27 November 2010

Dulu Juara

Imanis Aini di kiri sekali sedang berlari bersungguh-sungguh.

Mengenang zaman muda-muda dulu ketika bermain bola jaring untuk kontijen ASBKJ ( Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya) masa aku Form 2. See. Zaman kekurusan dan kehitaman yang teramat. Kalau berdiri kat tepi highway, mudah sahaja diterbangkan. Ini last time aku bermain bola jaring sejak aku dari sekolah rendah sehingga wakil daerah. Itu dulu.  Sejak itu, aku tak bermain lagi sehingga sekarang sebab aku bertukar sekolah. So, di sekolah baru aku agak merendah diri. Tidak mahu tonjolkan kehebatan aku menjaringkan gol. Ini keistimewaan orang yang tinggi. Itu sahaja yang aku nak ceritakan. Ngee..


5 Weirdest Cakes



1) Meat cake.Yang ini aku tak pasti daging and perasa apa. Korang agak-agak makan ada darah lagi tak? and halal or tak ye? 

2) Divorce Cake. Kalau rasa nak cepat jadi janda bolehlah tempah kek macam ini.

3) Spy Cake. Sesuai untuk Kluang man kot.

4)Teen Pregnancy Cake. Tak nak komen banyak-banyak.

5) (No Name Cake). Korang namakan sendiri lah ye.. Erkkk



25 November 2010

Kids & Baby Photo Contest

Bila tengok picture kat atas ni, teringat gambar aku masa kecil-kecil dulu. Gila memang cute aku dulu-dulu. Haha. Tapi aku tak masukkan pun dalam contest ni sebab gambar tak tutup aurat. Dulu tak ada tudung express macam sekarang. Hehe. Thanks M sebab tag saya  untuk contest ni. 

 Kepada kawan-kawan blogger yang nak join contest ni boleh baca syarat-syarat penyertaan dengan klik gambar dekat atas or klik http://sweetlikekisses.blogspot.com/ . Tuan punya blog ialah Cik manis Safiyyah Osman. 

Setelah menyelongkar gambar-gambar yang ada, so aku pertaruhkan gambar ini:

Gambar ini di ambil ketika anak saudara aku, Aizat Hakimi (kiri sekali) bersama kawan seusia dia masa bermandi-manda dekat Port Dickson. Memang seksi and cute. Sila tutup mata kalau nak tengok.

Hadiah yang bakal dimenangi ialah Earing dari Lazo Diamod Jewellery. White Gold.

Aku tag pula kepada:

Good Luck !! Sekian, Terima Kasih


12 November 2010

Pengalaman Berniaga and Coming Soon??

Dulu masa sekolah memang tak terniat langsung nak buat bisnes, tapi sekarang bila dah cuba rasa seronok kan? Dulu aku rasa tiada keyakinan kalau nak buat business. Yela, tak sanggup hadapi risiko sebab aku ni jenis yang tak berani terima kekurangan diri. Tapi sekarang bila usia meningkat (bukan tua), kita semakin matang kan? Fikiran sudah terbuka. Perasan sendiri T_T

Tapi sekarang, who know? Rezeki ada di mana-mana. Kita cuma perlu berusaha dan yakin. Lepas habis Diploma, aku terus dapat kerja sebagai draugthsperson dekat satu company ni. Hampir dua tahun kerja. Gaji yang dapat tak membolehkan aku nak menyimpan, yela, company kecik, ciput je gaji aku. Sory bos. Huhu. So, aku fikir, macam mana aku nak dapat duit lebih ini? Nak sambung belajar pun tak cukup duit. Takkan nak minta mak ayah lagi. 

Aku mula identify apa peluang yang ada. Hehe. Berdasarkan minat terhadap tudung, aku pun mula menjual tudung. Aku jual mulut ke mulut aje. Walaupun tak la sampai jadi jutawan tapi aku berpuas hati lah sebab dapat pengalaman. Alhamdulillah, boleh simpan duit untuk sambung belajar dan sekarang sudah dapat sambung belajar. T_T. Akitiviti jualan pun direhatkan sementara waktu.

Sekarang aku buat business contact lens secara kecil-kecilan pula. Dengan kawan-kawan aje and sudah juga sampai ke telinga lecturer. Hoho. Sambutan agak memberangsangkan. Bolehlah buat belanja hari-hari makan. ;) Sebenarnya aku ada letak impian untuk menjual online. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Tapi sampai sekarang masih belum terlaksana. Masih tengah buat survey memandangkan ribuan shopping online kat luar sana kan. Tapi, tak cuba mana kita hendak tahu kan. So, hope impian terlaksana. Nantikanlah ye. 

(Masih dalam pemikiran nak bagi nama kedai online and nak jual apa. Hehe )


11 November 2010

Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul


Malam tadi before aku tidur, aku telah habiskan baca satu novel ringkas yang bertajuk Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul. Before membaca memang serius aku mengantuk gila. Selepas satu-satu aku belek novel ini, serius aku memang terus jatuh cinta. Buku ini hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. 

Harga RM12.00 sahaja. Terbitan Telaga Biru.

Apa yang menarik dengan buku ini? Ia memaparkan kisah Qani'ah yang mendambakan cintanya hanya untuk Allah S.W.T dan memelihara cintanya hanya untuk suami. Dari zaman persekolahan, bagaimana dia memelihara cinta sehingga kehidupan bersama suami. 

Ada satu petikan yang menarik dalam buku ini ynag bertulis:

"Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak sedia. Kalau tak sedia kenapa nak bercinta. Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan"

Serius buku ini memang sesuai untuk lelaki bukan untuk perempuan sahaja tidak kira usia. 

T_T



Contengan Kreatif Konon


Tengah study tadi, aku terjumpa lukisan ala-ala kreatif aku ni dekat note aku. Cian kau naniey sebab selalu jadi mangsa aku. Sape suruh duduk sebelah aku dalam kelas. 

Cucu tu bukan grandchild tapi susu.

Terserlah perangai ketidakmatangan kau melalui lukisan ini.

p/s: Buruk gila tulisan. Please improve.


Tarik Rambut menjadi-jadi


Rasanya bukan aku sorang je yang mempunyai hobi menarik rambut. Mesti ramai kan? Bukan tarik rambut orang. Tapi tarik rambut sendiri. Serius. Ini sindrom aku dari zaman sekolah 6 tahun dulu. Gila kau. Sudah 6 tahun. Aku tak tahulah apa yang aku tarik. Rambut gatal ke? Tak da lah sangat. Tapi dah habit, susah nak buang. Kadang-kadang pernah berazam nak hilangkan habit tu. Tapi tahan sekejap j. Ia akan menjadi-jadi time aku nak tengok tv, time tengah study and time nak tido. penuhlah bantal dengan rambut. Tapi setakat ni tak adalah botak ok. I masih normal. Bila kau nak buang habit kau ni Aini. Nak tunggu sampai kepala kau macam ni?

(Botak pun boleh posing cantik apa)

Semoga aku insaf