Assalamualaikum.
Masa belajar di uni dulu, saya
ngan roomate rajin juga puasa sunat dan puasa ganti. Beselah, lagi-lagi dah
hujung semester. Hehe.. Tapi kalau saya tak terbangun sahur, memang saya tak
jadilah puasa. Sekurang-kurangnya saya kena minum secawan susu or air. Kalau
tak, belum zohor saya dah terbaring atas katil.
Hehe. Di uni, saya berkesempatan iftar di masjid beramai-ramai. Dekat
sinilah saya first time makan kuih koleh yang sangat-sangat sedap.. Tak tahulah
sebab saya lapar ke apa. Tapi memang serius sedap. Sampai saya teringat-ingat
dan mungkin juga nikmat berbuka beramai-ramai. Mulanya saya tak tahu nama kuih
ni, and saya dah pernah makan sebelum ni tapi tak terasa jatuh cinta lagi sebab
saya tak suka sangat tahi minyak tu. Tak nampak menarik. Hehe.
So, kali ni saya try buat
sendiri. First time buat sendiri, saya terletak garam lebih sikit. Hehe. Dah
nak kahwin ke apa? Hehe. Walaupun saya tak suka tahi minyak tu, tapi saya still
nak try jugak J
Bahan-Bahan:
1. 1
cawan santan pekat (untuk buat tahi minyak)
2. 1
cawan tepung kacang hijau (saya guna jenama Kijang)
3. 2
cawan santan pekat
4. 1
cawan air (guna santan cair pun boleh
juga )
5. 1
cawan gula merah
6. 2
sb gula pasir
7. 1
sk garam
8. 1
simpulan daun pandan
Cara-cara:
1. Untuk
tahi minyak: Masak 1 cawan santan pekat. Kacau sehingga menjadi tahi minyak.
Tapiskan tahi minyak dan simpan lebihan minyak untuk dimasukkan dalam bancuhan
kuih. (Lebihan kira-kira 1 sb)
2. Masak
air, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan
sejukkan.
3. Satukan
tepung kacang hijau, santan pekat, garam dan air gula tadi dalam periuk. Masak
dan kacau sehingga sebati. Then, masukkan lebihan minyak tadi.
4. Kacau
bancuhan tadi sehingga masak dan berkilat.
5. Then,
bolehlah tuang dalam loyang. Tabur tahi minyak di atasnya.
6. Biarkan
sehingga sejuk. Kemudian, bolehlah dipotong dan hidangkan bersama teh o panas.
Ececeh.. J