11 April 2011

Gedik

Hai

Jam sekarang pukul 7.10. Hampir ke maghrib. Sambil menunggu maghrib, mai pekena milo secawan cicah biskut Hup Seng. Hehehe.. Memang terbaik. Hujung-hujung sem ni biskut keringlah yang paling sedap di dunia. Haha.. Tetiba keluar suara garau.

Hup Seng di hati


Malam ni ada kelas ganti Investment pukul 8.30. Wah, kelas malam best sebab sejuk dari luar biasa. Hehehe. Lagi-lagi petang tadi hujan. Sekarang pun da rasa sejuk. Grr.. Tapi kalau musim hujan ni baju banyak tak kering. Dah lah baju aku sekarang terhad sebab dah hantar balik ke kampung last week. Gedik gila kan da hantar balik. Padahal ada sebulan lagi nak cuti sem. So, di harap kawan-kawan tak perasan aku pakai baju yang sama dalam seminggu. Syyy......

Last weekend memang tak rehat langsung and terpaksa ponteng kelas hari Jumaat sebab berkejar ke Kuantan. Bapak masuk hospital and kena operate. Alhamdulillah sekarang dah ok and dah balik rumah semalam. Smile and syukur sangat-sangat. :) 

Ok, sekian dulu untuk update kali ini dari Aini yang gediks.  Hahaha. Opss.. Suara garau keluar lagi. Tak sesuai di dengar oleh calon  ibu mertua. :)


Tetiba gedik nak t-shirt macam ni. Mesti sweet kan?



No comments:

Post a Comment