30 September 2010

Kami Bahagia

Telefon bimbit masuk air berbunyi bertubi-tubi menganggu konsentrasi saya di dalam kelas. Demi tidak menghampakan pemberi mesej, mesej itu di baca jua. Maka ia berbunyi:

Cik J.Lo : Cik manis, jom p umah along kawin.
Cik Manis: Aku on j weh. Tapi nk g ngn spe ni weh.. aku lantik ko jd pgrh program ok
Cik J.Lo: Ok t i arrange.

Hari berikutnya, mesej bertubi-tubi di terima lagi, berbunyi:

Cik J.Lo: Ok set. Ahad pg kul 9 kte gerak. En. Syabas jemput ko.
Cik Manis: Awal lagi la.. Kul 8.. Mampuh kne cepuk ngan bapak aku. bile nak smpai Phgnya. 
Cik J.Lo: Ok. Kul 8. 

Setibanya hari kejadian, selepas bercantik, berdandan dan berhandbag bagai tepat jam 8, bayang En. Syabas tak muncul juga. Demi menghilangkan rasa marah di dada, aku sempat juga buat assignment yang tergendala hampir sebulan. Eh, ada kaitan ke assignment dengan marah. Apa-apa je lah. Tepat 9.30.. One more time. 9.30 ok, En Syabas baru sampai. Then, jemput pula En J. Lo. Sabar je lah. Bisik hati. Demi nak naik free kan. Selepas itu, sempat lagi En Syabas ni singgah Syabas di PJ tempat beliau bekerja. Mahu punch card katanya. OT. Fine. 

Maka, geng pengembaraan bermula.


Konvoi bersama En Mamil

Ini En Syabas ok! Nada marah.

Menjamu selera di Serting. Nasi dagang ibu En Mawi memang menjilat jari.

Selepas hampir 4 jam perjalanan, akhirnya tiba juga ke lokasi yang dituju. Wow. sangat teruja jumpa my x-classmates. Ibarat reunion hari itu. Apa-apa pun, bergambar itu penting. Bukti kejadian berlaku.

Selamat Pengantin Baru, Farizawati dan pasangan. Cik J.Lo, sila jarakkan sedikit dengan pengantin lelaki. 

Rakan-rakan Ex-Land Survey Polisas Student memang suka bergambar.

Bergambar tanpa jemu.


Dan bergambar lagi. Cantik bukan? 

Ini pengantin tahun lepas. Kini sudah berbadan dua.

Kami memang macam ini. Sudah lama tidak bersua kan.

En Syabas menguji vokal yang tak seberapa. Tapi sedap jugalah di dengar.

Gambar terakhir bersama pengantin perempuan. Perempuan sahaja ok. Love you girls.

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah


Selamat Pengantin Baru Farizawati dan Firdaus. Semoga berbahagia ke anak cucu. Peliharalah ikatan suci ini dengan ikhlas dan target anak berapa orang? Hehe dan selepas ini giliran siapa pula? 

Thanks kawan-kawan yang sudi singgah di rumah Cik imanis. Raya tahun depan datanglah lagi. Sudah tahu jalan kan. Hehe



24 September 2010

" GUA TAHU ITU SIAPA" Contest

Terima kasih Cik Leha ya sebab tag. So, aku juga tertarik, terniat dan termasuk pula contest ni. Agak menarik sebab meneka-neka ni memang hobi. Hehe. So, apa yang perlu di teka? Sebelum tu kena baca apa syarat-syaratnya ok. Kamu semua boleh klik blog encik oltromen ni dekat : http://www.terbangtinggitinggi.com/ untuk baca syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kalau tak nak masuk pun tetap boleh follow encik oltromen ini. I sudah promote you tau. Nak hadiah advance. Please. Hehe  


Apa yang perlu dilakukan ialah hanya meneka siapa orang misteri disebelah kanan Hamzah dan apa yang beliau buat.

Jawapan cik bijak Imanis: Di sebelah hamzah adalah kawan beliau dan sedang menghadap laptop.

Tag pula untuk:


Sebelum otak ini hampir terlupa, kita tengok apa hadiahnya:

1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi)
2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)
3.Ketiga : Belanja makan untuk 2 orang ( Dua pemenang untuk tempat ke-3)
4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu topup RM5 untuk seorang sahaja. (Digi Maxis Celcom shj)

Apa lagi kawan-kawan. Moh pakat ramai-ramai masuk. 




23 September 2010

Otakku di Pluto

Fikiran aku sekarang berada dalam keadaan separuh normal. Mungkin gila.. Oh.. adakah aku gila. Kita testing dulu. 

 Soalan 1: Adakah anda comel?
Jawapan: Ya
Soalan 2: Siapa boyfriend anda?
Jawapan: Fizo Omar

Ok. Ternyata aku normal. haha

Mungkin wayar bumi kat kepala otak  ini sudah terbelah lapan.  Itu sebab kepala berada di awang-angan jauh 2juta kelajuan cahaya dengan bumi. Dalam kelas memang tak boleh nak fokus. Fikiran memang tengah berserabut. Tekanan batu berkilo-kilo tan mula dirasai. Perasaan marah di pendam sahaja demi menjaga mulut yang mungkin akan mengeluarkan kata-kata pedas. Nasibla kau siapa yang kena. Padan muka. Eh..eh.. aku bukan begitu. Tidak baik ok. Sekali sekala mungkin boleh. Hehe. Rasanya aku perlukan tidur yang cukup seperti kucing-kucing comel ini. Amat cemburu. Jom tidur miaw.



Bersama dengan yang ini juga. Awak-awak memang comel


Selamat Malam Fizo.. 



21 September 2010

Menu Bulan Ini

Tiada apa yang dapat diungkapkan selain dapat makan makanan yang begitu menyelerakan. Pergh.. raya memang best. Masa inilah nak  makan 10 kali sehari. Target 1 hari dapat 10 buah rumah beraya, so dapatlah 10 kali makan. Siapa yang mahu bawa saya pergi open house? Sila tinggaklan email di inbox aku. Hehe. Makan pun makan juga, tapi jangan salah makan. Lessons dari tahun-tahun sebelum ini, aku sudah dua kali raya kena jangkitan kuman pada usus. Sakitnya amatlah mengasyikkan. Mahu cuba? Sebelum itu rujuk pada yang pakar. Pesanan dari doktor-doktor sedunia. So, apa menu yang kamu makan raya ini?
Aku?

*****
***
*

Ketika Aidilfitri


Menu makanan di hari LEBARan dan masa untuk LEBARkan badan

Selepas acara melebarkan makanan ini berlangsung, makanan untuk berdiet pula ok.

*****
***
*

Selepas Aidilfitri

Menu yang amat bagus bak kata mak. Makanan untuk masa hadapan. Cara berjimat dihujung semester. Berbaloi-baloi. Bersabarlah duhai anak. Anda Pula?

*
***
****