18 February 2013

Kek Paling Simple

Assalamualaikum

For this entry, saya nak berkongsi resipi kek yang sangat simple didunia. Hehe. Rasanya, this is the basic cake. Apa ntah namanya. Kek butter kot. Sebelum ni, saya tak rajin nak buat cake sebab saya pernah buat cake juga, the texture tak jadi macam saya nak or dengan kata lain, tak menjadi. Adalah 2, 3 kali saya buat dengan resipi yang berbeza but hasilnya still tak jadi. So saya simpulkan disini,  tangan saya ni bukan tangan buat cake. Huhu
Then, saya  decide saya perlu kembali pada basic. So, saya cari resipi kek yang common and paling mudah nak buat. Tapi cake ni saya ubah sikit ikut hati saya. Saya buat ala-ala marble gitu. Tapi tak lah marble sangat. Hehe




Bahan-bahan
  1. 2 cawan tepung gandum di ayak 
  2. 1 cawan gula halus 
  3. 1 cawan margerin 
  4. 4-5 biji telur 
  5. 1 sk baking powder 
  6. 1 sk vanilla 
  7. 1sb serbuk koko


Cara-cara
  1.  Pukul margerin dan gula sehingga kembang. 
  2. Then, masukkan telur satu persatu dan vanilla 
  3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga rata. 
  4. Bahagikan adunan kepada dua. 
  5. Masukkan serbuk koko ke salah satu adunan. Kacau sehingga rata. 
  6. Sapukan sedikit margerin pada dulang pembakar supaya kek tidak melekat. 
  7. Then, masukkan adunan kek berselang seli ke dalam dulang pembakar. 
  8. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit. Guna api bawah.


SELAMAT MENCUBA!! J

16 February 2013

Kuih Buah Rotan


Assalamualaikum J

Semasa saya cuti semester dulu, saya pernah bekerja di kilang kerepek di kampung saya. Kebetulan waktu tu hampir Aidilfitri. Di sana, banyak saya belajar tentang teknik membuat kuih raya seperti kerepek bawang, bangkit santan, tumpi kecil, kuih loyang/ros, karipap mini, batang buruk, kuih siput dan juga buah rotan. Tuan kedai iaitu Bik Min dan Kak Lela dah siap bancuh semua bahan-bahan seawal jam 4 pagi.  So, kami masuk kerja seawal 6-7 pagi. Dapat belajar membuat kuih-kuih tradisional dengan cepat dan pantas menjadi pengalaman berharga buat saya.

Resipi buah rotan yang saya kongsikan ni saya hanya search di internet sebagai rujukan dan diolah sedikit oleh saya dengan nasihat mak. Hehe. Dah boleh bagi label nama sendiri ni. Ececeh J dan hasil pengalaman bekerja dulu, dapat saya gunakan untuk membuat buah rotan dengan cepat dan pantas. Hehehe tanpa di gentel satu persatu. InsyaAllah, nanti saya kongsikan ye J Buah rotan ni memang sedap dan tidak keras!! hehe




Bahan-bahan:
500gram Tepung pulut
6 sb Gula
Santan dari setengah biji kelapa
1 biji telur
Secubit garam
1 sb air kapur
Bijan secukupnya

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut bersama gula, telur air kapur dan garam. Kemudian gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau pun keras bagi memudahkan untuk di gentel bulat.
  3. Setelah siap di gentel bulat, salutkan rata pada bijan.
  4. Kemudian, gorengkan buah rotan tersebut dengan api yang perlahan sehingga kekuningan.

Good luck !!!

23 January 2013

Kuih Koleh Kacang


Assalamualaikum.

Masa belajar di uni dulu, saya ngan roomate rajin juga puasa sunat dan puasa ganti. Beselah, lagi-lagi dah hujung semester. Hehe.. Tapi kalau saya tak terbangun sahur, memang saya tak jadilah puasa. Sekurang-kurangnya saya kena minum secawan susu or air. Kalau tak, belum zohor saya dah terbaring atas katil.  Hehe. Di uni, saya berkesempatan iftar di masjid beramai-ramai. Dekat sinilah saya first time makan kuih koleh yang sangat-sangat sedap.. Tak tahulah sebab saya lapar ke apa. Tapi memang serius sedap. Sampai saya teringat-ingat dan mungkin juga nikmat berbuka beramai-ramai. Mulanya saya tak tahu nama kuih ni, and saya dah pernah makan sebelum ni tapi tak terasa jatuh cinta lagi sebab saya tak suka sangat tahi minyak tu. Tak nampak menarik. Hehe.
So, kali ni saya try buat sendiri. First time buat sendiri, saya terletak garam lebih sikit. Hehe. Dah nak kahwin ke apa? Hehe. Walaupun saya tak suka tahi minyak tu, tapi saya still nak try jugak J



Bahan-Bahan:

1.       1 cawan santan pekat (untuk buat tahi minyak)
2.       1 cawan tepung kacang hijau (saya guna jenama Kijang)
3.       2 cawan santan pekat
4.       1 cawan air (guna  santan cair pun boleh juga )
5.       1 cawan gula merah
6.       2 sb gula pasir
7.       1 sk garam
8.       1 simpulan daun pandan

Cara-cara:

1.       Untuk tahi minyak: Masak 1 cawan santan pekat. Kacau sehingga menjadi tahi minyak. Tapiskan tahi minyak dan simpan lebihan minyak untuk dimasukkan dalam bancuhan kuih. (Lebihan kira-kira 1 sb)
2.       Masak air, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan.
3.       Satukan tepung kacang hijau, santan pekat, garam dan air gula tadi dalam periuk. Masak dan kacau sehingga sebati. Then, masukkan lebihan minyak tadi.
4.       Kacau bancuhan tadi sehingga masak dan berkilat.
5.       Then, bolehlah tuang dalam loyang. Tabur tahi minyak di atasnya.
6.       Biarkan sehingga sejuk. Kemudian, bolehlah dipotong dan hidangkan bersama teh o panas. Ececeh.. J

25 December 2012

Biografi Syed Mokhtar Albukhairy


Alhamdulillah, finished read this book. Sangat memberi inspirasi. This is one of my collection book for this year. Also, last for this year. Saya ni pun agak pantang jugak kalau dah pergi kedai buku ni. Tahu dah duit tu kurang, tapi buat-buat banyak. Tapi, beli buku saya rasa bukan satu pembaziran. Hehehe. Harga pun tak mahal, just RM 19.90- 10% discount for student card. 

Ada beberapa petikan dari buku ni yang boleh saya tulis dekat sini, selebihnya boleh baca sendiri ;)

"Ibu saya banyak berkorban untuk keluarga kami, dan saya sentiasa menghargainya. Dia juga menjadi contoh seorang Islam yang baik, sesuatu yang saya cuba teladani. Sehingga hari ini, saya masih meminta nasihat daripadanya dan tidak pernah mengecewakan saya"

"Kemelesetan ekonomi 1985 memberikan saya satu pengajaran penting: jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda"

Buku ni banyak juga relate dengan Dasar Ekonomi Baru. Bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar mengambil peluang dalam DEB. Ok, sebenarnya, saya sangat kurang pengetahuan tentang ekonomi di Malaysia. But this book sedikit sebanyak memberi info dan memberi situasi sebenar dalam dunia perniagaan. So, please read. 

Maka, terima kasih :)


18 December 2012

Syukur :)

Alhamdulillah, in 25 years old :)

06 December 2012

Nothing much

Assalamualaikum w.b.t

Salam sahabat, salam semua :)

Lately sangat-sangat buzy dengan thesis.. VIVA, amend lagi.. assignment pun still ada lagi belum submit, presentation is 2 more.. But, Alhamdulillah, all happened was going well. Syukur kepada Allah. Hari ni, nak pergi jilid thesis dah. Moga dipermudahkan urusannya.. :)

Last wednesday saya attend interview dekat Career Attack, Uitm. Serius, good experience to be interviewed. Nervous tu memang adalah lah. Tapi saya enjoy je.  Hehe. 3 interviews company saya pergi. Alang-alang tak ada kelas satu harikan. Tapi itupun just sampai tengahari sebab perut dah lapar and still ramai orang. Malam sebelum tu, saya dah prepare jawapan untuk soalan-soalan potensi untuk ditanya, sebab nanti takut grammar terabur. Hehe. Preparation itu kan penting. cewah. Alhamdulillah, semua ok walaupun ada juga tergagap-gagap.. hehe. Apa-apapun saya enjoy. Tak ada stress-stress macam buat thesis. Hehe

For the last semester ni, saya perasan saya agak pemarah orangnya. Mungkin dalam kepala banyak fikir kan? Then, saya realize yang ini baru dugaan kecil. In the future, banyak lagi hal yang kita kena settle down kan? Just remind untuk semua and saya sendiri, perbanyakkan istighfar and solat sunat. InsyaAllah terasa Allah dekat dengan kita and kena selalu fikir positive. However, kena juga still berhati-hati and ada backup plan. Kalau ikutkan dugaan, this semester memang banyak main dengan emosi. But, kalau dilayan boleh jadi tekanan. So, just let it go and smile!! :)

This semester, class trip was at Langkawi. First time saya ke sana. The best moment masa naik bot ke Tasik Dayang Bunting. MasyaAllah, cantik sangat pemandangan. The rest, ada juga naik cable car. Saya ni gayat orangnya tapi bukan selalu naik kan. Hehe. 

Gaya macam tak ada apa-apa kan. Padahal kaki penat mengayuh!! Hehe


Tapi, dalam busy pun, saya still sempat buat online shopping.. hehe.. Well, kepada online shoppers disana, jom like page saya and visit my blog too. Saya ada jual handbag, t-shirt muslimah and blouse!!!


Terima kasih. Salam ukhuwah untuk semua. :)

22 September 2012

My Idol Prof Dr Muhaya Mohamad

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum kepada semua sahabats :)

Siapa tak kenal Dr Muhaya kan? Best motivator, doktor, teacher and mom as well :)

Post ni sepatutnya dah lama tulis. Tapi disebabkan terlalu teruja, simpan dalam memory je. Kali ni nak calitkan suatu memori untuk anak cucu nanti. Hehe. Just nak cerita kenangan berjumpa Dr Muhaya di Pesta Buku 2012 di PWTC pada awal April lalu. 

Saya pergi bersama ex-roomate saya, Nora. Nora dah habis belajar semester lepas. Kami janji berjumpa di stesen LRT PWTC. Lama juga saya tunggu dia, tapi dia kata dia lambat sikit. Jam dah pukul 1030 pagi. Dr Muhaya akan berada di booth jam 11 pagi. Macam tak sempat je ni kalau nak tunggu Nora. Nanti mesti kena berbaris panjang kalau nak jumpa Dr Muhaya. So, saya decide akan jumpa Nora dlm PWTC. So, saya gerak sorang-sorang. MasyaAllah ramainya orang. Saya pun tak tahu pintu mana satu saya masuk. Just follow orang ramai. Ini first time saya masuk PWTC. Memang tak tahu apa-apa. Saya cari booth no 22. Syukur sangat-sangat booth As-sohwah hanya di depan mata saya. Allah permudahkan :)

So, saya beli buku yang kawan saya kirim and untuk saya juga. Sebab nak minta autograph Dr nanti. Hehe. Sebelum ni saya tak pernah pun beli buku Dr sebab saya lebih prefer mendengar dia bercakap dari membaca. Alhamdulillah, saya antara yang terawal datang. Saya orang yang ke-5 beratur untuk berjumpa Dr. Tapi satu masalah saya. Dahlah saya sorang-sorang. Nora lambat lagi sampai. Siapa nak ambilkan gambr nanti. Ah, sudah. 

Sambil menunggu Dr Muhaya, saya berborak ngan mak cik belakang saya. Kebetulan makcik tu datang bersama husband dia. So, apa lagi, saya pun mintak lah tolong husband dia ambilkan gambar nanti. Terima kasih pakcik.. Hehe :)

Tak lama lepas tu, Dr Muhaya muncul. Barisan pun makin ramai. Alhamdulillah dapat jumpa Dr Muhaya secara live and sekarang pun masih boleh terbayang-bayang wajah Dr Muhaya yang tak lokek dengan senyuman. Thank you Allah.


Memang tak lokek dengan senyuman. Terima kasih Prof :)


Wassalam