23 April 2013

Agar- Agar Kering


Assalamualaikum.
Sempena meraikan diri menjadi penganggur ni, macam-macam eksperimen saya buat. Hehe. So, sebenarnya dah lama saya nak buat aga-agar kering. Sementara cuaca sekarang ni panas dan saya pun free tak buat apa-apa, bolehlah saya buat agar-agar kering ni. Resipi agar-agar kering ni tak terlalu manis sangat. Ada sesetengah agar-agar kering saya tengok sampai sekilo gula digunakan. Serius manisnya tak dapat saya bayangkan.
Pada mulanya takut juga tak menjadi sebab kandungan gula tak banyak. But at the end berkat kesabaran, jadi je rupanya. Syukur Alhamdulillah ;) Cuma next time kena buat warna lebih pekat sebab bila kita jemur, warna akan semakin pudar. Asalnya warna merah yang saya buat but jadi putih. Hehe. Kelakar je.



Bahan-bahan:

  1. 50 gm agar-agar bertali
  2. 8 cawan air
  3. 400 gm gula pasir (kira-kira 2 cwn)
  4. 1 cawan gula batu
  5. Seikat daun pandan
  6. Pewarna/perisa ikut kreativiti ;)


Cara-cara:

  1. Basuh agar-agar dulu ye.. :)
  2. Masukkan air dan daun pandan kedalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar hancur 
  3. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau sehingga gula larut. 
  4. Kemudian asingkan adunan kedalam dulang. Masukkan pewarna/perisa. 
  5. Sejukkan agak-agar untuk dipotong kemudian 
  6. Setelah benar-benar sejuk, bolehlah potong agar-agar. Potong agar-agar sedikit besar sebab bila dijemur nanti, agar-agar akan mengecut. 
  7. Then, jemur lebih kurang 3-4 hari depends pada cuaca sehingga agar-agar benar-benar kering bergula dan tidak melekat.



SELAMAT MENCUBA J

No comments:

Post a Comment