28 September 2011

Sakit


Sakit merupakan rahmat bukan seksa. Allah berfirman “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (an Nisaa:147).

Orang sakit yang bersabar akan mendapatkan pahala dan ditulis untuknya bermacam-macam kebaikan dan ditinggikan darjatnya. Rasulullah Muhammad Saw bersabda, “Tiadalah tertusuk duri atau benda yang lebih kecil dari itu pada seorang Muslim, kecuali akan ditetapkan untuknya satu darjat dan dihapuskan untuknya satu kesalahan.” (HR. Muslim dari Aisyah ra).

Semoga Allah permudahkan jalan dan urusanku dalam menempuh ujian yang Kau berikan. Amin

Semoga hari-hari akan datang di kabarkan berita yang menggembirakan :)

*Save the date*

20 September 2011

Muslimah

Assalamualaikum

Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendikiawan bistari. Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana.

Subhanallah, hari ini dapat lecturer baru mengajar 3rd languange, Bahasa Arab. Ustazah tersebut sangat cantik dan comel. Kagum dengan ciptaanNya :)

19 September 2011

Bagai pungguk rindukan bulan

Assalamualaikum


*Alkisah tentang bulan tak ada sebenarnya dalam entry kali ini*

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk semester baru. Cuti semester yang lepas sibuk bekerja menjana ekonomi negara. Ngee. Hari ni pun sudah selesai submit proposal untuk Final Year Project (FYP). Syukur sangat-sangat. Tapi debaran untuk sesi krit pula akan menyusul seminggu lagi. Moga dapat buat yang terbaik and proposal tak kena reject. Wah.. sangat gerun.

Ok, minggu ni rasanya nak balik kampung, memang dah homesick sangat-sangat. Hehe. Harap semua berjalan dengan lancar. *home sweet home* ngeee..

Ok, Sekian dulu dari bilik berita. :)




09 May 2011

Jari halus dan kucing

Assalamulaikum 

 Ehem ehem. Perhatian perhatian !! Ngee...
Sudah lama rasanya tak menulis dalam blog yang kurang kasih sayang ni. Kesibukan diri menjawab paper final membataskan idea untuk menulis. Cewah. Bajet penulis terkenal. Haha. Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah sudah selesai semuanya. Berdebar pula menanti result. Hope capai sasaran. Amin. Kepada kawan-kawan hope jaga diri baik-baik cuti 4 bulan ni. Kalau rasa nak kawin jangan lupa jemput. Aku menjangkakan, kawan-kawan aku semua akan mengalami kenaikan pipi akibat cuti lama ni. Apatah lagi sempat sambut Aidilfitri. Aku pun sama. Keberangkalian untuk menternak lemak adalah 90%. Haha. 

Aku sebenarnya tak ada idea nak tulis apa-apa sebab tak sabar menunggu saat esok. Hoorey!!!.. Balik kampung!!! Hehehe

Apa-apa pun enjoy la dengan picture si Maru ni, Kucing dari Jepun paling glemer abad ini. Hehe. 





Sedaya upaya nak masuk dala kotak. Tak sedar diri tu sangatlah gemuk.


 Aiyoh.. sangat comel :)


Maru sangat obses dengan kotak. I don't know why. 
*harap Maru selamat dari Japan tsunami*
:)

Mutiara kata untuk cuti sem ni

"Kurangkan berat, tambahkan senyuman"

Hehe

Wassalam

23 April 2011

Di pagi Ahad

Bangun pagi-pagi, gosok gigi.. Lalala.. 
Bangun pagi-pagi, makan murtabak maggie... Lalala lagi

Wah, nampaknya sungguh happy pagi ini. Pagi-pagi bapak kol tanya hari apa exam. Terharu. Lagi terharu bila bapak suruh balik 30 hb. Rindu katanya. Ok, sayu rasanya di situ sebab dah lama tak balik akibat kesibukan assignment. Mujur ada gap seminggu untuk paper seterusnya. Ok bapak, tunggu anak kesayanganmu pulang. Cewah


Agenda untuk Ahad ini:
* Siapkan literature review untuk proposal
* Study building services biaq peghabeh

Sekian :)

15 April 2011

Proposal oh Proposal

Salam semua. Good morning. Sobahan Nur..  :)

Currently tengah bingung untuk submit thesis proposal. Next week nak kena submit tapi tajuk tak dapat-dapat lagi. Diri ini belum lagi masih membuat kata putus untuk decide tajuk yang mana. Wake-up Cik imanis!!! Puk..puk.. Aduh, sakit sudah pipi yang comel ini. Hoho.

Memegang kepala untuk cuba memerah otak gamaknya T_T

Walaupun ini hanya assignment tapi lecturer suruh pilih tajuk yang bener-bener mantop gitu sebab boleh terus proceed next sem. Sebut pasal thesis rasa cam da nak grad pula kan. Cepat je kan masa berlalu. Tak sabar nak pakai topi. Dulu masa diploma tak pakai topi pun. Tak best. Dahlah baju besar. Leher baju asyik terlondeh kle belakang je. Rasa macam comot je time tu. Tapi tak pe, comot-comot pun tetap maneh. Hehe. Perasan gitu. Ok lah nak teruskan membaca journal. Semoga aku semakin rajin. :) 

11 April 2011

Gedik

Hai

Jam sekarang pukul 7.10. Hampir ke maghrib. Sambil menunggu maghrib, mai pekena milo secawan cicah biskut Hup Seng. Hehehe.. Memang terbaik. Hujung-hujung sem ni biskut keringlah yang paling sedap di dunia. Haha.. Tetiba keluar suara garau.

Hup Seng di hati


Malam ni ada kelas ganti Investment pukul 8.30. Wah, kelas malam best sebab sejuk dari luar biasa. Hehehe. Lagi-lagi petang tadi hujan. Sekarang pun da rasa sejuk. Grr.. Tapi kalau musim hujan ni baju banyak tak kering. Dah lah baju aku sekarang terhad sebab dah hantar balik ke kampung last week. Gedik gila kan da hantar balik. Padahal ada sebulan lagi nak cuti sem. So, di harap kawan-kawan tak perasan aku pakai baju yang sama dalam seminggu. Syyy......

Last weekend memang tak rehat langsung and terpaksa ponteng kelas hari Jumaat sebab berkejar ke Kuantan. Bapak masuk hospital and kena operate. Alhamdulillah sekarang dah ok and dah balik rumah semalam. Smile and syukur sangat-sangat. :) 

Ok, sekian dulu untuk update kali ini dari Aini yang gediks.  Hahaha. Opss.. Suara garau keluar lagi. Tak sesuai di dengar oleh calon  ibu mertua. :)


Tetiba gedik nak t-shirt macam ni. Mesti sweet kan?