30 September 2010

Kami Bahagia

Telefon bimbit masuk air berbunyi bertubi-tubi menganggu konsentrasi saya di dalam kelas. Demi tidak menghampakan pemberi mesej, mesej itu di baca jua. Maka ia berbunyi:

Cik J.Lo : Cik manis, jom p umah along kawin.
Cik Manis: Aku on j weh. Tapi nk g ngn spe ni weh.. aku lantik ko jd pgrh program ok
Cik J.Lo: Ok t i arrange.

Hari berikutnya, mesej bertubi-tubi di terima lagi, berbunyi:

Cik J.Lo: Ok set. Ahad pg kul 9 kte gerak. En. Syabas jemput ko.
Cik Manis: Awal lagi la.. Kul 8.. Mampuh kne cepuk ngan bapak aku. bile nak smpai Phgnya. 
Cik J.Lo: Ok. Kul 8. 

Setibanya hari kejadian, selepas bercantik, berdandan dan berhandbag bagai tepat jam 8, bayang En. Syabas tak muncul juga. Demi menghilangkan rasa marah di dada, aku sempat juga buat assignment yang tergendala hampir sebulan. Eh, ada kaitan ke assignment dengan marah. Apa-apa je lah. Tepat 9.30.. One more time. 9.30 ok, En Syabas baru sampai. Then, jemput pula En J. Lo. Sabar je lah. Bisik hati. Demi nak naik free kan. Selepas itu, sempat lagi En Syabas ni singgah Syabas di PJ tempat beliau bekerja. Mahu punch card katanya. OT. Fine. 

Maka, geng pengembaraan bermula.


Konvoi bersama En Mamil

Ini En Syabas ok! Nada marah.

Menjamu selera di Serting. Nasi dagang ibu En Mawi memang menjilat jari.

Selepas hampir 4 jam perjalanan, akhirnya tiba juga ke lokasi yang dituju. Wow. sangat teruja jumpa my x-classmates. Ibarat reunion hari itu. Apa-apa pun, bergambar itu penting. Bukti kejadian berlaku.

Selamat Pengantin Baru, Farizawati dan pasangan. Cik J.Lo, sila jarakkan sedikit dengan pengantin lelaki. 

Rakan-rakan Ex-Land Survey Polisas Student memang suka bergambar.

Bergambar tanpa jemu.


Dan bergambar lagi. Cantik bukan? 

Ini pengantin tahun lepas. Kini sudah berbadan dua.

Kami memang macam ini. Sudah lama tidak bersua kan.

En Syabas menguji vokal yang tak seberapa. Tapi sedap jugalah di dengar.

Gambar terakhir bersama pengantin perempuan. Perempuan sahaja ok. Love you girls.

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah


Selamat Pengantin Baru Farizawati dan Firdaus. Semoga berbahagia ke anak cucu. Peliharalah ikatan suci ini dengan ikhlas dan target anak berapa orang? Hehe dan selepas ini giliran siapa pula? 

Thanks kawan-kawan yang sudi singgah di rumah Cik imanis. Raya tahun depan datanglah lagi. Sudah tahu jalan kan. Hehe



4 comments:

  1. color blog ni ceria..thumbs up

    ReplyDelete
  2. thanks tihara... colours of my life gitu.. hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah la kawan cik manis! heheheehe~ lepas nie cik manis lak! hehehehe~

    ReplyDelete
  4. menarik2..tahniah la.


    p/s;n3 menarik ne..daftar cpt..sempena dpt duit nuff pertama,gua anjurkn kontest.jum join.

    ReplyDelete