13 January 2011

Kahak


Uhuk.. Uhukk.. Uhukk lagi..

Sekarang mood demam, selesema and batuk. -.- Memang pakej 3 in 1. Derita. Teringat satu kisah masa aku darjah 5 dahulu, ada satu cerita pasal kahak ini. Biasanya, kalau batuk yang teruk mesti akan mengeluarkan kahak yang agak banyakkan selepas kita batuk? Aiyoma.. hendak cerita pun agak menggelikan.. Erkk..

Adalah seorang kawan bernama Cik Ayu (bukan nama sebenar) sedang batuk dengan dasyatnya. Kesian sungguh. Uhuk.. Uhukk.. Uhukk.. Uhukk lagi. Maka aku pun terdengarlah Cik Ayu ini batuk sambil terkeluar kahak. Aku senyap. Selepas itu aku terdengar seorang clasmate aku ini,  Boy (nama timangan ibu) berkata " ha.. telan lah tu.. telan lah tu". Muka Cik Ayu sudah merah padam. Aiyoma.. Aku rasa nak pelangkung aje kepala Boy itu. Kecian Ayu.

Korang faham tak apa yang aku hendak sampaikan ini? Huhu. So, jangan tegur macam itu ok bila kawan sedang batuk.. Takkan la setiap kali batuk hendak pergi ke toilet buang kahak kalau kita dalam kelas.. Faham-faham sahaja sudah. Tapi aku ada terfikir juga kenapa si Boy itu boleh cakap macam itukan? Mestilah dia ada pengalaman kan? Haha.. 


1 comment:

  1. Nak kahak.. Sedapnya kahak perempuan nyam2.. Jual kahak kat Sy. Boleh?

    Shah Shah Ril

    ReplyDelete