05 September 2012

Belajar di negara orang :)

Assalamualaikum


Oh, memang cita-cita yang tak kesampaian.Belajar di negara orang means luar dari Malaysia memang angan-angan saya. Tapi itulah, angan-angan kalau tak usaha memang takkan kemana. Terselindung di celah-celah batu, tiada siapa yang nampak. Eceh. Metafora nak hebat.

Apa sebab saya nak belajar di negara orang? First, of course is get a new experience. Saya memang suka try hidup ditempat orang sebab boleh tengok cara hidup and perlakuan hidup yang berbeza-beza. Di tempat ni, orang nya suka makan pedas, di tempat lain pula orangnya cakap lebih sopan and kadang-kadang certain tempat yang kita pergi orangnya cakap main lepas je sebab budaya mereka memang macam tu. Pengalaman saya, kadang-kadang bila kita bercakap dengan seseorang yang baru kita jumpa, kita da boleh agak-agak orang nya jenis macam mana and ada juga jenis 'tak mudah'. Ok, ini words yang saya selalu guna means orang tu tak sepadan dengan apa yang kita lihat. Sebagai contoh, A seorang yang pendiam. Rupa-rupanya dalam diam A seorang yang suka bersosial. Faham tak apa yang saya nak sampaikan dekat sini sebab kawan-kawan saya selalu tanya, apa tu jenis 'tak mudah'. Sebab ini istilah saya masa saya sekolah dulu.Saya ingatkan semua orang guna pakai rupanya kami je. Hehe. Ok, ni dah lari dari tajuk pula.


Second sebab saya boleh improve english language saya. Mengakui yang saya memang tak berapa fasih nak cakap omputih and saya mengakui juga, english is important if kita nak pergi jauh dalam kerjaya kita. Tak cukup setakat ada pengetahuan tapi bila kita nak berdebat dengan orang, kita tak mampu. Only one reason, kita tak fasih in english. Oh my English :) Dengan ini, bahawasanya saya, after grad, saya nak jadi cikgu Bahasa Inggeris. Ececeh. Ngomong pun orak iso, mau ngajer. Tapi apa salahnya kan. Kalu itu rezeki. Sebab saya nak jadi cikgu. Doakan ya :)

Bercita-cita juga untuk sambung master di oversea :)

Memandangkan saya memang tak akan berkesempatan untuk belajar di oversea walaupun belajar  untuk mengambil lesen memandu :), makanya saya suka untuk baca blog student yang belajar di oversea, tak kisalah di UK, Australia, Japan, Russia, Mesir or Korea. Sedikit sebanyak, saya still boleh meneroka tempat orang dengan cara yang paling menjimatkan. Hehe.. 

But, dalam naluri saya, saya still percaya dengan satu pepatah.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Better di negeri sendiri. Ya, Seharusnya kita bersyukur dapat hidup di Malaysia because aman and bebas. Saya tak faham pada sesetengah orang yang suka mengomen je. Tak bersyukurkah beliau dengan keamanan Malaysia berbanding dengan negara lain yang ada krisis ekonomi, sosial and politik yang jauh lebih teruk dengan kita. Please belajar untuk bersyukur. Ni dah jauh sangat ni meluahkan perasaan :)

Negara sudah merdeka, tapi merdekakah minda kita? Be careful with what you read and watch :)

Wassalam

3 comments: