adobe Photoshop anjuran kolej ngan bayaran RM5 sahaja. Ok kan? Tapi just belajar basic2. Tapi kira ok lah dapat juga ilmu baru. Sebelum ni just belajar sendiri-sendiri je. Kalau bersifu ni lain sikit ilmunya. Ada tempat bertanya. Tak gitu? Then dapat makan nasi minyak lagi. Macam tau-tau je perut lapar.

 Tenaga pengajar terdiri dari Kak Mira and Kak Bai =)

Ok, gadis berbaju biru itu kakak aku. Sory gambar anda jadi eksperimen. Bila tengok  ni, rasa macam budak tadika main lukis-lukis plak. Siap ada corak rumput and bintang bagai. Ini masa sesi Kak Mira. Dia ajar cam mana nak guna basic tools.

Ini pulak sesi Kak Bai, dia ajar macam mana nak edit gambar. Aku tak taulah cantik tak aku edit ni. Hehe. Muke mak tu tau.. :) InsyaAllah lepas ni boleh lah explore sikit-sikit. 

*muka senyum*




4 comments:

  1. salam..thanx sbb drop by..Err kolej mane yg anjurkan ni? hoho teringin gak nk belajar sekali dua.. :DD

    ReplyDelete
  2. kolej anggerik.. next wed n thursday ada lagi.. jmput la datg.. limit 1 class 20 orang.. :)

    ReplyDelete
  3. tak semua yg mahir dalam photoshop ni kan..

    *folo ur blog

    ReplyDelete
  4. betul2.. byk lg nk kene xplore..

    *thanks folow :)

    ReplyDelete