Semasa belajar di kuantan, saya
tinggal bersama mak cik saya yang saya panggil Bik Ana selama 2 semester akhir.
Hampir setahun juga. Saya datang dari keluarga orang Jawa di Selangor. Itu
sebab saya masih lagi memanggil mak cik saya dengan panggilan Bik Ana.
Kebetulan Bik Ana adalah seorang lecturer di tempat saya belajar. Bik Ana ada
seorang orang gaji dari Indonesia iaitu Kak Tun. Kak Tun pun sekali pandang
macam orang melayu. Dari segi berpakaian dan tutur kata dia. Dirumah Bik Ana,
saya berkawan rapat dengan Kak Tun sebab sepupu saya masatu masih bersekolah,
so jarak umur kami agak jauh.
Kak Tun memang sangat-sangat
pandai masak. Saya masih teringat nasi daging yang dia buat ketika makan
tengahari. Sanagat sedap and berempah. But saya tak sempat belajar dengan dia. Dalam
tempoh setahun tu juga, saya sempat berpuasa dirumah Bik Ana. So, sempat Kak
Tun tunjuk ajar saya membuat Cornflakes madu kesukaan sepupu-sepupu saya.
Resipinya sangat simple dan tiada bahan-bahan lain yang ditambah seperti
kismis, bijan or kacang. Saya sangat suka sebab tak berapa melekit dan manis.
Sedang-sedang sahaja. Sekarang Kak Tun dah kawin dan tidak lagi bekerja dirumah
Bik Ana. Tapi, setiap kali raya, Bik Ana juga wajib akan membuat cornflakes madu
ni bersama anak-anaknya. See, dari resipi yang sangat mudah, ia dapat
mengeratkan hubungan mereka sekeluarga.
Setelah tamat belajar, saya tidak
lagi tinggal dengan Bik Ana. Ketika Ramadan, saya mula membuat cornflakes madu
bersama-sama anak buah saya. Sangat seronok bila melihat mereka bergotong
royong mengisi dan menyusun mangkuk kertas tu. Selepas beberapa hari raya,
cornflakes madu and kuih-kuih raya yang lain hampur habis. Hehe. Keluarga kami
besar kan. So, masing-masing fikir nak bawa balik apa ke rumah masing-masing.
Makanya, saya terfikir yang paling simple ialah cornflakes madu!!! So, saya
juga bawa ke office satu balang penuh and bos siap bawak balik kerumah!! Hehehe
Gambar hiasan. Tak sempat nak ambil gambar sebab dah habis. |
Bahan-bahan:
4cwn cornflakes
1cm potong buttercup
4sudu gula halus
2 sudu madu (saya tak suka terlalu melekit)
1 sudu kecil esen vanila
Step:
Cairkan buttercup, gula halus and madu di atas kuali. Letakkan pula esen vanila. After cair, tutupkan api and masukkan cornflakes. Gaul rata. Make sure rata because kalau tak rata nanti ada gula yang terkumpul and bila kita bake, gula tu melekat dengan cup kertas. Bila makan nanti termakan kertas pulak sebab pernah terjadi pada saya masa mula-mula buat dahulu. :)
Then, bolehlah bergotong royong masukkan dalam cup. Boleh tabur manik-manik untuk nampak lebih ceria. Bakar pada suhu 150C, 8-10 minit. Sure lagi seronok kalau buat ramai-ramai :)
No comments:
Post a Comment