18 July 2012

Mulai Bekerja yakni Berpraktikal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga berpraktikal. Teringat zaman diploma dulu, tapi berbeza sedikit,dulu di Jabatan Ukur dan Pemetaan. Sekarang di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Kalau dulu kerja ukur tanah, sekarang kerja menilai pula. Dua-dua bidang yang berbeza, and saya suka. Berbaloi juga tukar course sebab tahu banyak benda. Apa-apapun still melibatkan "'tanah". Hehe


“Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas.” (HR Ahmad)

Suasana di pejabat sama je macam biasa and saya pun dapat meja sendiri. Staff pun tak ramai sangat, sebab cawangan negeri. Senang cerita, senang hati je.. Hehe.. Kalau dulu tak ada elaun, sekarang dah ada, makin hati senang. Syukur Alhamudulillah. Sebelum ni saya ada contact kat private firm, and saya tanya dapat elaun tak. Firm tu tak bagi. Sepatutnya saya tak boleh tanya. Hehe. Tapi elaun tu kira penting juga lah kan. Lainlah kalau saya duduk rumah sendiri, pergi kerja jalan kaki. So, saya tak jadi apply. :) Dulu, saya ada baca pekeliling dari JPA yang menyatakan student praktikal di agensi kerajaan dapat RM 15 sehari. Tapi saya tak pernah pula tanya kawan betul atau tak. Sebab kadang-kadang lambat implement. So, saya anggap tak ada elaun lah. Saya apply govt firm pun sebab dekat dengan rumah kakak. Lebih kurang 15 minit. Hope kereta saya tak "demam" sepanjang dua bulan ni. Jasamu amat diperlukan. Huhu. So, elaun tu kira bonus and raya pun tak lama lagi. Faham-faham jelah. Hehe. Puasa pun tak lagi.

So, hope Ramadan tahun ini, yakni hadiah untuk orang Islam, hope kita semua dapat memperbanyakkan membuat amalan and solat sunat :)

1 days more :)

Wassalam