16 February 2011

Jatuh Cinta


Pagi itu aku di kejutkan dengan panggilan misteri. "Siapa pulak pagi-pagi buta miskol aku nih? Kacau betul. Kol tapi tak nak angkat" rungut hatiku. "Tapi bagus juga, kalau tak mahunya aku terlajak sampai tengahari." Lantas aku menyapai tuala dan terus ke kamar mandi.

Sebelum ke kelas aku mengajak teman baikku, Nani untuk ke cafe dulu. Mahu menjamu juadah sarapan. Malam semalam aku tidak sempat menjamah apa-apa kerna sibuk membuat tugasan yang di beri oleh Prof Rahman. Agak lama aku  menatap juadah yang terhidang. Keliru mahu memilih yang mana. Hampir tiga minit menatap, aku akhirnya mengambil bihun goreng sahaja. Nani hanya minum. Diet katanya.

Ketika mahu ke kaunter, seorang lelaki memakai kacamata melanggar bahuku. "Aduh." Bilang aku. Tanganku terasa panas. Mana tidaknya, air nescafe o lelaki kacamata tersebut tumpah ke atas tanganku. Lelaki tersebut pergi tanpa momohon maaf. Aku tekejut. Mulut aku terkumat kamit menyumpah lelaki tersebut. Nani dari jauh lantas datang kepadaku menolong mengesat air di tanganku. Sepantas kilat selera makanku hilang. Kami berlalu begitu sahaja.

**Setahun kemudian**

Petang itu selepas pulang dari kerja aku ke taman seorang diri. "Hari ni aku nak lari empat round. Watson Nyambek kalau lawan ngan aku ni mesti kalah." Bisik hatiku dengan bangga. Aku berlari dengan kelajuan 18km/j sambil mendengar lagu di MP3 aku. Sedang khusyuk berlari tiba-tiba kaki aku tidak dapat mengawal langkah. Aku tersadung dengan dasyatnya. Lutut aku berdarah. "Aduh."

MP3 aku tercampak hampir tiga meter jauhnya. Belum sempat aku mencapainya, seorang lelaki berkaca mata mengambil MP3 tersebut lantas menghulurkan kepadaku. "Terima kasih." kataku. "Awak boleh jalan tidak ni?" Tanya lelaki tersebut kepadaku sambil menghulurkan tangan. "Ehm, boleh-boleh, tapi kena slow" "Tak apa, saya jalan sendiri." Jawabku. Dahi lelaki itu berkerut. Aku memandang lelaki tersebut. Sepertinya aku pernah lihat. Lupakan sajalah. Saat sakit-sakit begini sempat lagi aku berfikir.

Lelaki tersebut menemani aku sehingga ke keretaku. "Terima kasih.. ehmm.. encik.. " "Syazwan" lelaki itu terus memotong lalu memberi kad kepadaku. Kami bertukar kad nama. Setelah itu, aku berlalu dan terus ke klinik.

Malam itu sedang aku menyapu ubat di lutut, fikiran aku kembali mengingati lelaki yang bernama Syazwan itu. Hampir setengah jam aku memerah otak. Aku terlihat parut kecil di tanganku akibat terkena air panas setahun yang lepas, baru aku teringat. Lelaki yang melanggar aku itu Syazwan. Aku amat pasti. Malam itu tidurku tidak lena.

Hari ini cuti. "Wah.. sedapnya bau." Nani menegurku dari belakang. Aku sibuk menghidangkan bihun goreng di atas pinggan. Satu kepadaku dan satu lagi kepada Nani. Aku dan Nani teman serumah. Kami memang rapat sejak di universiti. Pagi itu kami berbual kosong sambil menjamu selera. 

"Kau dan aku adalah satu, tak kira apa, segala rintihan aku engkau selalu ada.." Suara penyanyi terkenal, Aizat berkumandang di telefonku. Lantas aku mencapai lalu menekan butang hijau. "Assalamualaikum" Aku memberi salam. "Waalaikummussalam, Aini ke ni? " Seorang lelaki di telefon bertanya. "Iye saya, kenapa?" Aku bertanya kembali. "Saya Syazwan, ehm.. lutut awak dah ok?"  "Oh.. ehm.. ok dah. Dah boleh berlari 5 round lagi. Hehe" Aku bergurau. "Boleh tak saya nak ajak awak borak-borak, kita pergi minum-minum?" Aku terkejut dengan pertanyaan Syazwan. Aku berfikir lama. "Ehm.. boleh lah" Jawabku. Memandangkan aku free hari itu, apa salahnya kan? Dalam hati berbunga riang.

Sejak dari perjumpaan aku dengan Syazwan, hidup aku tidak lagi kosong. Kami semakin rapat. Syazwan juga telah mengaku yang dahulu dia pernah berkali cuba menelelefonku dan dia jugalah  yang melanggar bahuku ketika di cafe setahun lepas. Ketika itu die memang tidak sengaja. Dia terkesima   kerana orang yang selama ini dia lihat dan perhati dari jauh itu yang di langgarnya. Setelah kejadian itu dia sangat menyesal sehinggalah kami berjumpa semula di taman beberapa hari yang lalu. Sejak itu dia nekad untuk menghubungi aku dan berterus terang.

Setahun berkenalan, kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan tiga bulan kemudian. Kami bahagia

***************************************************************
Nama dan watak  adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena yang hidup mahupun yang meninggal dunia.

Amacam? Bagus tak aku mengarang? Agak-agak boleh jadi penulis novel terkenal tak? Hahaha



6 comments:

  1. cettttt...aku igtkn cerita petemuan dolu2....

    ReplyDelete
  2. bleh la jd pnulis novel tp kne bnyk prctice lg yerr cik imanis.......

    ReplyDelete
  3. kay: hahaha.. anda tertipu.. mcm real j kan.. kalu ikut kan byk lg episod.. ni summary j.. haha

    wahidah: ok2.. usaha akan diteruskan berkat sokongan rumet2 tersayang... haha

    ReplyDelete
  4. amboih ! kelazz la cerita nih...sikit2 aduh..

    ReplyDelete
  5. wah...mcm real je ingtkn mule2...bace smpai nk tau ending citer ni...mmg menarik ati sy..hehhe

    ReplyDelete
  6. m : hahaha.. tq2.. aduh aduh aduh.. ngeeee...

    onezz: hihi... tq kerana mbc... mcm knl j kan watak laki kacamata tu.. haha

    ReplyDelete