21 February 2011

Aku Model Terkenal


Nama dia Naima

Petang itu aku berkejar-kejar pulang ke kolej. Belum sempat pensyarah keluar, aku sudah keluar terlebih dahulu mengikut pintu belakang. Berjalan sepantas mungkin. Peluh perempuan keluar menitis-nitis di dahi. Aku tak peduli. Rakanku, Nani seperti biasa tertinggal di belakang. Rakan-rakan lain seperti biasa ada sahaja yang menegur. Aku tak peduli itu semua. Aku perlu kejar masa.

Sesudah tiba di kolej, aku sesiap secepat mungkin. "Aku tak boleh lewat, lepas ni susah dah nak dapat job," bisik hatiku sendiri. Kunci kereta di atas meja di capai sepantas kilat. Kasut tumit berketinggian tiga inci dimasukkan ke dalam kotak dan dibawa bersama. 

Walaupun aku berkejar masa, aku membawa kereta dengan penuh berhemah dan berbudi bahasa. Di awal kerjaya ini, aku tak mampu lagi untuk mengupah seorang Personal Assistant. Tidak apalah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Aku menyedapkan hati.

Perjalanan dari Shah Alam ke Garden Hotel  mengambil masa hampir satu jam. Kesesakan lalu lintas, memang tak boleh nak kata apa.  Setibanya aku ke situ, aku bergegas ke bilik persalinan di belakang dewan yang tersergam indah. "Minggu Fesyen Kuala Lumpur" di tulis dengan indah dan jelas di atas pentas utama.

"Kenapa kamu lambat sangat ini? Puas aku cari kau, cepat-cepat!" seorang make-up artis terkenal di tanah air memanggilku. Aku lantas di touch-up oleh beliau. Rambutku di dandan indah. Terselit rama-rama bertatah kilauan batu permata di atas kepala aku. Model-model lain juga sedang di dandan. Sesudah di dandan, aku ke bilik persalinan baju. Baju mewah rekaan Hatta Dolmat segera di sarungkan. Hatta Dolmat memang terkenal di Malaysia. Hatta Dolmat adalah pemenang nombor dua  Project Runway 2007. Aku memang sangat impikan rekaannya.

Kedengaran dewan sudah di penuhi oleh ramai tetamu-tetamu VIP, pereka-pereka fesyen terkenal tanah air dan antarabangsa, pengkriti-pengkritik fesyen, wartawan dan artis-artis terkemuka termasuk pelakon lelaki pujaan aku, Fizo Omar. Jantungku berdegup kencang tiba-tiba.

Model-model masing-masing mengambil giliran untuk melakukan pertunjukan di atas pentas. Aku tempat yang ke sembilan. Walaupun sudah setahun menceburi bidang ini, masih ada rasa berdebar-debar, tapi itu semua aku sembunyikan. Be a professional. Sampai sahaja giliran aku, aku berjalan penuh yakin. "Pasti Hatta Dolmat bangga dengan aku," aku berbisik sendirian dengan penuh yakin. Aku berjalan penuh berhati-hati hingga ke hujung pentas. Aku senyum dengan yakin sekali. 

Pancaran cahaya dari pelbagai arah memancar-mancar di wajahku.  Setelah itu, aku memusingkan badanku untuk kembali ke belakang pentas. Secara tiba-tiba kainku tersangkut pada kasut tumitku itu. Aku tidak dapat mengawal pergerakan langkah kakiku. Lalu aku jatuh. Kali ini aku pasti pancaran cahaya yang memancar-mancar padaku semakin banyak. Pasti menjadi tajuk utama di dada surat khabar esok. Semua tetamu berdiri. Kelihatan mulut Hatta Dolmat ternganga. Aku malu. Aku segera bangun. Malangnya kali ini tumit kasutku pula patah. Aku terjatuh lagi. 

Aku teramat malu ketika itu. Tuhan sahaja yang tahu. Tiba-tiba datang seorang lelaki datang membantuku. Aku tidak dapat melihat wajah lelaki itu. Keadaan kelam kabut ketika itu. Dipimpin dan dibawanya aku terus ke belakang pentas. Setelah itu barulah aku dapat melihat wajah beliau. Aku tergamam. Pasti ibu aku juga terkejut kalau aku ceritakan padanya. "Fizo Omar, mak!!" Aku segera mengucapkan terima kasih. Tiba-tiba beliau menampar pipiku. Aku terkejut tetapi ditamparnya juga berkali-kali. Aku menjadi marah. Memang teramat sakit. "Weh Aini, bangun-bangun!" aku terdengar suara seorang perempuan. "Bangun! bangun! Dah jatuh katil pun sempat lagi sebut nama Fizo!" Aku segera menggosok mataku. Aku segera bangun sambil mendermakan senyuman kerang kepada teman bilikku. Aku malu buat kali ketiganya.


6 comments:

  1. amboih..sejak akhir2 ni..entry aini mmg dahsat...kelakar dan perasan pon ade gk..macam2 lah kamu ni

    ReplyDelete
  2. sejak fb di tutp tak de tmpt nk luahkan krya.. hahaha.. tq m sebb mberi sokongan.. cewah :)

    ReplyDelete
  3. wahahahhaahaa..cik aeni sdg memasang angan-angan :p

    ReplyDelete
  4. wah2...tido smpai mmpi si dia ye...sgt jelez ni.hahaa

    ReplyDelete
  5. ah moi: ko hengat ko sorg j blh angan2.. hehehe.. weh, aritu ko ngigau sebut nm apis.. apis.. kitorg ketw terkekeh2.. haha

    ReplyDelete
  6. one two three i luv u : sbr2.. jeles ke.. so, kne slalu mjlma dlm mimpi sy la ye.. hehe

    ReplyDelete