06 December 2012

Nothing much

Assalamualaikum w.b.t

Salam sahabat, salam semua :)

Lately sangat-sangat buzy dengan thesis.. VIVA, amend lagi.. assignment pun still ada lagi belum submit, presentation is 2 more.. But, Alhamdulillah, all happened was going well. Syukur kepada Allah. Hari ni, nak pergi jilid thesis dah. Moga dipermudahkan urusannya.. :)

Last wednesday saya attend interview dekat Career Attack, Uitm. Serius, good experience to be interviewed. Nervous tu memang adalah lah. Tapi saya enjoy je.  Hehe. 3 interviews company saya pergi. Alang-alang tak ada kelas satu harikan. Tapi itupun just sampai tengahari sebab perut dah lapar and still ramai orang. Malam sebelum tu, saya dah prepare jawapan untuk soalan-soalan potensi untuk ditanya, sebab nanti takut grammar terabur. Hehe. Preparation itu kan penting. cewah. Alhamdulillah, semua ok walaupun ada juga tergagap-gagap.. hehe. Apa-apapun saya enjoy. Tak ada stress-stress macam buat thesis. Hehe

For the last semester ni, saya perasan saya agak pemarah orangnya. Mungkin dalam kepala banyak fikir kan? Then, saya realize yang ini baru dugaan kecil. In the future, banyak lagi hal yang kita kena settle down kan? Just remind untuk semua and saya sendiri, perbanyakkan istighfar and solat sunat. InsyaAllah terasa Allah dekat dengan kita and kena selalu fikir positive. However, kena juga still berhati-hati and ada backup plan. Kalau ikutkan dugaan, this semester memang banyak main dengan emosi. But, kalau dilayan boleh jadi tekanan. So, just let it go and smile!! :)

This semester, class trip was at Langkawi. First time saya ke sana. The best moment masa naik bot ke Tasik Dayang Bunting. MasyaAllah, cantik sangat pemandangan. The rest, ada juga naik cable car. Saya ni gayat orangnya tapi bukan selalu naik kan. Hehe. 

Gaya macam tak ada apa-apa kan. Padahal kaki penat mengayuh!! Hehe


Tapi, dalam busy pun, saya still sempat buat online shopping.. hehe.. Well, kepada online shoppers disana, jom like page saya and visit my blog too. Saya ada jual handbag, t-shirt muslimah and blouse!!!


Terima kasih. Salam ukhuwah untuk semua. :)

22 September 2012

My Idol Prof Dr Muhaya Mohamad

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum kepada semua sahabats :)

Siapa tak kenal Dr Muhaya kan? Best motivator, doktor, teacher and mom as well :)

Post ni sepatutnya dah lama tulis. Tapi disebabkan terlalu teruja, simpan dalam memory je. Kali ni nak calitkan suatu memori untuk anak cucu nanti. Hehe. Just nak cerita kenangan berjumpa Dr Muhaya di Pesta Buku 2012 di PWTC pada awal April lalu. 

Saya pergi bersama ex-roomate saya, Nora. Nora dah habis belajar semester lepas. Kami janji berjumpa di stesen LRT PWTC. Lama juga saya tunggu dia, tapi dia kata dia lambat sikit. Jam dah pukul 1030 pagi. Dr Muhaya akan berada di booth jam 11 pagi. Macam tak sempat je ni kalau nak tunggu Nora. Nanti mesti kena berbaris panjang kalau nak jumpa Dr Muhaya. So, saya decide akan jumpa Nora dlm PWTC. So, saya gerak sorang-sorang. MasyaAllah ramainya orang. Saya pun tak tahu pintu mana satu saya masuk. Just follow orang ramai. Ini first time saya masuk PWTC. Memang tak tahu apa-apa. Saya cari booth no 22. Syukur sangat-sangat booth As-sohwah hanya di depan mata saya. Allah permudahkan :)

So, saya beli buku yang kawan saya kirim and untuk saya juga. Sebab nak minta autograph Dr nanti. Hehe. Sebelum ni saya tak pernah pun beli buku Dr sebab saya lebih prefer mendengar dia bercakap dari membaca. Alhamdulillah, saya antara yang terawal datang. Saya orang yang ke-5 beratur untuk berjumpa Dr. Tapi satu masalah saya. Dahlah saya sorang-sorang. Nora lambat lagi sampai. Siapa nak ambilkan gambr nanti. Ah, sudah

Sambil menunggu Dr Muhaya, saya berborak ngan mak cik belakang saya. Kebetulan makcik tu datang bersama husband dia. So, apa lagi, saya pun mintak lah tolong husband dia ambilkan gambar nanti. Terima kasih pakcik.. Hehe :)

Tak lama lepas tu, Dr Muhaya muncul. Barisan pun makin ramai. Alhamdulillah dapat jumpa Dr Muhaya secara live and sekarang pun masih boleh terbayang-bayang wajah Dr Muhaya yang tak lokek dengan senyuman. Thank you Allah.


Memang tak lokek dengan senyuman. Terima kasih Prof :)


Wassalam 

18 September 2012

Last Internship :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)

Tempoh dua bulan as a intern memang rasa kejap sangat. Tapi Alhamdulillah, banyak juga boleh belajar. But, still ada banyak lagi yang perlu belajar. Hidup memang tak kan berhenti untuk belajar kan. :)

Apa-apapun, million thanks to JPPH Jempol, Negeri Sembilan.. Great experience and nice people. 

En Yusneta, Penilai Daerah


Abg Man, Kak Rina, Kak Lin and Bharati


Abg Hairul and Syafiq

Kak Rozita

 Azie

Admin staff: Kak Ina, CC and Cik Jamilah



and pada yang tak ada kat sini, bukan bermaksud anda semua tak glamour and hot, tapi tak masuk dalam kamera.. Hehe

Terima kasih daun keladi, Ada masa berjumpa lagi


05 September 2012

Belajar di negara orang :)

Assalamualaikum


Oh, memang cita-cita yang tak kesampaian.Belajar di negara orang means luar dari Malaysia memang angan-angan saya. Tapi itulah, angan-angan kalau tak usaha memang takkan kemana. Terselindung di celah-celah batu, tiada siapa yang nampak. Eceh. Metafora nak hebat.

Apa sebab saya nak belajar di negara orang? First, of course is get a new experience. Saya memang suka try hidup ditempat orang sebab boleh tengok cara hidup and perlakuan hidup yang berbeza-beza. Di tempat ni, orang nya suka makan pedas, di tempat lain pula orangnya cakap lebih sopan and kadang-kadang certain tempat yang kita pergi orangnya cakap main lepas je sebab budaya mereka memang macam tu. Pengalaman saya, kadang-kadang bila kita bercakap dengan seseorang yang baru kita jumpa, kita da boleh agak-agak orang nya jenis macam mana and ada juga jenis 'tak mudah'. Ok, ini words yang saya selalu guna means orang tu tak sepadan dengan apa yang kita lihat. Sebagai contoh, A seorang yang pendiam. Rupa-rupanya dalam diam A seorang yang suka bersosial. Faham tak apa yang saya nak sampaikan dekat sini sebab kawan-kawan saya selalu tanya, apa tu jenis 'tak mudah'. Sebab ini istilah saya masa saya sekolah dulu.Saya ingatkan semua orang guna pakai rupanya kami je. Hehe. Ok, ni dah lari dari tajuk pula.


Second sebab saya boleh improve english language saya. Mengakui yang saya memang tak berapa fasih nak cakap omputih and saya mengakui juga, english is important if kita nak pergi jauh dalam kerjaya kita. Tak cukup setakat ada pengetahuan tapi bila kita nak berdebat dengan orang, kita tak mampu. Only one reason, kita tak fasih in english. Oh my English :) Dengan ini, bahawasanya saya, after grad, saya nak jadi cikgu Bahasa Inggeris. Ececeh. Ngomong pun orak iso, mau ngajer. Tapi apa salahnya kan. Kalu itu rezeki. Sebab saya nak jadi cikgu. Doakan ya :)

Bercita-cita juga untuk sambung master di oversea :)

Memandangkan saya memang tak akan berkesempatan untuk belajar di oversea walaupun belajar  untuk mengambil lesen memandu :), makanya saya suka untuk baca blog student yang belajar di oversea, tak kisalah di UK, Australia, Japan, Russia, Mesir or Korea. Sedikit sebanyak, saya still boleh meneroka tempat orang dengan cara yang paling menjimatkan. Hehe.. 

But, dalam naluri saya, saya still percaya dengan satu pepatah.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Better di negeri sendiri. Ya, Seharusnya kita bersyukur dapat hidup di Malaysia because aman and bebas. Saya tak faham pada sesetengah orang yang suka mengomen je. Tak bersyukurkah beliau dengan keamanan Malaysia berbanding dengan negara lain yang ada krisis ekonomi, sosial and politik yang jauh lebih teruk dengan kita. Please belajar untuk bersyukur. Ni dah jauh sangat ni meluahkan perasaan :)

Negara sudah merdeka, tapi merdekakah minda kita? Be careful with what you read and watch :)

Wassalam

28 August 2012

Cornflakes Madu

Assalamualaikum..


Semasa belajar di kuantan, saya tinggal bersama mak cik saya yang saya panggil Bik Ana selama 2 semester akhir. Hampir setahun juga. Saya datang dari keluarga orang Jawa di Selangor. Itu sebab saya masih lagi memanggil mak cik saya dengan panggilan Bik Ana. Kebetulan Bik Ana adalah seorang lecturer di tempat saya belajar. Bik Ana ada seorang orang gaji dari Indonesia iaitu Kak Tun. Kak Tun pun sekali pandang macam orang melayu. Dari segi berpakaian dan tutur kata dia. Dirumah Bik Ana, saya berkawan rapat dengan Kak Tun sebab sepupu saya masatu masih bersekolah, so jarak umur kami agak jauh.

Kak Tun memang sangat-sangat pandai masak. Saya masih teringat nasi daging yang dia buat ketika makan tengahari. Sanagat sedap and berempah. But saya tak sempat belajar dengan dia. Dalam tempoh setahun tu juga, saya sempat berpuasa dirumah Bik Ana. So, sempat Kak Tun tunjuk ajar saya membuat Cornflakes madu kesukaan sepupu-sepupu saya. Resipinya sangat simple dan tiada bahan-bahan lain yang ditambah seperti kismis, bijan or kacang. Saya sangat suka sebab tak berapa melekit dan manis. Sedang-sedang sahaja. Sekarang Kak Tun dah kawin dan tidak lagi bekerja dirumah Bik Ana. Tapi, setiap kali raya, Bik Ana juga wajib akan membuat cornflakes madu ni bersama anak-anaknya. See, dari resipi yang sangat mudah, ia dapat mengeratkan hubungan mereka sekeluarga.

Setelah tamat belajar, saya tidak lagi tinggal dengan Bik Ana. Ketika Ramadan, saya mula membuat cornflakes madu bersama-sama anak buah saya. Sangat seronok bila melihat mereka bergotong royong mengisi dan menyusun mangkuk kertas tu. Selepas beberapa hari raya, cornflakes madu and kuih-kuih raya yang lain hampur habis. Hehe. Keluarga kami besar kan. So, masing-masing fikir nak bawa balik apa ke rumah masing-masing. Makanya, saya terfikir yang paling simple ialah cornflakes madu!!! So, saya juga bawa ke office satu balang penuh and bos siap bawak balik kerumah!! Hehehe


Gambar hiasan. Tak sempat nak ambil gambar sebab dah habis.


Bahan-bahan:

4cwn cornflakes
1cm potong buttercup
4sudu gula halus
2 sudu madu (saya tak suka terlalu melekit)
1 sudu kecil esen vanila

Step:

Cairkan buttercup, gula halus and madu di atas kuali. Letakkan pula esen vanila. After cair, tutupkan api and masukkan cornflakes. Gaul rata. Make sure rata because kalau tak rata nanti ada gula yang terkumpul and bila kita bake, gula tu melekat dengan cup kertas. Bila makan nanti termakan kertas pulak sebab pernah terjadi pada saya masa mula-mula buat dahulu. :)

Then, bolehlah bergotong royong masukkan dalam cup. Boleh tabur manik-manik untuk nampak lebih ceria. Bakar pada suhu 150C, 8-10 minit. Sure lagi seronok kalau buat ramai-ramai :)





18 July 2012

Mulai Bekerja yakni Berpraktikal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga berpraktikal. Teringat zaman diploma dulu, tapi berbeza sedikit,dulu di Jabatan Ukur dan Pemetaan. Sekarang di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Kalau dulu kerja ukur tanah, sekarang kerja menilai pula. Dua-dua bidang yang berbeza, and saya suka. Berbaloi juga tukar course sebab tahu banyak benda. Apa-apapun still melibatkan "'tanah". Hehe


“Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas.” (HR Ahmad)

Suasana di pejabat sama je macam biasa and saya pun dapat meja sendiri. Staff pun tak ramai sangat, sebab cawangan negeri. Senang cerita, senang hati je.. Hehe.. Kalau dulu tak ada elaun, sekarang dah ada, makin hati senang. Syukur Alhamudulillah. Sebelum ni saya ada contact kat private firm, and saya tanya dapat elaun tak. Firm tu tak bagi. Sepatutnya saya tak boleh tanya. Hehe. Tapi elaun tu kira penting juga lah kan. Lainlah kalau saya duduk rumah sendiri, pergi kerja jalan kaki. So, saya tak jadi apply. :) Dulu, saya ada baca pekeliling dari JPA yang menyatakan student praktikal di agensi kerajaan dapat RM 15 sehari. Tapi saya tak pernah pula tanya kawan betul atau tak. Sebab kadang-kadang lambat implement. So, saya anggap tak ada elaun lah. Saya apply govt firm pun sebab dekat dengan rumah kakak. Lebih kurang 15 minit. Hope kereta saya tak "demam" sepanjang dua bulan ni. Jasamu amat diperlukan. Huhu. So, elaun tu kira bonus and raya pun tak lama lagi. Faham-faham jelah. Hehe. Puasa pun tak lagi.

So, hope Ramadan tahun ini, yakni hadiah untuk orang Islam, hope kita semua dapat memperbanyakkan membuat amalan and solat sunat :)

1 days more :)

Wassalam

24 June 2012

Pekse oh Pekse

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum sahabats :)

Pejam celik pejam celik, dah berlalu Semester 5. Sekarang tiba masa untuk exam. Exam saya start 27 June. Ok, lusa je lagi.. Tapi persediaan baru 10% untuk first paper.. Sebenarnya mood nak exam tak datang-datang lagi. Hehe. Semalam saya baru balik dari kampung.. Biasalah, kononnya balik kampung bawaklah balik nota sekali.. tapi, bertuah nak study. Buka beg pun tak.. Apatah lagi nak pegang pen. Hehe.. 

Sama juga kalau ada assignment, tak pernahnya nak buat kalau kat rumah. Kalau saya cuti sebulan, sebulanlah saya tak bukak laptop. Sampai kakak saya ingat saya tak ada laptop. Hehe. Itulah namanya menikmati cuti. Padahal bukan pergi jalan mana pun. Just duduk rumah. Tapi biasalah bila duduk rumah, dari pagi sampai petang, ada je kerja nak buat.. menyapu, memasak, mengemas.. itu belum termasuk lepak rumah jiran and berkumpul dengan kawan. Sungguh padatlah.. Hehe.. Tapi lepas ni saya tak ada semester break dah, sebab semester break kali ni saya ada praktikal.. :( hope datanglah semangat nak bekerja.. Semester depan, semester akhir saya. Alhamdulillah :)

This semester, as usual ada 5 papers final. Alhamdulillah, ada gap untuk each paper. Tak macam sem lepas, 3 paper, 3 hari berturut-turut. Tapi sebenarnya ok juga bila paper rapat-rapat ni, ada perasaan terpaksa push diri untuk study. Hehe. Kalau tak jadi cam sekaranglah. Manja-manja lagi and ada masa pula nak menulis blog.. Aisyyy.. 

Alangkah bahagia kalau sentiasa seronok study :)


Maka dengan ini, cewah.. saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada warga pelajar Uitm and rakan-rakan for this semester. Do your best and jangan online je.. Hehe.. Maaf if ada buat salah sepanjang semester ini... 


Tak nak Tak nak

Wassalam (^-*)