08 April 2013

Kuih Talam Labu


Assalamualaikum.

Tetiba rasa blog ni dah bertukar jadi blog masakan pulak. Krisis identity betul. Hehe.. So, kali ni saya buat talam labu. Sebelum ni tak pernah buat apa-apa talam pun. Ni gara-gara saya makan talam keladi jiran kakak saya buat. Heaven gila sedap. Hehe. Syukur syukur rezeki Allah bagi J
Makanya, saya sendiri nak buat kuih talam. Tapi yang ni saya punya versi talam labu. Hehe. Hentam je lah labu. Rupa memang tak berapa cantik sebab first time buat.yang penting sedap. Hehe. Lepas ni kalau ada keladi kat rumah boleh lah try buat yang keladi pula. Before saya update entry ni, saya dah buat 3x kuih talam labu. Tapi tak sempat nak amik gambar yang cantik. So, ini gambar yang first time buat dulu. Itu yang agak messy. Hehehe


Bahan-bahan:

Lapisan bawah
1.       2 cawan santan cair
2.       1 cawan tepung beras
3.       1 sk  garam
4.       Labu dipotong dadu kecil, direbus bersama secubit garam sehingga lembut

Lapisan Atas
1.       2 cawan santan pekat
2.       1 cawan tepung gandum
3.       1 cawan gula pasir
4.       Sehelai daun pandan
5.       Secubit garam
6.       Pewarna kuning.

Cara-cara:

Lapisan bawah
1.       Campurkan santan cair, tepung beras dan garam ke dalam periuk.
2.       Panaskan di atas api, sentiasa kacau supaya tepung tidak berketul.
3.       Setelah pekat, angkat periuk dan masukkan labu yang telah direbus tadi. Gaul rata.
4.       Panaskan air di dalam periuk kukus.
5.       Letakkan  adunan di dalam dulang dan kukus selama 5-10 minit.

Lapisan Atas
1.       Panaskan santan, garam dan gula sehingga gula larut sahaja. Masukkan juga dan pandan yang disimpul.
2.       Kemudian, biar  seketika sehingga agak-agak sejuk.
3.       Setelah sejuk, keluarkan daun pandan. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
4.       Masukkan pewarna kuning. Kemudian tapiskan ia.
5.       Setelah lapisan bawah siap dikukus 5-10 minit tadi, tuang  lapisan atas pula.
6.       Kukus lagi sehingga masak kira-kira 20 minit.

Ok, sedia dihidang untuk minum petang or sarapan pagi. ehm.. sedap!! Untuk versi talam keladi pun sama je. Just tukar keladi. Hehehe.. 

No comments:

Post a Comment